Wednesday, 12 October 2011

Baik Betul Bahasa

Semalam singgah Tesco beli barangan office, niat hati malas nak beli dulu sebab mood yang sangat down dengan sakit pinggang semua complete tapi memandangkan aku juga nak guna nanti mengigih jugak lah singgah

*panjang benorr intro..huhuhu

Dah siap ambik barang nak bayar kat sorang cashier ni, rasanya budak lepas SPM kot. Aku beratur sorang makcik ni, bukan main rancank dorang berborak, aku bajet mesti dorang saling kenal.. ok. Sampai turn aku, aku pesan cashier tu separate bill, kira 2 kali bayar..dia pun ok2.

Then, dia ramah..berborak dengan aku macam lama kenal..tanya kerja mana selalu datang Tesco ke, baik betul tutur bicara dia..boy ok! Dan terus laju tangan dia scan semua barang dalam 1 bill.. aku dah perasan tapi tak terkeluar nak bagitau tapi bila dia sedar Ya Allah punya lah dia mintak maaf, huhu sampai aku cakap tak apa pun dia nak jugak panggil supervisor dia untuk void bill tu.. baiknyaaaa.. aku pun cakap tak apa nanti aku kira sendiri.

See..baikkan budak tu termasuk aku sekali..wkakakakaka

Kalau ikut mood aku mesti budak tu dah lama aku marah tapi disebabkan dia ramah, baik hati.. lembut hati aku..auuuwww!

Ini lah cashier, aku pernah partime cashier kat Jusco aku tau keadaan semua tu.. kena maki pekak kan je lah telinga, aku sampai 1 tahap customer siap complaint kat manager aku lagiii kahkahkahk

Aku paling pantang dulu customer datang nak tukar barang bagai, nak pulak tu beli barang 1 troli.. habis semua tu kena semak balik key in manual semua balik..tension gilaaa tak boleh scan!!

Dah tu asal masuk kerja muka aku Ya Allah macam sotong basi tau tak...? huduhhh ok... tambahan pulak kalau weekend, adoi rasa nak lumpuh kaki tangan. Benci tersangat nak masuk kerja ni.. tidur malam sampai mengingau tengah bagi balance duit untuk customer..wakakakakkaka.. itu Cik Senah, gila kelakar

Sekarang ni, aku jadi baik bila berdepan dengan cashier sebab aku tau dorang penat.. kalau nampak muka dorang ala2 cokodok tu paham je lah.

Manusia macam-macam ragam! tak payah guna slogan Customer Always Right sangat lah.. dah customer tu macam gonjeng siapa suruh..huhu

Panjang pulak entry ni..k, bai

No comments:

Post a Comment

Hello cantik's.. ;)