Wednesday 9 November 2011

Rantai Tangan Untuk Batal Air Sembahyang - Done

Jumaat lepas dah selamat beli rantai tangan untuk batal air sembahyang nanti, cepat wooh beli ni sebab harga emas cepat sangat melambung..ish

2 hari sebelum tu ada tanya B2B yang mana eh, tak ingat pulak..dia cakap time dia beli RM 178.00 / Gram, dekat Poh Kong pulak aku tengok RM 189.00 / Gram.. uishh! malang bagi aku jumaat lepas dah naik harga, ahkak tu cakap baru 2 hari lepas naik.. aikkk..?! jadinya RM 197.00 / Gram... aku dah rasa nak pengsan.. hahahhaha..

Pilih punya pilih.. ish aku kan cerewet bab emas ni, sebab aku tak berminat pakai.. pilihan aku yang halus macam rantai leher yang mak & ayah aku belikan dulu, tapi pilihan aku tu tak DIRESTUI kahkahkah!! kecik sangat kata ehhhhhhh.. emm, i ikut je yang.. u bayar. Aku pun pilih lah yang besar SIKIT daripada yang aku berkenan tu daripada yang besar BANYAK dia pilih.. tak nak aku besar², tangan aku kecik! tapi bersyarat, loket LOVE tu aku tukar amik yang lain, yang pakej tu solid sangat..hihi so, ada tambahan duit disitu :P

Aku beli dekat kedai emas biasa saja, tempat yang sama masa beli cincin bertunang & risik dulu.. langsung tak survey, harga terlebih munasabah kitaorang dapat.. :D

p/s : Ini satu² nya perkara yang dah siap untuk persiapan nanti, haha.. teruk betul :P

2 comments:

Hello cantik's.. ;)