Wednesday, 17 August 2011

Kamus Utara # 4

Hari ni nak mengajar loghat utara versi ke - 4, hihihi sat ja nooh, tetiba dok jadi cikgu cikgi yang tak bertauliah...
Kamus Utara # 3 minggu lepas ramai yang tak tau apa tu Kelepiaq, muakakakakaa.. pandai² lah eh, aku pun tak terang sebiji² aku pun tak berapa nak reti..kihkih.

Ok..

1) Darai - Pondan
- Contoh Ayat : "..weh Mat Zain, lama tak nampak hang..dah macam darai dah la ni.."

2) Jengoi - Jenguk
- Contoh Ayat : "..hang ni, tetiba ja jengoi kot nih..terkejut aku.."

3) Hawin - Baling / Lempar
- Contoh Ayat : ".ish budak nih nak kena hawin dengan botoi dah ni baru dia tau erti penyesalan.."

4) Ghosek - Selongkar
- Contoh Ayat : "...Aiman, jangan dok p ghosek barang ibu tu satg dia mengamuk jadi drakula kot.."

5) Be'at - Tabiat / Habit
- Contoh Ayat : "..be'at dah budak nih, kalau lepas makan ja tak reti nak basuh pinggan.."

6) Ikan Temenung - Ikan Kembung
- Contoh Ayat : "..adik, balik satg beli ikan temenung sekilo nak buat laksa.." huhu

7) Gheyuh - Bising
- Contoh Ayat : "..jangan dok gheyuh sangat lah, baby nak tidoq nih.."

8) Jengheluih - Jatuh
- Contoh Ayat : "..tu lah tadi orang larang dah jangan dok p main tepi longkang tu kan dah jegheluih.."

9) Ligan - Kejar
- Contoh Ayat : "..penat aku lari, Milah anak Pak Ali yang gila tu ligan aku laju bukan main..."

10) Mengeghoh - Berdengkur
- Contoh Ayat : "..sapa dia tidoq mengeghoh kuat semalam nih..? ganggu mimpi aku ja.."

Siap!

Penat weh nak jadikan ayat bukan senang..kihkih hari ni buat 10 perkataan sebab terlebih rajin, buat 5 ada yang cakap sikit...huhu.

Kamus Utara # 1
Kamus Utara # 2
Kamus Utara # 3


p/s : Sebenarnya sambil aku taip ni, meleleh air mata ni dok tahan gelak..sebab ayat² kat atas tu ada yang menceritakan hal ehwal kawan² aku..wakakakakaa..



18 comments:

  1. hoi hoi tetiba ada nama anak aku kan tp takpe glamer u wahhahahaha....

    ReplyDelete
  2. "jangan dok buat leceeeyy... tak pasai makan penampaq..." tolong masukkan ayat ni skali.. wakakakaka

    ReplyDelete
  3. fuyoooo.... hehe...
    kali ni yg x penah dengar: darai, hawin ngan mengeghoh... hehe

    ReplyDelete
  4. mat zain tu lagend tu..hahahaha

    ReplyDelete
  5. @Ieta
    alohh..nak promote boipren skit yoo..hakahkahka :D

    ReplyDelete
  6. @Haru Biru
    hah..bleh³ tggu next episod..hahahha :D

    ReplyDelete
  7. @Lady Jaja
    banyak lagi ni..ngh tggu turn nak masuk entry..kihkih :P

    ReplyDelete
  8. @Semakness..
    "celaka kau mat zain.." hikhik :D

    ReplyDelete
  9. @Rusydi
    lai³..every week cikgu mengajo :P

    ReplyDelete
  10. @Ine Belog Saya
    thanks dear ;)

    ReplyDelete
  11. yang no. 8 tu tak tau..thanx kasi tau..^^

    ReplyDelete
  12. wqah!2x hebat bahasa kita sebenarnya yea. pelbagai sungguh.
    huhhuu.. dlm byk2 tu k.leeya pernah dgr hat ikan termenung jah. maklum surirumah xbertangga boleh? hakkss!

    ReplyDelete
  13. @Amni Azmira
    hah..ni lah nak bg dengar nih..hihi

    ReplyDelete
  14. @Leeya Abdul
    tu laaaa..kalo ikut kan kebanyakan bahasa ni org lama² ja selalu guna..hihi :D

    ReplyDelete
  15. byk nye yg x pernah di dengar..harus belajar dengan lebih tekun mcm nie.. hehe

    ReplyDelete
  16. @Aida Omar
    hah..kena lah tekun mai sini setiap hari rabu, cikgu tak bertauliah mengajo :P

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)