Thursday 29 November 2012

Jangan Pernah Jemu Berusaha

As Salam,
Bertemankan mood songsang lepas telan iberet ni..tensi mak!

______________________________________________________________________________________________________________

Actually nak bercerita, hikhik
Ni entri tertangguh dalam draft, pffft pemalas!

Boleh dikatakan orang² sekeliling aku ni teringin nak conceive..tapi iya semua tu kerja Tuhan kan, bersabar, berdoa, berusaha.

Banyak yang aku dapat tengok dengan mata aku betapa berusahanya seseorang tu, contoh paling ter'latest' (eceh bahasa apakah? haha) ni office mate aku, chinese! Dah 3tahun lebih kahwin, berusaha..setiap bulan aku rasa dia on leave untuk g check up doc, jumpa tabib chinese bagai. Jumpa pakar, siap ada doc. cakap ovari dia terbalik ke belakang la apa lah, tak macam orang lain sebab tu tak conceive sampai sekarang. Macam² dia lalui, cakap² orang jangan cakap la kan..itu ini orang bertanya lagipun umur dia pun dah 30an masa kahwin tu.

Dah tu pakar cakap dia ada tumor berdekatan ovari dia, mencabar sungguh life dia. Penuh sabar je la dia ni. Tabiat pemakanan dia toksah cakap laa lagi² chinese, itu tak boleh makan ini tak boleh makan tak elok katanya. Sampaikan pemakanan aku pun dia tolong bebel..haha

Akhirnya berkat kesabaran, baru² dia datang tanya aku period dia camni-camni.. sikit la bla..bla.. rasa lain macam la. Terus aku suggest dia balik g klinik check dengan doc. hahah tengok aku yang over! masa tu hari Jumaat dia taknak la dah alang² masuk opis, rugi katanya. Tapi isnin baru nak pergi sebab nak MC, padahal sabtu pun boleh MC tapi rugi katanya, aduhaiii..

Hari isnin dia sms cakap MC.. ok aku dah agak dia memang dah conceive ni..hehe the next day dia datang, sangat lemah jalan pun satu langkah cam nak 3-4saat. Katanya kantung dah nampak tapi baby tak stabil nampak lemah semua. Then pagi tu jugak dia ada bleeding, aku suruh dia balik g klinik ambik MC, hikhik dia pun balik dapat MC 1 week ngko..jeles mak! dia cakap masih ada bleeding, fresh blood lagi. Doc. cakap jangan banyak gerak. So dia pun baring je sepanjang 1 week tu (dia la cerita).

So sekarang dia pun datang kerja tapi husband dia hantar.. jalan pun masih cam tu jugak slow² hehe

See.. berkat kesabaran, walaupun banyak gila dugaan tapi dia tetap berusaha. Jangan putus asa, Insya'Allah ada rezeki masing² cuma lambat dengan cepat je.



p/s : Aku bagitau boss aku officemate aku ni MC 1week coz bleeding, boleh dia buat lawak bodoh kata "kenapa engine sudah rosak ke.." senyum simpul aku nak jaga hati dia, cisssss

3 comments:

  1. lain org lain bahagian dia kan u :'). i tak sabar sgt nk pregnant. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kan..
      insya'Allah cha, i percaya ada rezeki utk u dgn hubby :)
      kwn i pun 4thn lebih bru je preggy bru² ni..

      Delete

Hello cantik's.. ;)