Wednesday 4 July 2012

Mungkin Talasemia?

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

_________________________________________________________________________________________________________

Copy & paste from : Wikipedia
Senang kerja aku..

Aku tak faham sangat dengan penyakit ni, spelling pun asik fail je nak taip. huhu
Doktor suspect aku Talasemia, sumpah aku tak terkejut sebab 5 tahun lepas aku pernah buat blood test pun doktor cakap benda yang sama, sel darah merah terlalu rendah lah, hemoglobin tak cukup lah itu lah ini lah.. lepas tu makan ubat dan ambil vitamin bla..bla.. + EPO dah ok.

Selasa minggu lepas husband bawak g klinik sebab aku jenis demam berulang², harini kebah esok sihat minggu depan demam balik. haha. So, doktor ambil sample darah dan bagitau sel darah aku ni rendah sangat dan bla..bla.. kena bebel, 'awak ni tak makan ke..? zat besi tak cukup..selalu sesak nafas tak..? sebab tu awak selalu letih' . Simptom tu satu je yang aku ada 'selalu keletihan' yang lain tu tak ada pun. Jumaat lepas datang semula ambil darah dengan sample iron apa entah (malas aku nak mention yang tau tu tau lah). Now tengah tunggu result, rasa macam ok je.. haha confident mau tinggi kalau tak nanti nebes mengatasi, wekk =P.

Aku ni bukan tak makan, bak kata mak dengan husband aku ni memilih makanan. Kadang² memang itu pun yang aku rasa haha, sebab tekak aku ni tak dapat nak menerima makanan yang aku tak ada nafsu nengoknya. Tambahan sekarang ni tengok nasi putih tu cam ngeri, kalau makan pun sebab terpaksa slow² masuk. Kalau yang bukan nasi memang laju aku makan walaupun kuantiti sikit sebab perut aku kan kecik. Perut kecik ni kalau sekali makan dan mengunung boleh tahan sampai malam tau..? haha

Itu je nak kongsi.. harharhar

p/s : Ini lah akibatnya tak buat saringan Talasemia masa HIV Test sebelum kahwin dulu, haha #tetiba





8 comments:

  1. riny dulu pon same...selalu letih..buat test darah...tapi x sampai tahap telesemia lagi..bile wat test talesima ak kawen dulu pon still rendah..tp x sampai tahap telesemia lagi...tapi bile da prgnt...asek la hb rendah..due minggu sekali kene g klinik checkup...letih tu x pyh cakap laaa...mmg selalu sgt bile da prgnt ni.....kite bukan memilih...tp riny mmg x makan sayur hijau..bile dah kene marah dgn doc..pakse gak makan bayam tu..hihihi..sbb tu la x de zat..hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. letih, mengantuk tu semakin menyerlah sejak kahwin ni,
      dalam memilih tu suria mkn la jugak wlupn sikit sbb nak alas perut nk mkn lebih kang terkeluar balik, hehe
      sayur semua makan kecuali carrot je yg kurang sbb tu rabun.. hehehee

      Delete
  2. get well soon.. kalau confident selalunye ok.. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. macam aunty jue la. dia bkn thalesimia (kot) tp mmg cepat sgt2 letih. kalau dia balik keje, mmg dia tak keluar bilik smpi next day nya. mmg masa pregnant asyk keje kena tahan dekat wad.

    tak tahu la apa penyakit dia tp berkaitan darah gak la. btw, anak dia dah 4 pun. (hahahaha, kalau2 suria risau)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suria pun gitu sekarang ni,
      kalau boleh balik je keje nak terus baring, nk tido..
      tp maybe jugak sebab jarak tmpt kerja dgn rumah jauh tu yg letih sgt.. hehe

      eh, ha'ah..yg tu nk tau jugak tu..hihi thanks jue ;)

      Delete
  4. salam suria. kawan ana adalah thalassemia carrier. alhamdulillah suami die normal. if suami die ade thalassemiaa jugak, kesian kat baby tu nanti. suria carrier @ penghidap? dapatkan & ikut nasihat dari doc taw! take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,
      husband normal, xde penyakit apa pun alhamdulillah ;)
      tak tahu lah sama ada carrier @ pengidap, baru jumaat lepas hantar sample darah, tunggu result keluar..

      thanks ana :)

      Delete

Hello cantik's.. ;)