Saturday 24 March 2012

Siapa Yang Nak Kahwin Sebenarnya...??

As Salam
Entri luahan perasaan..
Siapa tak suka, sila click button (x) di atas.
________________________________________________________________________________________________

Tak tahu lah mood aku ni nak kategorikan sebagai apa.. korang pikirkan laah

Tetiba sangat frust this week.. baru aku tau banyak betul pancaroba selama nak mendirikan masjid sendiri, terlalu banyak sampaikan aku rasa diri aku tak berguna.

Untuk wedding aku boleh kata 80% adalah atas dasar keputusan orang lain itu ternasuk jugak keputusan tok imam tak nak nikahkan kami pada waktu & tarikh yang dipilih. Tersangat frust.. segala perbelanjaan yang aku nak cover lepas ni tetiba mencanak naik. Takpa aku turutkan jugak untuk kesenangan abg & ayah aku kemudian hari, kalau ikutkan hati aku memang aku nak mintak ayah aku bantah tapi bak kata abg aku mengenangkan nanti apa pulak imam tu cakap2 masa ayah aku g masjid kan..aku REDHA..

Betul aku mintak maaf kepada yang terlibat, terpaksa tambah cuti..terpaksa tambah baju (hehe). Seperti  semua yang terlibat sedia maklum (ayat essay) bukan ini yang aku nak, aku betul nak save cost..kalau boleh lagi lah nk cut cost tapi harus lah aku tak berdaya.

Maybe jugak aku yang bongsu..yang jugak anak penghabisan stock yang akan kahwin semua orang terlalu 'mengambil berat' urusan kahwin aku, mula2 aku ok tapi bila dah lama2 aku rasa rimas. Aku buat itu tak kena ini tak kena. Itu tak ok ini tak ok..oh Tuhan.. Bagi je pendapat " eh..apasal buat camtu, nanti orang lain tengok cakap apa pulak" eh, terfikir aku siapa yang nak kahwin ni...?

fyi, majlis aku adalah yang paling berbajet.. asalnya dulu anganan tu bukan camni.. sangat kecil gambaran majlis yang aku inginkan.. Aku tak kisah orang cakap apasal itu apasal ini, rimas..tapi plz cakap sekali sudah.. aku yang nak kahwin aku yang serabut jangan ditambahkan lagi.

Family aku bukan orang berada, serba serbi kekurangan. Aku tak nak konon nak hebat tapi aku menyusahkan mak & ayah aku. Apa yang aku dah habiskan ni, inilah yang paling kedekut daripada aku.. betapa banyak aku cut cost. Tapi masih ada yang cakap aku membazir.. ya tunang aku tau betapa banyak aku nak berjimat, thanks sayang #tetiba & akak aku jugak dia dah panggil aku hajah baghil tapi dia sangat baik walaupun kadang2 buat aku nak larik rumah.

Terfikir aku, duit aku majlis aku tapi orang lain banyak cekadak, apakah..?
Setakat ni syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan bagi.

Tiada yang lebih mengetahui melainkan Allah, tiada yang lebih memahami aku melainkan orang2 kesayangan

Aku tak tuju pada sesiapa pun luahan ni, bukan ada sorang pun ahli sedara sepapat tau kewujudan blog ni. Melainkan tunang ku ituwwwww yang selalu baca, pastu dah baca g buat kesimpulan untuk aku..weskeskes

Hampa tak payah lah baca banyak2 kat atas tu, meh aku simpulkan huraian tu..
MAJLIS SENDIRI JANGAN BIARKAN ORANG LAIN ATURKAN, jangan jadi cam aku terlajak perahu..

Sekian,
Have a good sleep :)

p/s : Rasa cam meracau pun ada, entri pulak tengah malam buta..
upadate : Lawak pulak aku tulis 'anak penghabisan stock' hehe

8 comments:

  1. Lain pulak dengan saya ni... semua diatur sendiri. Mama ngan abah tak nak masuk campur. Katanya saya ni keras kepala haha. Mula-mula mcm happy je...skrg ni rasa terbeban pulak...rasa nak shift the burden. Alhamdulillah ada tunang dan rakan rapat yg sudi jadi org kuat. Mcm2 jenis dugaan kan nak kahwin ni...takpe kt boleh hadapinya, insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. suria mmg family yg aturkan..
      ye lah anak bongsu kan lgpn dh lama xde buat majlis kawen..
      betul byk sgt dugaan..cpt² settle..hihi

      thanks ;)

      Delete
  2. jangan meracau!..takut!! sabar ye dear, semua dugaan tuh, doa selalu moga dprmudahkan segalanye..chill!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xjd meracau mila, rupanya lum tido..hahaha
      alhamdulillah, amin ;)

      Delete
  3. yup dear, memang redha jela majlis kite org lain tentukan. cm i pelamin + warna totaly different dgn agan2..hurm. redha jela...

    ReplyDelete
  4. sayu je as baca..sabar ye suria.. as kalau cakap pengantin bajet terus famili ckp as kedekut.padahal as buat mana yang as mampu..pasal kes beli set bilik tu,as bajet bawah RM1500..tp famili suruh amik RM2000..mampu? memang awal-awal as tolak..as cakap as ikut bontot kancil..selera kecik.jgn ikut bontot gajah..taik besar,selera pun besar...hikhikhik..boleh pakai x perumpamaan tu? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laaa
      suria pn gtau family nk buat yg termampu,
      xnk susahkan dorang dgn keluarkan duit dorang..huhu

      perumpamaan yg sgt up to date.. hahah :D

      Delete

Hello cantik's.. ;)