Friday, 14 October 2011

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 
Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.

Surah nih pun mak aku bagi jugak, sms dalam bahasa rumi..owh! mak.. tak reti baca lah dalam rumi, harus aku search google.
Aku pernah amalkan masa nak interview SPA last year, huhu.. tapi bukan rezeki aku lagi..
Ayat nih untuk mempermudahkan segala urusan kita dikala kita dalam kesusahan, kepayahan dalam melakukan sesuatu perkara.. 
Amalkan insya'allah segala kesempitan dapat dilapangkan.. Tuhan maha mendengar semua doa umatnya. 
p/s : Sharing is Caring..thanks mak! lebiuuuuu ^___^
 

3 comments:

Hello cantik's.. ;)