Friday, 7 October 2011

Kelebihan Surah Al Kausar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
    dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Coretan atas ni hasil Google, thanks :)

* Hasil blogwalking malam tadi, ada seorang blogger mention mengenai Surah Al Kausar nih. Dah lama terdetik dalam hati nak up n3..thanks Hanna ;)

Mak aku selalu ingatkan aku baca Surah Al Kausar, banyak kebaikan..selain itu dapat menenangkan hati supaya kita Redha dengan ketentuan Ilahi. Insya'allah.

Mak aku sms suruh cari ayat nih last year lagi, lepas tu siap bagi dalam rumi.. mak, tak daya lah nak baca dalam rumi lain bunyinyaaa..hehehe

Nanti aku up n3 Surah Nabi Yunus pulak supaya kita boleh memohon pertolongan ketika dalam kesusahan, ayat yang Malaikat turunkan kepada Nabi Yunus masa beliau dalam perut ikan.. ;)

p/s : Aku bukan pandai sangat, disebabkan mak aku selalu sms ayat apa² saja yang berguna untuk aku.. kalau ada yang salah tolong bagitau.. ;)

3 comments:

  1. yay..satu perkongsian yang bagus..:) tq..

    ReplyDelete
  2. syukran2.. entri yg sangat bagus.. (saye selalu jadi yg point no 2 tu, gatal2 mata,berair dan bengkak)

    Thanx, sangat membantu. same2 la kita amalkan ye... =)

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)