Monday 30 April 2012

Kenapa Mak Buat Saya Macam Ni................

As Salam,
Eh..title post ala² Harian Metro.. muahaha

________________________________________________________________________________________________

Ini kes semalam laa,
Sepatutnya aku nak jumpa tunang semalam sebelum berangkat pulang ke kampung malam ni, tapi mak aku tak kasi jumpa..hikihik

Dah nak dekat sangat dah buat apa nak jumpa lagi.. kuikui

Memandangkan semalam birthday aku, ofcoz lah hati meronta² nak jumpa kekasih hati tapi dihalang si ibu mithali..hehe sudahnya harini aku asyik sms je tunang..huk²

Yeay! umur aku sudah menjangkau lagi satu angka, apa ada hal kan dengan angka janji aku masih nampak comel.. muakakaka #muntah :D

Sebenarnya aku memang betul² lupa akan birthday aku ni, sampai lah mak aku mesej pagi semalam baru teringat birthday sendiri.. hahaha cute tak saya.. wakaka

HAPPY BIRTHDAY KEPADA SAYA - 29 APRIL 2012
HAPPY BIRTHDAY JUGAK UNTUK B2B KIKIN - 30 APRIL 2012

Nice kan..? birthday kitaorang selang sehari, then nikah pun selang sehari. aku 04 mei, kikin 05 mei.. heeeeeeee

Till then,


Friday 27 April 2012

Jumaat Terakhir Sebagai Tunang..

As Salam,
Poyo kan title post...muntah ;D

________________________________________________________________________________________________


Kenapa mata beliau nampak lebih sepet daripada aku...?


Insya'allah dengan izinNYA jumaat depan tanggal 04/05/12 akan jadi jumaat pertama sebagai isteri.. eceeeceeh! hahahha
serius rasa geli hati pun ada, macam tak percaya pun ada.. 6tahun bercinta bagai tidak bertepian, hahhaha lagi gelak, cissss

Doakan kami,


p/s : Sebenarnya tunang tak berapa suka aku reveal muka dia dalam blog, .. muahahah ;D


Thursday 26 April 2012

Perlu Kah Girdle Untuk Si Kurus Macam Saya..?

As Salam,
Sekali baca macam panjang pulang title post aku.. hiks

_______________________________________________________________________________________________

Sebenarnya memang aku nak tau pun, seumur hidup aku tak pernah pakai girdle & corset berbagai ni. Walaupun kegunaan girdle & corset ni untuk membentuk  kembali badan.. betul ke idok..? rasa macam salah je...ekeke Disebabkan aku tak minat pakai kebaya or baju yang tersangat mengikut bentuk badan maka memang tak pakai lah kan.

Dah la keding, kalau pakai pun bajet nampak je eh..


Ini kan rupa girdle nya..?


Ini girdle jenis apa entah, first time aku tengok :D


 Ini sekali corset kan..?

Punya lah teruk pemahaman aku.. hahah

Yang aku musykil sekarang ni perlu ke aku pakai girdle..? corset bridal dah sediakan.. akak aku cakap aku kena pakai girdle, kang mengelebeh.. hahahah cisss.. cisss

Aku dah la keding, 42kg gitu je kang pakai girdle bagai langsung tak nampak apa..?

What say u darling's....???

Till then,








Wednesday 25 April 2012

Goodies For Kids

As Salam,

________________________________________________________________________________________________

Hari selasa haritu lepas kerja ajak Cik Senah teman pergi Pasaraya NSK, dekat batu 11 (tak pasti samada cheras or balakong). Pilih punya pilih, cari punya cari.. "eh kenapa lah ini jer stock nya..? tak membantu langsung untuk hasil survey'an aku.." (perosak bahasa) membebel aku dengan Cik Senah!. Sempat jugak rembat


Roka - 3 packs


Jelly (sumi) - 2 packs (Lupa nak snap gambar...... dah siap packing pun semua..haha )

