Tuesday, 19 November 2013

Dhafea Di Serang Demam Campak (Part 1)

Assalammualaikum..

Dua minggu lepas kot, masa Deepavali weols balik Seremban rumah inlaw sebab dorang baru balik dari Haji. So rindu rinduan dengan cucu sorang ni.

Tengah hari sampai sana petang dalam pukul 3 tu Dhafea tengah mengempeng aku rasa badan dia dah start panas, aku check thermometer 37.2 gitu..bagitau husband ok lagi lepas tu macam makin membahang check lagi dah 38.6 camtu, terus ajak husband g klinik time tu pil tak ada keluar g rumah sedara. Nasib ada klinik 1 Malaysia berdekatan. Pegawai Perubatan check suhu memang demam so dorang bagi ubat demam pastu suruh keep sponging. Aku pun sponging sepanjang masa, mula la dia merengek², mata dah merah sebab panas sangat. Suhu turun naik, kira lepas je 4jam naik balik suhu dia. Malam tu kesian tak senang dia tidur. Aku apatah lagi.

Esok tu macam tu jugak makan ubat lepas 4jam panas balik. Sampai la petang pukul 3 camtu makin panas 39.2 dah terus ajak husband g klinik tapi husband ajak je Hospital Seremban terus. G sana doc. terus mandikan sebab suhu cecah 39 lebih. Meraung² la dia sejukkan..kalau kita demam pun kena air tak tahan. Lepas tu masuk ubat bontot, jumpa doc semula. Mula la doc interview bila demam, ada ke tak sedara mara yang baru balik dari oversea, sebab tekak dia dah bengkak dan dah nampak nanah sikit. Teringat pil baru balik Mekah bagitau doc. dia cakap ni demam virus berjangkit baby antibodi lemah lagi. Doc bagi ubat demam lagi, dose dah banyak sikit dengan antibiotik (aku tau baby tak elok antibiotik, nanti kite cerita lain post) Mesir sekarang ni memang tengah hot dengan virus yang dorang pun tak tau punca. So Dhafea terjangkit dari pil. Doc mintak jarakkan sementara, so husband decide balik kl petang tu jugak (Ahad) Tapi berbelah bahagi nak bagitau pil. Ye la dorang belum lagi habis rindu lagipun Dhafea dah tak mau dengan dorang, takut sebab lama tak jumpa.hihi

Petang tu mil balik, husband slow talk dengan dorang bagi dorang faham. Alhamdulillah dorang faham. So dorang pun tak nak dekat dengan Dhafea kesian takut melarat..time ni aku sedih kot, kesian pulak dah la rindu cucu tapi tak dapat cium pun nak balik.

Sampai je rumah husband cakap tanggalkan baju seluar biar berpampers je bagi panas keluar, kesan ubat bontot tadi dia main macam biasa pastu tidur tapi malam tu panas lagi..husband cakap selimut dengan napkin basah, serius aku kesian weyy nak nangis tengok sebab dia demam mesti sejukkan dah la tanggal baju pastu selimut dengan napkin basah pulak menangis² dia.. aku lagi la menangis lebih pada anak, tak sanggup..kahkah

Dalam 2 haritu Dhafea sama jugak demam on off nasib baik cuti Deepavali bersambung dengan cuti Awal Muharram. Call bagitau mak aku, aku tak tahan tengok Dhafea tak sihat, mak aku pun tak sanggupdengar aku asik call² je setiap masa..huhu

Banyak petua aku try nak redakan panas dia tapi sekejap je eloknya..last sekali aku mintak mak aku g rumah sedara aku tu buat air penawar, serius aku tekad lagipun air penawar ni guna ayat quran. Mak aku pun g rumah sedara aku tu, aku sediakan air masak satu jar sedara aku guna fon je buat air penawar..hihi

bersambung....
(letih pulak aih menaip)



1 comment:

Hello cantik's.. ;)