Tuesday 29 May 2012

Wedd. Review : Door Gift

As Salam,
Meh update oii sementara rajin ni :D
Review apa yang ada dulu eh ;)

________________________________________________________________________________________________

Untuk door gift aku hanya tolong settle beg, part dalaman semua under family..
Seperti sedia maklum, aku guna brown paper bag yang beli dekat Mydin tanpa tapak tu. pandai² lah kau bukak bawah dia jadikan tapak.. haha


Atas yang bergigi² tu aku gunting guna gunting gigi (haha tak tau nama apa) sebabnya, originalnya potongan atas tu tak sama tau, belakang lebih tinggi daripada depan, so gigih aku gunting 1000pcs. macam nak pengsan!

Lepas tu tampal thank you tag buatan sendiri, photostat dengan paper color peach je hahaa pastu gunting² sampai pengsan  tau.

Then lipat sikit atas tu agak² muat untuk punch hole nanti, nak ikat tali


Kau ulang lah sampai 1000 kali yer untuk dapat hasil yang macam ni. disebabkan aku buat 1000pcs makanya 1000 kali lah kan..? pengsan lagi..


Ini salah satu makanan dalam beg tu. boleh cakap 90% semua dalam beg hasil daripada saudara mara & jiran² mak aku yang sponser..syukur rezeki!

Semua makanan dalam beg tu tak ada pun benda lain, yang aku ingat salah satunya bahulu..heee yang lain lupa

Door gift untuk the other side pulak aku guna silver box, kat mana entah gambarnya. size yang sama dengan white box dekat Bagus tu, aku tampal doily paper, thank you taq & ikat tali :D

Untuk kawan² aku bagi beg yang sama cuma thank you tag color purple, tali purple + surah yassin kat dalam.

Lepas ni kalau ada yang offer sejuta ringgit baru aku nak buat semula! keletihan amat ketara, banyak kerja, sangat details lagipun aku semua buat last minit 5 hari lagi nak majlis baru start buat. korang better lah start daripada 5bulan sebelum yer :D

Apa pun aku dapat pujian oii, kat sana mana lah ada orang buat gini..hahaha kira betul² menjimatkan. hasil pun nampak cute. weekkk ;)

Till then,

p/s : Catering booking untuk 1000 orang door gift lebih 200++..


















12 comments:

  1. tahniah suria!kerana berjaya menyediakan door gift yang banyak dengan kerja yang panjang...heeee ^_^ nana insyaAllah buat paperbag jugak tapi dalam 50pcs je untuk pihak lelaki..yang lain ready made :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuhuuu! penatnye lah nana Tuhan je tau buat mende alah ni.. skrg ni 500pcs to go utk mjlis bertandang pulak.. wuuuwuuu

      tp sumpah jimat! cost x sampai rm100 :)
      gudluck nana cantik ;)

      Delete
  2. x kesampain nak buat paper beg ni dulu...abah x bagi lgsg nak buat....dy igt kite nak bg beg tu bute2 je..padahal nak deco2..last2 dy beli beg yg dy nak jugak...sedih...hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. suria pn masa bwk balik sebulan b4 majlis ayah dgn mak dh pelik hape pnye beg kau nak bg org ni, tp bila dh siap dorg ckp xtau lak org bleh buat sampai gini, hihihi ;)

      Delete
  3. dulu masa bagitau mama nak buat paperbag nie, mama ckp kalau letak goreng pisang sesuai la, last2 google tunjuk kat die baru faham hu..hu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. family suria pn gitu..
      tp dorang just follow je apa suria nak,
      asalkan tak nampak buruk, keh3

      Delete
  4. amboi rajinnya.. mmg boleh pengsan buat sebanyak ni.. tapi rsa berbaloi kan kalau kita deco sendiri.jimat pun jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa nk pengsan dh, mengingatkan diri sendiri bakal pengantin, gigih jugak x jd pengsan..hehe

      Delete
  5. nk jadi pengantin mmg kna gigih buat semua ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nana! hehe memang gigih habis laaah
      penat ya amat tp syukur, settle jugak..hihi

      Delete
  6. kite pun pakai brown paper bag utk akad nikah..tp akad x byk pun..utk 150 jek..apapun congrats berjaya siapkan 1000pcs..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh! baru nk pesan b2b xyah guna brown paper bag sbb penat..kihkih..
      ok² selamat berusaha ya rina :)

      Delete

Hello cantik's.. ;)