Wednesday 28 August 2013

Baby Sitter

Assalammualaikum,

Malas + Busy!

Lama tak update..kang kalau dibiarkan lagi boleh jadi lupa password aku ni..huhu

Sekarang ni hati tengah berdebar² + risau + takut semua dalam pakej. Sebab start next week Dhafea akan dijaga oleh Baby Sitter (BS). Ya Allah! Tuhan mengetahui kot isi hati aku ni..risau semua segala bagai. Aku siap tanya orang sana sini.

Berdebar kot..selama ni nenek dengan atuk dia yang jaga (inlaw). Dia jadi terlaluuuuuu manja T_T" manja sangat! ini macam mana la peel dia dengan BS esok² ni. Keputusan untuk hantar ke BS sebab inlaw nak pergi haji 07/09 nanti, so tak ada orang nak jaga selama 45-46hari. Mak aku tak dapat nak stay sini sampai hampir 2bulan secara terus menerus, dorang pun ada commitment lain kenduri laa jaga kebun la. What to do? mak dengan ayah aku orang kampung..heks.

Kitaorang pun tak boleh nak paksa. Lagipun sebagai parents kitaorang pun wajib mengikhtiarkan cara dan bagaimana nak uruskan anak sendiri ye dak?

Akhirnya dapat la BS yang dekat dengan opis aku ni, kira jiran rumah sewa aku time single dulu la..alhamdulillah, nampak akak tu ok..dia kenal aku tapi aku tak kenal dia..hihi

Mudah mudahan Dhafea serasi dengan BS dia. Sebab sekarang ni mak aku jaga seminggu untuk latih dia ala² BS..haha tapi mak aku tak boleh jugak..kang cucu nya merengek sikit, dah lama sangat terbaring dia angkat jugak..kesian katanya lama sangat dah berbaring..haha

Hari² aku berdoa semoga malaikat lindungi Dhafea dari sebarang keburukan atau kejahatan. Kitaorang hanya mampu berdoa, bertawakal.

Mak aku cakap dah sampai masanya aku kena percaya pada orang. Iyer aku sejak ada Dhafea ni ada sikap tak percaya pada orang. Aku hanya nak orang ikut cara aku jaga anak aku je..bahaha keji kot.. mak aku faham laa..dia pun redha je tengok perangai aku sebab katanya, baru first baby kan..masih over protective itu ini tak boleh..haha

Dah tiba masanya Dhafea mengenali orang lain, sekarang pun dia dah kenal orang..kalau orang lain pandang dia pun dia boleh menangis. Sebagai contoh even dah 4hari ayah aku datang sini pun dia masih tak ngam tangan lagi, huhu dia akan menangis kalau ayah aku dukung dia. Mak aku pun gitu hari pertama dan kedua, sekarang baru ok..padahal mak aku kot yang jaga masa berpantang dulu..

Eh, macam dah lari topik!

Doakan Dhafea serasi dengan BS baru dia...mommy is risau sayang! -.-"



4 comments:

  1. besnye jupe BS. sy nak cri nursery tp mcm2 scary story duk dgr. haihh tah laa. nak cri BS mcm xramai plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tawakal ja rina..suria pun camtu jgak
      pdhal dh nk hantaq isnin ni,
      sampai la pun dok 50-50 lagi..haih la

      Delete
  2. dhafea takut ngan org ye? amjad plak terlebih ramah tamah dengan org. jenis xtakut org. kdg2 risau gak tgk anak xnangis bila org lain dukungg....huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpasti takut ke camne epa..
      tp kalau org yg dia lama atau x penah tgk msti dia xnak..

      dia ni jenis takut kot, org ckp kuat² pun dia menangis..wuwuwuuuu

      Delete

Hello cantik's.. ;)