Macam biasa, aku kan terkenal dengan seorang yang berjimat cermat membawa berkat. Cik Senah dah faham SANGAT dah. Dia tolong divide sana sini. Go grab seperti di atas :D

Then, ke Pasaraya Segi nak cari lolipop. Ada yang berkenan di hati tapi Cik Senah tak setuju..ekeke sebab dia dah terpesona dengan coklat di zaman kanak² dulu..hewwww


Eye glass namo eh.. aku panggil smaties bajet :D - 5 kotak, 1 kotak ada 40pcs

Lepas tu aku bungkus 3 barang ni dengan plastik orang bungkus air je..hikhik sempoi kan..? nanti letak label je sikit tak mau nampak terlalu gonjeng.

Ini pun consider DONE! dah sipa pack semua tinggal nak letak label.

Korang jangan lah tanya aku price untuk barang² tu malu beb nak bagitau..hewwww..
email lah yoooo.. email aku laju reply :D

Saya pengantin yang superb bajet @_@

Till then,

p/s : Thanks for reading

Tuesday 24 April 2012

Bunga Pahar

As Salam,

________________________________________________________________________________________________


Gebu²

Bunga Pahar tak berapa nak pahar :D

Dah siap sepenuhnya 100pcs. Ni sebahagian je yang lain dah balik bawak balik kampung 2 minggu lepas, Separuh suku di siapkan oleh akak aku, kenapa separuh suku..? sebab aku tolong potong reben, lipat paper crepe, gam, stepler etc.. hahaha gila glemer nak jugak menumpang :D Menggubahnya akak aku lah, heee coz time dia buat ni aku tengah siapkan fabric flower. Ini sekadar membantu sikit².. fully sponser by my sister yaaaw!

Buat ni time aku MC hampir seminggu sebab jatuh longkang tempoh hari.

Material kebanyakan beli di Nilai je, 10% kot paper crepe beli kat Bunga Reben, jln Tar

100pcs je pun nak kecoh..muahaha  :D

Ini consider DONE!
caplock untuk anda supaya lebih tahu..hahahah takde motif langsung!


Till then,

p/s : Tempat aku kedah panggil bunga telur, wuuuu klasik ;D

Berbahasa Basi Dengan Mak

As Salam,


________________________________________________________________________________________________

Dua atau tiga hari lepas aku ada la berbahasa basi (betul ke ayat ni) dengan mak aku..

Aku : Mak, apasal entah acu rasa macam takut nak kahwin.. kekadang letih sangat rasa tak mau 
         kahwin..

Mak : Dah tu tak payah lah kahwin

Perghh! pedih menyengat ayat mak aku bagi.. rasa nak sorok muka dalam washer machine

Kekonon nak mengadu domba la sangat kan kot² dia akan cakap " biasa lah tu dah nak dekat² ni syaitan iblis memang suka kacau.." hahaha tak boleh blah, punah harapan aku yang menginginkan ayat pujukan sedemikian..

By the way, terima kasih mak sebab dah siapkan bilik saya yang putih bersih cantik berseri itu.. dengan menye'sponser'kan bedroom set baru.. hahah (lingkup bahasa)

Till then,

p/s : Tak sabar nak balik minggu depan :D


Monday 23 April 2012

Saya Ke Fah Lean!

As Salam,

_______________________________________________________________________________________________


Ke Fah Lean again & again! mentang² lah dekat kan.. entah yang dah keberapa kali aku g sini beli barang sikit² lama² jadi bukit. Nak snap gambar aku malu... heeeee

Aku suka sini sebab harga memang gila berbeza. Dawai biasa ni kat Nilai 3, RM1.20/pack dekat Fah Lean baru 70sen! kau tambah lagi 20sen dapat 2pack, faham idok..?


Bunga pun banyak pilihan, SA siap boleh tolong mix & match untuk kita.

Aku beli ni, carla lilies..hikhik RM1.00/pc


 Bukti :D


Biar palsu,
asal tak layu.

