Wednesday, 3 April 2013

Antenatal Class - Hospital Ampang

Assalammualaikum..

Minggu lepas dapat attend Antenatal Class under Hospital Ampang, pendaftaran mengejut..hihi

Minggu sebelum tu aku ada appointment dengan pakar dekat Hospital Ampang untuk confirm placenta previa. Lepas dah check up semua, alhamdulillah doktor cakap uri dah naik sepenuhnya.

So baru lah aku terhegeh² nak cari kat mana yang masih kosong untuk g Antenatal Class ni. Terus aku tanya nurse kat situ camne nak register class tu. Nurse cakap sebulan sekali je iaitu minggu ke-4. Kiranya next week tu lah..tapi nurse cakap dah penuh, nak masukkan next month dah sampai due aku..hihi. Dah tu next week pun aku dah over 34w, yang mana class tu hanya untuk 27w - 34w sajo. Tapi nurse tu baik, dai ambil jugak nama aku  in case kalau ada couple yang tarik diri dia akan call untuk masukkan aku..yeeeeeeee!

Hari selasa 2 hari sebelum class, nurse tu call cakap ada kekosongan nak datang ke tak. Gila tak nak? dah la free..kikiki. Terus aku ok dengan laju². Siap sms hb suruh apply cuti half day ^^.

Tudia panjang mukadimah..wakaka

Ok²..

Hari kejadian 28hb March 2013.
Register pukul 8, tapi kami sampai pukul 8.20pg. Parking full weyyy -.-" tu pun parking atas sekali aras 5, jauh pulak dari pintu, lenguh tau kaki..

Terus cari Wad 4D.

Rupanya ada lagi yang lebih lambat, kira dekat pukul 9 jugak la baru start.

Point yang pertama
- Daripada Doktor Pelatih, penerangan mengenai cara pemakanan ibu mengandung dan lepas bersalin. Best yang ni, lebih bagus suami ada sebab bab yang lepas bersalin tu selalunya kita akan pantang itu ini, tapi doktor cakap kalau pantang camtu kita tak cukup nutrisi, camne nak bf baby kan. Jangan amalkan jamu etc tak elok untuk bf. Pemakanan selepas bersalin mesti lebih daripada pemakanan semasa mengandung.

Point yang kedua
- Daripada Doktor Labour Room (aku yang panggil, hehe) Dr. Liew kalau tak silap. Best penerangan dia, lengkap untuk aku yang memang ZERO knowledge ni. Dia bagitau berapa lama bukaan untuk 1st baby, tanda², segala macam laa. Dia adalah salah sorang doktor yang menyambut baby, hihi katanya untuk suami teman masuk labour room depend pada doktor yang bertugas, kalau dia..dia akan bagi suami masuk. Perlu katanya.. ^^ then, kalau kita tak selesa dengan doktor lelaki, boleh request nak doktor perempuan, dorang akan check doktor yang available time tu. Cool kan?
Perihal ubat tahan sakit, epidural pun dia cakap kalau boleh semua pun boleh mintak sebab boleh hilangkan kegelisahan patient, dia tak suka tengok patient yang gelisah kesakitan, kesian katanya. Tapi epidural hanya boleh request time office hour saja, kira dari 8am-5pm. Itu pun depend pada doktor bius yang free. Duh!

Point yang ketiga
- Ni selepas minum pagi..hehe! senaman..ada kakak fisiology yang ajar dan bagi penerangan. Teori dan praktikal. Dia terangkan cara² duduk, membongkok, cara bangun dari katil dan sebagainya lah. Lepas tu ada senaman untuk ibu mengandung. Ni kelakar, aku kena tegur sebab kaki tak dapat angkat dan tak reti pusing pergelangan kaki..haha ye la perut aku paling besau situ dah sah² tak bleh angkat kaki.

Point yang keempat
- Penyusuan bayi. Ini pun banyak aku belajar, walaupun semasa check up pun aku dah belajar sikit². Pemakanan, teknik semua lengkap. Tapi yang best urutan sambil sapu minyak pada nipples sebelum bersalin tu, aku dah try serius menjadi. sambil sapu tu memancut² keluar..kihkih

Point yang kelima
- Ketua nurse bagi penerangan tentang peranan suami ketika dalam labour room. Part ni yang aku tunggu, sebab masing² belum berpengalaman. Sebab time ni isteri dah tak tentu arah katanya..huhu. ajar cara meneran, cara tahan sakit segala². Lepas tu perineal massage, siap ada patung depan tu. Nurse siap tunjuk urutan dekat patung tu..maluuuuu..hahah! nurse bagitau, better buat sebab ada sorang doktor kat situ buat urutan tu sampai anak dah 5, tak pernah koyak. Pergh! best. Terus melonjak² nak buat tapi haram sampai harini belum start..wakakka

Point yang keenam.
- Lawatan dari wad sebelum bersalin, labour room, wad lepas bersalin dan dewan bersalin. sayangnya labour room penuh pulak time tu, so tak dapat masuk. dapat lawat wad dengan dewan bersalin je lah. kalau duduk wad tak boleh ada peneman, kiranya masuk time melawat saja. tapi labour room suami boleh teman sepanjang isteri kat dalam tu. Serius seram tengok labour room walaupun dari luar. Nasib baik tak dengar jeritan ke hapa..wakakka.

Tu je kot point² yang aku ingat. Dah nama pun half day kan.Sikit je lah. Free lagi. Nak lama² sila ke private maybe lebih details. Bagi aku cukup la yang ni saja, sebab ada jugak part aku menguap²..kihkih

Ok, tetiba entri jadi panjang..hahaha

Till then,

p/s : Rasanya ada yang tertinggal, dah lupa..weeeee.. ^^






6 comments:

  1. cm best..nk book kene walk in ke.. hubby ikut skali? xde klas on weekend ke..mls nk amek cuti..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. call pun boleh tiqah..
      ha'ah husband kena ikut, class weekdays je..
      tp separuh hari, dorang akan bg time sleep utk husband sekali.
      tiqah nak no.fon ke?

      Delete
  2. office huda xmo terima time slept tu aci tak?
    huu best nye dah g kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish x aci betol company huda keje tuuuu..
      valid tau time sleep tu klu ke pejabat buruh pun..
      g la hudaaa..private pun ade, kpj rm100/couple

      Delete
  3. Salam Suria,
    kelas ni,
    memang kita akan disuruh join,
    atau kita sendiri kena request nak join?

    huu, baru 18w =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,
      kelas ni tak wajib pun, tp disebabkan utk 1st baby dorang galakkan jugak lah kite pegi..

      kite kena request, tanye date yg available..
      cam suria dh cam terlambat sikit dh, 35w bru g..hehe ramai yg pergi antara 24w ke 34w ^^

      Delete

Hello cantik's.. ;)