Tuesday, 8 January 2013

Boss Yang Tak Faham Kebajikan Pekerja

Assalammualaikum,

Serabut!

Aku kalau serabut ni mesti bab kerja HR..serius!
Know what dapat boss yang cepat terpengaruh dengan cakap orang lain, dah tu jenis tak nak ikut labour law sungguh buat aku mental.

Officemate aku ni sedang MC lebih kurang 1 minggu sebab pregnancy bleeding. Kira ni second time la MC 1 minggu, first time haritu rasanya bulan november last year.

Yer la dia ni umur dah mencecah 35tahun, dah lama kahwin baru je positif. So sangat banyak risiko. Sabtu lepas dia mengadu dengan aku katanya ada sikit fresh blood kat panties dia, terus aku suruh dia balik g klinik check up.. aku pulak yang cuak! sebabnya dia baru mencecah 3bln kata doktor belum stabil. So dia dapat la MC 1 minggu camtu.

Tadi pagi boss aku bising kat bilik aku ni cakap tak boleh la macam ni selalu, 1 minggu MC company kena bayar sebab you punya baby tak stabil. Dan dia nak tukar MC officemate aku tu ke Unpaid Leave. eh? Mental aku, setahu aku kalau dah dapat MC lebih² lagi kes camni mana boleh cancel MC orang wey! Boss aku katanya, kalau officemate aku tu rasa tak stabil better angkat cuti 1 bulan so dia akan approve tapi bukan dengan MC.

Kesnya jadi gini sebab ahad haritu boss aku ternampak officemate aku ni tengah baik punya breakfast dengan husband dia dekat luar..huuhuu thats why aku rasa dia menyinga sejak semalam..hahaha

So nak cool down kan kemarahan dia tu, aku cakap nanti aku akan call labour law tanyakan boleh atau tak tukar MC tu ke Unpaid Leave. Walaupun hakikatnya aku tau memang tak boleh dan tak munasabah.

Bila call aku la jadi mangsa kemarahan staff labour law, katanya aku sebagai HR dah tahu hal ni hahaha. Aku redha wey! memang pun tak boleh buat gitu sebab dalam setahun kita dah ditetapkan beberapa hari untuk medical leave, selagi tak habis selagi tu lah tak unpaid leave..

Boss aku ni jenis mudah dengar cakap orang, ni dia dengar cakap adik dia lah ni wife kepada boss yang lagi 1 tu..serabut perut aku dengan perempuan tu, dah la tak kerja gaji dapat pun nak menyibuk lagi hal office. stress!


3 comments:

  1. biasa la tu wak...kalo ade bz body dlm company mmg haru dibuatnye..lagi2 ur boss jumpe kawn tu sonok2 bfast kat luar.msti la die marah sbb bile MC lama die expect serius..so should be duduk umah jek..ni jalan2.hehe..xpela..tahan je la..huhu

    ReplyDelete
  2. susah kan dapat bos atau org sekeliling yg tak faham ni. dorg sakit faham tak? bos u lelaki ke apa? ala kdg2 perempuan pun sama tak faham. geram je. takpe tuhan tu maha adil. maybe skrg dia tak sakit. tengokla nanti bila time dorg sakit kene cuti seminggu ke apa padan muka *geram plak i* hahah :p

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)