Sunday 24 July 2011

Ujian HIV & Talasemia

Sekarang nih, bakal pengantin perlu menjalani ujian saringan Talasemia eh...? tapi ianya tidak diwajibkan seperti mana ujian HIV, Cik Senah bagitau aku masa nak buat ujian saringan HIV tu doktor akan tanya bakal pengantin sama ada nak buat ujian saringan Talasemia atau tak.

Kenapa tak diwajibkan saja ujian Talasemia nih..? apa tak penting kah..? Mungkin tak sepenting HIV tapi bukan ke ianya penyakit yang datang dari faktor genetik..?

Yang merisaukan Cik Senah ialah anak buah dia ada penyakit nih, terus dia pun tak nak buat ujian ni sebab takut nanti kang ada sikit Hemoglobin dalam darah yang tak normal. Dia takut nanti bakal suami dia tak nak kan dia sebab ada penyakit nih..? emm...musykil laaa dengan manusia nih..

Apa yang aku tau lah kan, kalau hanya sebelah pihak je ada Talasemia kita tak perlu risau akan baby yang akan dilahirkan nanti. Faktor yang menyebabkan baby dilahirkan tidak sihat adalah dengan terdapatnya Hemoglobin yang tidak normal pada kedua ibu dan bapa.

Pada dasarnya, aku pembawa Hemoglobin yang tak normal. Aku pernah buat ujian darah pada tahun 2008. Tapi aku tidak mempunyai tanda² Talasemia atau Pembawa. Kiranya aku dalam kategori Talasemia Minor.

Yang belum pernah dengar tentang penyakit Talasemia sila rujuk SINI.


p/s : Andai betul² ikhlas menyayangi pasangan, biar apa pun penyakit rela harungi bersama.. :)

No comments:

Post a Comment

Hello cantik's.. ;)