Friday 7 October 2011

Kasihani Lah Kami Golongan Muda

Semua dah dengar Bajet 2012 daripada PM kita petang tadi..

Ada yang sedap didengar tak kurang jugak yang tak sedap didengar.. tapi bagi aku ada part yang buat aku rasa macam perlu dikaji lagi.. cewah! dah macam ahli parlimen, hikhikhik

Perlu ke dilanjutkan persaraan dari 58 - 60..? dulu 55 dah naik ke 58.. jangan tahun depan sampai 65! Bukan fikir negetif, tapi kalau lihat pada sudut lain, terlalu ramai siswa dan siswazah yang grad setiap tahun yang belum dapat kerja..

Dan sekarang makin bertambah lah penganggur tetap..

Bukan ke sepatutnya peluang tu boleh dibuka kepada golongan muda untuk menjalankan tanggungjawab pada negara..? Bukan nak kondem golongan veteran tapi tahap kecerdasan dalam membuat kerja tu jugak agak terbatas berbandingan golongan muda yang masih kuat.

Golongan veteran nih sepatutnya dah boleh rehatkan diri mereka selepas berpuluhan tahun berhempas pulas untuk bekerja, mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk mereka berehat dirumah, bermain dengan cucu-cucu jugak mungkin. Banyak lagi aktiviti yang boleh mereka buat.

Bukan kita jeles yer..

Walaupun aku bukan penjawat awam tapi tempias tu seakan terkena jugak kot sebab aku masih lagi mencuba nasib untuk masuk dalam golongan penjawat awam.. well, belum ada rezeki..hehhe

Terima kasih PM untuk segala subsidi yang diberikan..itu lah tanggungjawab kerajaan


p/s : Tak suka doh bila ada part berunsur politik baik pembangkang / kerajaan..apa daaaa..
p/ss : Ini pendapat aku je, lain orang dont know.. kita boleh bersuara..huhu

1 comment:

Hello cantik's.. ;)