*pantun 2 kerat

Senyum lebar ^_______^ first time pergi dah berkenan tapi tak tau nak letak mana. Dah balik rumah baru ingat aku ada beli vase RM5 yang sederhana tinggi. So selasa lepas lunch time aku g beli sedozen, balik nak menjaki akak aku tapi menerima padah, dia pulak nak..tak dapat der.. esok g lagi sekali beli untuk dia..hahaha

Tu je lah..
Bai.........

Saturday 21 April 2012

Nak Bunga Ni!

As Salam,
Apasal lah blogspot ni tukar layout! sumpah tak best! nak cari column comment pun tak jumpa... cissssss
________________________________________________________________________________________________



Nak bunga ni!
Yeeeeee... dah order pun.. suka! thanks my lovely BFF.. wah dan² lovely..kihkih

Semalam sesaja je lah send picture bunga calla lilies ni via skype, hajat sebenarnya nak tahu kedai bunga area Gurun sana kan sebab kebanyakan yang aku nampak bunga orang India sembahyang tu banyak lah orang jual.

Sekali Cik BFF aku ni meng'offer'kan diri nak tanya opismate dia (husband dia kerja kedai bunga). So, tadi dapat tahu ada bunga ni..waaaaa.. rasa macam nak lompat tinggi² sampai pucuk atap.. hahaha! lagi syukur betol² under my badget, alhamdulillah.. yang aku dok tanya dengan vendor ni, bunga garbera daisies pun dah cecah RM60 wehhh tu pun baru dalam 10-12 kuntum..

Best! Tak sabar nak kahwin.. hahahahaa #gatal :D


p/s : Harini last dating, next week dah balik kampung, next friday dah nikah.. lepas tu dating as husband & wife.. cewah! blueweeek! :P


Friday 20 April 2012

Kawan Saya Pakai Macam Ni, Macam Ni..!

As Salam,
Title ku dah mental.. tak tau nak letak apa daaaaa..heee

________________________________________________________________________________________________

Sebenarnya sampai ke harini aku belum lagi decide nak pakai tudung macam mana untuk nikah.

Ini kawan aku masa study dulu, pakai shawl satin dengan inner neck je u'olls. Tapi tetiba aku rasa sangat cantik!


Ini majlis resepsi

Ini bertandang (saja aku cari gambar daripada tepi)

Weeeee... i like! 

Tapi kalau aku  nak pakai shawl satin ni camne lah nak belit.. memang fail! nak tanya  malu... huuuu itu lah orang kata malu sesan jalan, cisssss tetiba

Pernah ada satu masa raya tahun lepas, masa pakai tu aku rasa menggerbang² jer rasa macam aku pulak nak melayang..

Jom balik.. nak p pasar malam Desa Cempaka dkt Nilai, nak cari shawl satin.. hahaha #over

Picture cilok dekat fb pengantin baru ni..heeee ;)

Till then,

p/s : Minggu depan lagi sekali jumaat u'olls untuk berjimba sebagai single mingle :D

 

Till then,

Thursday 19 April 2012

Cepat Lah Nak Kahwin!!

As Salam,

________________________________________________________________________________________________

Copek lah maso berlalu, eden nak kahwin ni haaaaaaaah!

Kang ada yang cakap aku gatal nak kahwin ken...?? hahaha bukan tak sabar nak kahwin nok tapi tak larat dengan segala macam perkara² yang berkaitan preparation, padahal bukan banyak pun yang aku DIY..huhu.

Belum kira lagi dengan orang lain yang sibuk nak campur tangan flow majlis aku nanti. Mak aku tu lembut benor hatinya.. asal orang cakap gitu gini, dio ok yooo.. yang pening kitaorang adik beradik laaah. Abang aku pun dah pening bila mana sedara sedari (kahkah) menganggu planning dia. Aku tak dayo nak bantah mak aku, kang aku yang kena semula.. aku REDHA.

