Tuesday 16 July 2013

Berpantang : Ibuku Tradisional

Assalammualaikum,

Nak cerita pasal berpantang.

Aku kan ke czer kan, dah tentu berbeza teknik berpantang dengan orang yang bersalin normal..wah! teknik gitu..kihkih
Seminggu kelahiran si Dhafea ni aku tak berpantang sangat, sekadar berpantang makan dengan pakaian saja. Tungku, mengurut semua belum start sebab Dhafea kena jaundice kena warded dekat Hospital Seremban..ok yang tu nanti masuk entri lain.

Mandi
Sehari selepas aku balik kedah, mak aku dah start bagi aku pantang itu ini. Pagi² mandi air daun² ke apa entah berjenis² tapi wangi serai + pandan. Air panas yer tapi panas yang baru mendidih atas dapur yerr! Yang lepas je mendidih tu mak aku terus cedok masuk dalam besen untuk aku mandi, bayangkannnn! sentuhan pertama aku dengan air tu terus mengelupur, haha panas oiii merah kulit kena air panas. Langsung tak campur air paip. Sumpah aku tak dapat mandi, even mak aku dah tambah air paip still pans wey, berasap² macam mak jah tengah jampi serapah. meraung la aku..mak aku pulak marah sampai tahap tengking aku..haha padan muka! punya la kuat sampai husband pun datang tengok dah kenapa bini dengan mak mentua dia macam bercakaran..haha

Aku redha jugak, tapi mintak jugak tambah air paip. Mak aku dah bebel² mula buka cerita dulu dia in law jaga jangan harap nak dapat macam aku ni boleh tambah² air lagi sampai nak jadi suam. Mandi pun dah tak ada rasa apa. Bebel lagi, dah aku pula czer tak boleh mengurut kang bila pulak perut nak surut (perut aku time tu macam pregnant 3bln, haha). Dalam 3-4hari je la mak aku tolong mandikan, lepas tu aku mandi sendiri iolls tambah la air paip sampai kadar yang aku boleh mandi, muahahaa ada jugak mak aku dok sindir cepat je siap mandi, ni mesti tambah air! haha firasat mak tu, korang nampak? huhu tapi serius hasilnya perut memang mengempis walaupun tanpa bertungku. Aku dapat mandi sehari sekali je. Rambut mula² tu lebih 2minggu tak dapat cuci, aku bebel dengan mak aku cakap kepala dah panas berminyak, baru dia bagi dengan syarat "JANGAN SHAMPOO" tapi aku derhaka shampoo jugak 3hari sekali..bhahaha..

Makan
Makan memang pantang habis-habisan, sebab aku pun takut luka czer lagi..dah BF risau Dhafea kembung ke apa kan. Rutin aku pagi² minum milo panas dengan biskut kering. haha minum pagi yang kedua susu Anmum dengan biskut kering lagi. Makan tengah hari nasi putih dengan ikan tenggiri / ayam /. Kuah ke halia ke black pepper semua hold sebab Dhafea jaundice sampai hari ke 15 baru start makan benda tu.

Minum
Selalu dalam pantang air orang dulu² tak bagi minum banyak kan? tapi mak aku bagi je sebab aku BF. Dengan syarat air panas bukan air masak yang sejuk atau suam..muehehe tapi aku langgar jugak..aku minum memang banyakkk tapi air masak sejuk or suam..haha mak aku bising kang urat kembang itu ini. Aku tetiba jadi pentipu depan dia je aku minum panas.huhu

Pakaian
Aku memang 24/7 berkain batik, tapi sumpah laaa dalam pantang gila panas. Aku stokin pun on off, sweater lagi lah aku tak pakai. Bila dah seminggu stokin aku off terus tak boleh tahan panas. Mak aku gila bising, masuk angin nanti, masuk angin..haha

