Friday, 24 February 2012

Sukar Menyenangkan Hati Semua Orang, Lagi Sukar Untuk Menjaga Hati Sendiri

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. - (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
"Ya Allah.. Aku mohon padaMu kesempurnaan nikmat pada segala perkara & mensyukuriMu atasnya, sehingga Engkau redha & sesudah redha itu lalu aku memohonkan pula kepadaMu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih & dengan segala kemudahaannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya, wahai Tuhan yang Maha Mulia..."


Aku berlindung kearah REDHA MU TUHAN, tenangkan jiwaku permudahkan urusanku. Lapangkan dadaku, beri kebaikan kepada ahli keluargaku..lindungi juga semua yang kusayang YA ALLAH. Murahkan rezeki ku, bukakan hatiku untuk memandang kearah yang lebih baik tiada sekuman hatiku memandang keburukan orang lain. Berikan aku kekuatan menerima apa saja dugaanMU.. aku percaya segala permasalahan datang dengan izinMU, juga dapat pergi dengan izinMU..

Amin..

p/s : Biar meletup dalam hati, asalkan tidak menguris hati orang lain..


 

3 comments:

Hello cantik's.. ;)