Paling aku risau bilik aku nanti lah, kan ke cadar aku tu fully cotton. kira tak ada lah silau menyilau satin yang typical malay guna untuk wedding tu kan..? akak ipar aku dah call "dik, aku risau tengok cadar hang, nanti *** *** tengok dia mesti bising sebab tak serupa cadar orang nak kahwin.." huhu sepantas kilat aku jawab "aku tak suka satin macam depa dok guna dulu², tak moden langsung, aku tak mau ada sapa² pun dok p tokok tambah benda dalam bilik tu..kelambu ka, kain rentang semua tak mau!!" huhu kejam.

Serius semak mata aku kalau hiasan bilik pengantin tu dengan kain beralun², hewwwww.. biar lah curtain saja menambah ceria.. :D

Sebab tu lah cepat² lah kahwin, aku tak mau stress fikir segala planning aku hancus nanti.... hehe

Till then,

p/s : Penat menaip

Bebanan Kerja

As Salam,

________________________________________________________________________________________________

Mood aku sekarang ni sungguh tak baik. Setiap masa hati aku rasa nak memberontak, orang tu salah sikit aku dah touching dan rasa meluat gila² dah... haaaa punya lah buruk perangai.

Dengan sekarang ni kerja dekat opis bertimbun², boss aku ni dia dah tahu aku nak cuti bagi semua kerja sekali gus! claim yang belum sampai deadline pun mintak aku buatkan siap² tapi letak tarikh lain! patut ke..? memang lah kerja aku tapi apa gunanya general clerk, account assistant kalau setakat aku cuti seminggu pun tak boleh cover. Dah lah dengan quotation sehari lebih 10, BQ jangan cakap laaaah itu belum check statement lagi..huaaaaa rasa macam sambil kira tu sambil nak menangis. stress!

Nak OT kat opis ni susah pulak, coz sekarang ni after 5 je aku g sana sini cari barang kahwin lagi, kalau OT kang tak sempat cari barang kedai tutup!

Dah la balik rumah ada lain kerja pulak, tapi kerja kahwin laaaa.. makan pun dah tak menentu, apa yang ada je aku sebat nak masak dah tak dayo.

Mood untuk balik rumah sangat merudum..emm, simpan dalam hati.. memendam rasa sorang².

Till then,

p/s : T_____________T"

Wednesday 18 April 2012

Banyak Entri Tertunggak

As Salam,

________________________________________________________________________________________________

Banyak entri yang tertunggak ni, semua yang dalam draft tu menantikan gambar..heeee belum transfer masuk lappy akibat daripada kesibukan diri ini.. cewah!

Serius aku terSANGAT busy.. caplock untuk membuatkan anda lebih percaya :D

Sampaikan ke opis aku buat preparation.

1) Lunch time makan roti sambil buat bunga tisu
2) On the way balik rumah singgah merata tempat cari barang yang belum settle
3) Malam² menjahit veil..hikhik

Lunch time tu je aku kecoh sikit, kadang² aku keluar g Fah Lean beli barang, 5 min je u'olls dari opis.. dah murah naik gila aku. Harga berganda daripada Nilai 3, cissss..

Isnin lepas, habis je kerja terus g cheras jahit tepi veil.. 50sen je! then tunggu tunang balik kerja cau ke jalan tar pulak cari lace murah untuk veil low class aku tu..wakaka tudung nikah je ak jumpa carik lagi, dah nak malam kedai dah nak tutup dengan hujan lagi..kesian kami!

Semalam g Pasaraya Borong NSK cari lolipop tak ada pulak, beli benda lain. Then singgah Pasaraya Segi tambah beli barang lain pulak. Sooooo murah daripada NSK, cissss dah lah Pasaray Segi tu lebih dekat dengan opis aku.

Petang ni insya'allah nak singgah bangi cari box untuk tetamu sebelah tunang.. Mintak lah tiada halangan dah lama sangat postpone untuk ni.

