Wednesday, 5 September 2012

Cerita Semalam - Banjir

As Salam,

____________________________________________________________________________________________________________

Semalam selangor & KL hujan dengan lebatnya, haha ada tak macam penyampai kaji cuaca..? =P

Terconggok dalam opis dengan opismate yang lain sampai pukul 6.30pm. Terpaksa redah dengan payung hasil pinjaman pak guard, kui².

Hujan..Subhanallah!

Lepas hantarkan budak² opis yang tak ada transport ni, aku bergegas gerak pusing ikut The Mines sebab dengar radio katanya Minlon sesak teruk. Sekali kauuuuuu! aku terpaksa redah banjir yang dah setinggi tayar kereta comelku ituuuuu, tawakal lah tekan minyak sekuat hati takut enjin stop sebab dah 3-4 biji kereta yang lowet (kahkah sorry tak tau spelling) dah stuck. Sepanjang hampir 1 kilometer aku redah air banjir tu, cekal sungguh kereta aku tu..kui².

Ingat azab dah lepas, sekali lagi jammed dekat The Mines nak ambil short-cut kekonon ikut Herritage dah lah setengah jam stuck jammed untuk g KTM Serdang yang tak sampai 500meter tu, sekali dah sampai simpang..subhanallah! air naik paras lutut, kira apa aku terus aku potong masuk lane bertentangan belok kanan pusing balik konon ingat lepas lah sekali jalan tu pun air naik! Ya Rabbi.. lagi hampir setengah kilometer aku redah, lebih cekal kereta aku kali ni..

Redah punya redah akhirnya parking dekat tempat yang tinggi, 3-4 kali jugak berubah parking sebab air makin air. Highway depan The Mines dah langsung tak bergerak, kebanyakkan kereta semua dah matikan enjin kereta, penumpang bas semua turun jalan kaki, Tapi malang jugak KTM tergendala ribuan penumpang terkandas.

Aku jugak melonggok kat tepi highway tu sampai pukul 9 tunggu hubs datang, nasib baik buat keputusan balik Cheras, kalau tidak nak short-cut ikut Sri Serdang keluar UPM rupanya situ air naik lagi dasyat 1.5meter sampai bomba datang bawak boat.

On the way balik, kesian tengok jammed teruk dari UPM sampai ke MRR2 tak bergerak. Tol UPM dah tutup sampai Tol Kajang air naik tinggi.

Sebenarnya sambil redah banjir 2-3 tempat tu sambil menangis, wakakaka mengenangkan nasib maklumlah first time... sigh!

Sampai rumah hampir pukul 10, siap g makan semua. Rehat jap mandi terus tidur. Letih mak nak..haha

Nasib baik harini air dah surut, tawakal jugak pagi tadi takut air bertakung lagi camna hubs nak g opis dia..

Alhamdulillah,

p/s : Terasa rajin sekarang ni update, buat kerja opis je tak rajin..rasa nak pitam tengok! haha =)

7 comments:

  1. penat mlm td x hlg la tu....tu yg mls nk wt keje ye....hehehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah betol tu, dasarr pemalas, hihi :)

      Delete
  2. tak dpt cuti ke banjir u? huhu tinggi gak kan air

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun, pagi ni datang kerja semua air dah surut..hehe

      Delete
  3. Pertama kali saya lihat tempat tu banjir.

    ReplyDelete
  4. suriaaaaaaaaaa! kery pun stuck kat situ,tp alhamdulillah takde ape2 berlaku. kery dari mardi, dr lam upm tu dh jem, ingtkan ape rupenye air naik,mmg terkejut sgt2, sampai kol husband risau tak lepas.huhuh.kat ktm serdang n minlon mmg teruk sgt, air kuar mcm air terjun huhu.cekal je hati redah, lps mines tu kat jj cheras selatan pun banjir, masuk balakong pun banjir, mmg redha je la kerry.hhuhu.syukur kereta tade ape2 sampai sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kerry! seram kot xpenah² air naik camtu, sblm ni sri serdang pn banjir xde lah tggi sgt.. nasib baik jugak suria x ikut JJ cheras selatan nk balik cheras x sangka banjir jugak kan situ..

      syukur kete kite cekal hatinye..kihkih :)

      Delete

Hello cantik's.. ;)