Keluar Rumah
Aku keluar jugak sampai depan rumah, orang dulu² lepas atap pun tak bagi kan..boraing haiii aku keluar depan sikit je ambil udara..hehe keluar g beli pampers Dhafea pun pernah, g bank..huhu

_________________________________________________________________________________

Yang aku perasan bila dah aku macam tak ikut sangat apa mak aku suruh tu last² dia pun malas dah, sebab tu keluar rumah pun dia bagi..haha makan pun aku request yang berkuah sikit, dia buat je asalkan ada halia, black pepper..haha

Sampai sekarang pun aku banyak jugak berpantang makan dan minum, lagipun czer kan..benda yang gatal dan berunsur nanah memang aku tak berani, mee ada udang aku pernah makan gatal nauzubillah..sumpah tak mau dah! huhu Sayuran berangin pun aku elak sebab BF..risau kot² Dhafea kembung, kesian dia..

Lagi pulak haritu masa hari ke 46 (lepas pantang) aku termakan coslow..kubis kan? sumpah aku tak ingat langsung tinggal suapan terakhir baru perasan Ya Allah aku makan kobis, risau kemain sebab kobis angin + sejuk risau bf Dhafea kang..sudahnya 2hari lepas tu aku demam tiba² mencecah 39.7 panas. Mengigil la padahal tu hari yang nak balik kl dah.. terus serik tak makan dah, nasib baik Dhafea tak kembung.

Sekarang pun ada jugak bertanya kenapa berpantang itu ini, walaupun dah masuk 3bln..Jawapan aku senang, "aku bf..tak nak take risk untuk anak aku" so jangan nak tanya lagi, anak tu amanah sayang aku sampai memuncak. Lagipun badan nak pakai lama..apa salahnya aku berpantang lebih sikit, bukan kena guna duit kau yer dak? huhu


Ok, tu je yang ingat..bai ^^

"Selamat Berpuasa Kawan²"




10 comments:

  1. huiiii mencabar giler berpandang kamu.. degil yek ;p hahaha~ leeza pon mandi daun2 sampai abis pantang tapi air suam laa, makan pon pantang cam suria tp lg semnggu nak abis mak kasi dah makan2 lain sikit2.. hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu suam best la leeza, ni panas..huhu sakit² badan..
      suria sampai 44hari pantang mcm pantang hari pertama jgak..

      Delete
  2. yer samalah kita sebab bf anak. still berpantang hewhew.ais dan makanan sejuk still x sentuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zimieeee..suria dh belasah ais! my bad! sblm puasa sikit² je..
      now puasa everyday iolls belasah..aiyooo camne la nk buang yg buruk ni!

      Delete
  3. waa ganasnya mak suria. kena mandi ayaq panas. xdpt bayangkan. kalau suam boleh trima lg..huhu..tp nasib baik da setel pantang kan..bole tarik nafas lega kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ayaq panas, memang berasap la badan, pastu x puas la sbb badan x sejuk langsung wlupn mandi..hehe hardcore betul! huhu

      Delete
  4. hui tang mandi air panas tu biar betul panas mendidih? memang patutnya tak boleh campur air paip ke huwaa kalau i pun nangis huhu

    bertabahla ye u. nak cepat elok kan luka tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah cha..air panas yg baru lepas mendidih tu laaa..
      heee i pun menangis² masa hari pertama tu, x tahan..kulit dh merah²..kihkih tp alhamdulillah lepas tu nampak hasilnya..sebab tak bagi urat kembang masuk angin kan dlm pantang..

      thanks :)

      Delete
  5. strict sgt ibu u! hihi
    mcm my mom jenis "semua bolehhhh"
    tp apa2 pon ikut je kn ckp mak kita, insyaAllah ada kebaikannya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang pun..minggu pertama tu stress jugak la
      tp masuk minggu ke-2 dh boleh adapt dah..hehe

      tu la nampak hasilnya skrg ni ^^

      Delete

Hello cantik's.. ;)