Tetiba panjang entri ni :D

Kesimpulan : Hari² ku sangat terhad sekarang ni, setiap masa berharga. Tengok sticker pun dah tinggal 2 bulan 2 hari.

Till then,

p/s : Kesimpulan tu untuk korang yang tak dayo nak baca panjang² macam aku..haaaaa :D

Monday 16 April 2012

Cakap Jangan Sebarang Cakap

As Salam
Title post tak boleh blah kan..? ala² langsi..muahaha

_______________________________________________________________________________________________

Tadi masa facebook walking (haha ada ke..?) terbaca lah satu status ni, tapi malas pulak nak print screen.
Ayat berbunyi gini

"Kalau tak ada kewangan yang kukuh baik jangan kahwin..kahwin ni kena ada bajet..kalau setakat nak seronok² tak payah lah seronok kejap je.. tak menjamin pun!! so, renung² kan & selamat beramal.." 

(ayat aku dah ubah mengunakan kosa kata yang lebih senang di fahami)

Lalu dengan pantas aku mengomen status tu dengan lagak yang agak kerek :P

"Jodoh dari Tuhan..dah sampai seru bermakna Tuhan dah tetapkan rezeki masing².. Tuhan suka manusia yang berusaha.."

Sebenarnya syaiton nirrojim lah yang berbisik suruh aku mengomen, kononnya macam aku terasa sebab aku pun bakal berkahwin..hahah gila loser salahkan syaitan iblis :D


Lepas tu ada lah orang tu orang ni meng'like' komen kerek aku tu. Terus budak tu pun komen balik


"Saya setuju..yang penting kerjasama!! tak lama lagi dah nak majlis kan 2hb 5 ek..?"

Tetiba dah lalang..tadi kemain lagi pang pung pang pung kan.. hahah dah tu majlis aku pun main redah je lah teka.. sumpah aku rasa loser.. Nasib lah kau tu bawah umur daripada aku kan, kau pun aku tak berapa ingat yang mana..jiran maybe. Hati syaiton nirrojim ni berbisik pulak suruh remove..muahahah tapi agak keji aku rasa.


Aku biar je lah komen dia yang berbunyi pertanyaan tu, malas lagi dah.. setiap komen aku begitu berharga :D

Aku dulu pun masa 5 bulan pertama nak buat preparation asyik serabut kepala otak, fikir hal duit, Naik give up pun ada. Tapi tunang selalu motivate aku yang lembab ni, katanya ada rezeki untuk setiap yang memerlukan. Kena percaya tu. Then baru lah rasa tenang sikit.


Sebenarnya jugak hormon aku sekarang asyik rasa nak memberontak je lagi² dah nak dekat.. hewww lagi salahkan hormon.


Till then,

Saturday 14 April 2012

Say Something

As Salam,
Morning darl's..
Tetiba harini mood ke lautan dalam, walaupun hari² mood ke laut tapi hakikat harini lebih dalam..haha
apa daaaa merepekrepek niyang rapik..cisss

________________________________________________________________________________________________



Seriously aku gila kagum dengan  Bella! sangat unggul.. Dr. Sheikh Muszhaphar & Dr Halina is a great parents u'olls

Tak ternilai sungguh anugerah Tuhan ni.

Dengan umur yang aku rasa tak sampai setahun (if i'm not mistaken) dah pandai swimming! aku yang dah dewasa ni kalau kau campak masuk pool memang arwah..

Dah comel, bijak.. subhanallah..

Katanya bayaran untuk mengajar Bella swimming RM 120-150 per session! Aku nanti kalau dah ada anak, tetiba jadi jutawan aku pun nak jugak hantar anak swimming camni.. hewwwww berangan itu free.

God job Sophea Isabella!

Pergh nama ja pun dah unggul..

Till then,

p/s :  Tengok Bella, dan² rasa nak kahwin cepat..wkwkwkwkw..diam!
p/s/s : Tak tau apa hal tak boleh approve komen.. blogspot derhaka!

