Wednesday, 3 July 2013

Sebalik Nama "Dhafea Shurafa"

Assalammualaikum,

Malas seketika nak update blog..tapi sekali dah update hari² keluar entri walaupun ber-schedule..huhu

Nak cerita mengenai nama my little pumpkin! ^^

Dhafea Shurafa (Pencerita Hadis Yang Mulia)

Ramai yang cakap kitaorang sengaja gabung² kan nama sampai jadi agak asing..no..no! Nama ni husband yang pilih, tapi dengan bersyarat daripada aku huruf depan mesti A atau D sahaja..haha ye la D sebab husband pun start dengan D, A pulak sebab aku dah lama nak anak nama depan huruf A. Kekonon nanti exam dia dapat la masuk dewan, kahkah ok sila la gelak..sebabnya nama aku start S, so aku tak berkesempatan jawab exam dalam dewan..kesian kan? huhu

Sekian lama kot mencari nama, sejak dari tahu pregnant kitaorang selalu rasa aku pregnant baby boy. Hinggakan hari² panggil satu nama tu, sekali scan gegirl..hihi terus cari nama pada masa yang sama nama baby boy tetap jugak cari. Siap nama novel Tingkatan 4, Azfa Hanani pun husband nak..aku bangkang Ya Arif! haha tak semenggah kot.. @_@

Aku memang sejak zaman single berangan kalau gegirl nak nama bunga, siap cari bunga huruf D. Sempat lah jugak panggil dengan nama tu masa Dhafea dalam perut sehingga lah husband dapat nama Dhafea Shurafa terus stick dengan nama tu.

Dhafea tu spelling yang sebenarnya Dafiya, tapi aku lah gedik nak tukar..wakaka. Shurafa tu husband cari jugak untuk gabung dengan Dhafea, sebab nama aku kan ke start Shu***** gituuu.

Maka terjadi lah Dhafea Shurafa..hiks

Aku percaya yang setiap nama tu dah tersurat pun sejak azali.

Present our little pumpkin! hihi


Fresh from oven : 3.2kg



2months 2weeks : 5kg



p/s : Tetiba nampak sangat bambam dalam gambar..huhu




11 comments:

  1. mcm muke u la suria..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..dlm gambar kot nmpk muka mcm suria luar semua ckp mcm husband.. ^^

      Delete
  2. dhafea ni beza 0.1kg je ngan amjad yg 3.1kg masa lahir. makin bambam dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhafea pagi sebelum deliver doc. scan 2.8kg je bile keluar 3.2kg..hihi

      Delete
  3. comelnya suriaaa..baru dpt tgk muka bby..mmg muka suria..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekonon ala reris simpan gambar anak...agagagaaa..
      tq aunty rina ^^

      Delete
  4. heeeeeeee.. dah comel dh baby suria kan.. girl.. erm cik bin dijangka kan baby boy.. isnyaallah..
    siap dh termimpi2 g daftar nama baby kat JPN.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii siap mimpi² lagi..hehe ^^

      Delete

Hello cantik's.. ;)