Saturday, 12 November 2011

Novel M.A.I.D Terbaik!!


Best wokk! novel M.A.I.D sumpah sambil baca aku senyum kambing siap boleh ketawa sorang². Lazimnya novel semua sama je jalan cerita, cuma penulis tu tukar keadaan babak dalam novel tu yang jadi best eh merepek apa nih..ish

Aku ambil masa 2 minggu habiskan novel ni huhuhu sebab aku kan baca time² nak tidor dah.. baru baca 2-3 muka surat langsung aku terlelap.. memang bengong lah first baca tu tak menghayati. Aku habis baca on the way balik kampung raya korban last week, dalam kereta ok..ish pelik tak pulak pening! feeling habis!! boleh pulak dok feeling aku ni si Noorul (heroin) kahkahkah!

Hingga hari ni, dah 3kali aku khatam..huhu best kot aku tangkap mood rasakan Mr.F tu ala² Lee Min Ho.. wakakakkaka.. sesambil feeling aku lah yang tinggal dalam penthouse tu, naik kereta BMW color hitam.. dapat ber-mertuakan Puan Seri Kirana yang macam peluru berpandu, adik ipar yang sangat sempoi.. rumah mewah!! wahhh!! dasyat sungguh imaginasi aku...

Sinopsis :-

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Rajin² lah masuk sini http://www.penulisan2u.my

p/s : Ada lagi 3novel sedang menunggu turn untuk dibaca..hihi :P
 

4 comments:

  1. wahhh..nnti nk beli la...

    thanks for info..

    nnti updated lgi novel latest yer..=)

    ReplyDelete
  2. @Gadis
    sgt best!! mesti beli tp ini keluaran KakiNovel bkn alaf21 tau :D

    Yes!! mesti...hihi :D

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)