Friday 13 April 2012

Jumaat Yang Penuh Barakah

As Salam,
Jumaat yang penuh barakah.. :)

__________________________________________________________________________________________

Semakin dekat semakin mencabar, makin tergugat iman.. rapuh jangan cakap lah. Dugaan yang itu yang ini.

Ya Allah, permudahkan lah urusan kami,
Kuatkan iman kami, teguhkan hati kami.

I love my family,
I love my fiance,

Thursday 12 April 2012

Rindu Arwah Abang..

As Salam..


________________________________________________________________________________________________

Satu-satunya gambar yang paling aku sayang..


Tetiba rindukan arwah..
Ya Allah.. tempatkan beliau ditempat orang-orang yang beriman.

Lebih syahdu, di kala aku bakal berkahwin next month.. teringin melengkapkan bilangan ahli keluarga..

Sungguh aku tak berani nak tanya mak atau ayah berkenaan abang kedua aku ni.. teringat zaman kanak-kanak betapa peritnya mak dan ayah.. Lama ceritanya hampir 20thn yang lalu

"Kami tak pernah lupakan abg.."
"Doakan majlis ini selancarnya.."

Al Fatihah

Rindu -.-"

p/s: Tenang lah abg disana.. Subhanallah, Laillahaillallah

Tuesday 10 April 2012

Mengedar Semula

As Salam,

____________________________________________________________________________________________

Hari tu bukan main lagi post entri 'Sedang Mengedar', hari isnin rasanya entri tu.. tup tup hari selasa 'Jatuh Longkang' terus tergendala semua preparation. Kad dah siap tulis nama separuh dan nak beli setem dan pos.

So, semalam dah start kerja agak bosan. Keluarkan list check semula sesiapa yang belum aku tulis nama tu terus tampal setem, setem pinjam opis punya..hihi kang masa nak pos baru nak g beli dan replace :D

Sorry lambat pos ok.. al maklum lah sejak minggu lepas jadi si capik :D

Till then,

p/s : Thanks for reading :)

Monday 9 April 2012

Settle Sudah Legal Document

As Salam,
Alhamdulillah, dah masuk kerja harini.. lemau wooo dah lama sangat cuti
Kerja pun bertimbun, nasib baik asst. menjalankan tanggungjawab dengan sempurna kali ni..haaaaaa

______________________________________________________________________________________________

Seperti yang dirancang sabtu lepas balik kampung nak settle legal document, fitting baju c/w accessories semua.

Sabtu lepas subuh gerak, alhamdulillah pukul 12++ tengah hari sampai ke butik, fitting baju bla bla bla, confirm dais semula, dah sama macam Sini lagi dah. Tetiba rasa tema aku bertukar, hahahaa actually akak aku yang banyak mencadangkan ibarat perunding..huhu aku tak kisah asalkan sedap pada mata aku dan tunang mak ok jeerrr.. dorang berdua lah tengok sana sini match kain itu kain ini, aku dah tak boleh berjalan banyak :D

Sampai je rumah terus isi borang nikah, kepilkan dengan borang tunang ayah g hantar ke kariah tak sampai sejam, taraaaaa.. dah ok! ahad pagi pukul 10 gerak ke pejabat agama, isi borang ikrar jumpa Ustaz baik ;) kejap ja dah settle. No interview- interview yer maybe dia kesian tengok aku jalan pegang dinding wkakaka..

Petang ahad balik ke nilai dengan perasaan yang lapang. Tapi banyak lagi yang belum settle, hope lepas ni kesihatan aku semakin ok..heeeeee tak larat asik makan ubat, sendawa pun bau ubat..

Till then,

p/s : Thanks ye doakan kesihatan ku ini..alhamdulillah jalan semakin lancar walaupun agak senget² :D

Friday 6 April 2012

Check Up

As Salam,

_____________________________________________________________________________________________

Bermalas malasan lagi dirumah hari ni, jap lagi nak g klinik untuk last check up maybe..hehe takut woooo kang doktor tu tekan-tekan dekat tempat yang bengkak tu kang.

Jalan dah semakin jadi orang, tak macam ketam lagi dah cuma bengkak dan lebam ja belum surut.Luka semua dah kering.

Mudahan tak ada apa lah kan, esok balik kampung g settle legal document & ke pejabat agama.

Takda sangat perkembangan untuk persiapan disebabkan keadaan aku ni hanya mampu duduk satu tempat saja, then potong riben untuk bunga pahar, gunting Thank You tag. Kalau boleh jap g nak gigih g Nilai 3 beli bantal kecik-kecik tu nak bawak balik kampung esok, then tengok lagi kalau-kalau ada barang yang dah bawak balik. Coz lagi sekali balik awal bln depan dah kahwin..wawawawsaaaaaa...

Ok, nak bersiap g klinik,

Till then,

p/s: Thanks for reading :)

Thursday 5 April 2012

Darah Manis - Jatuh Longkang

As Salam..
Hai semua... haha bajet ramai yang baca kan..?

_______________________________________________________________________________________________

Bermalas malasan dirumah u'olls, MC 3 hari katanya..doktor kasi akibat jatuh longkang. Sound sangat kelakar..kahkah tapi iyoooo sakit nya nak mampus mengigil-gigil kaki tangan menahan.

Start selasa (03/04) MC daripada klinik panel tak ok jugak, semalam g klinik area rumah dapat MC lagi 3 hari total 4 hari, next monday baru masuk opis.heeeeeeee

Bentuk kecederaan, betis kanan terkoyak isi sikit, lebam dan bengkak besar penumbuk dewasa. Peha kiri scratches sebesar tapak tangan dewasa lebam dan bengkak penumpuk dewasa, bengkak pergelangan kaki kanan.. muka tangan maintain..hahah

Yaaaaa...ana jatuh itu longkang kedalam 1.5 meter laaah..huhu

Mak aku dah bising2, lagi dekat majlis lagi macam2 hal terjadi.. dah darah tengah manis

Derita u'olls, jalan dah tak macam orang, tak boleh duduk atas lantai, tak boleh bercangkung..duduk beralaskan bantal kat peha...

p/s : Sorry lambat reply komen, tuan blog sakit..thanks for reading ;)

Wednesday 4 April 2012

Tuesday 3 April 2012

Bunga-Bunga Cinta

As Salam
Haaaaa bersiaran kembali..


_______________________________________________________________________________________________



Sedang perbaiki bunga bunga cinta ni, pada hal dah start buat 2 bulan lepas lagi pastu tinggalkan. Now baru teringat semula tapi tak tau rajin sampai bila & menjadikah ia...?

Doakan kesihatanku,

Semoga segala urusan terlaksana dengan cemerlang..

Terima Kasih Ya Allah :)

Till then,

Update : Tetiba jatuh longkang harini, MC.. dugaan

Monday 2 April 2012

Sedang Mengedar..

As Salam,
Hai darl...mood memang betul ke lautan pasifik dah nih..

________________________________________________________________________________________________


Malu nak tunjuk sini, huhu kad paling simple di alam semesta :D

Kad kahwin ni dah dapat last 2 weeks lagi, tapi aku belum pun sempat pos.. baru terkedek2 collect alamat kawan2..

Aku tempah 1000pcs, bahagi 2 dengan tunang.. so, ayah aku mintak 400 tinggal lah 100 dekat aku.. sangat terhad! Kepada kawan2 yang mana boleh aku verbal semua aku verbal, sms, call je belum..huhu

For b2b pun ada..especially yang suka mengumpul insya'allah if cukup aku pos juga.. maybe b2b utara..? nak kah anda..? muahahahaa..

Yang berminat sila lah inbox suria di fb ok..sini takdo inbox.. tak pun email sajo.. (sila pandang sidebar)


Till Then,

p/s : Tak ada teaser bagai, takut kang lepas kahwin malas nak review semula...huhu