Thursday 21 November 2013

Dhafea Di Serang Demam Campak (Part 2)

Assalammualaikum,

Dhafea diserang demam campak (Part 1)

Sambung part 2..

Lepas sedara aku buat air penawar guna fon tu, petua dia sapu air kat ubun² pastu tepuk 3kali SAHAJA! pastu bagi minum dan buat mandi.. Fahaman aku pulak sekali sapu air ke ubun² tepuk 3kali, hehe rupanya salah, sapu sekali je pastu tepuk 3kali je..eh faham idok? kira sekali buat saja..huhu

Dah bagi minum, bagi mandi pastu dia tidur..elok je petang dengan izin Tuhan suhu dia turun ke 35-36! subhanallah..sejuk..aku pulak cuak, terus bagi pakai baju..hihi

Petang tu jugak aku nampak macam ada ruam² kecik bawah mata kanan dengan kepala dia, merah². Mak aku ada jugak cakap dia rasa macam campak tapi aku cakap tak nampak merah² pun. Lepas nampak tu aku cakap dengan husband katanya bukan lah. Masa tu hari Selasa (Awal Muharram) kira esok rabu kerja la kan, syukur dah time tu ingat boleh masuk kerja. Malam tu pun tidur lena sungguh, terjaga pun dia poo poo pukul 5 kot. nak bawak g cuci sekali masuk bilik air tengok muka dia dah merah² sampai nak bengkak dengan ruam² tu..Ya Allah, aku dah jangka ni mesti campak ni..dah penuh satu muka, kepala semua naik!

Maka, aku el sampai sabtu!

Dah siang dia start merengek, husband ingat tak nak g kerja tapi kena jugak sebab ada urgent kes. Ingat nak pergi klinik kena tunggu husband balik tengah hari. Pukul 3 baru pergi dia tidur. G klinik kesihatan, tunggu manusia ramai jugak. Jumpa nurse cakap nampak macam campak, nak ambil darah. Aku tak bagi, mak aku pesan jangan inject apa². Tapi nurse cakap demam lebih 3hari kena ambil darah nak masuk makmal. Aku redha husband dah on. Then g bilik ambil darah, dhafea ni dah siang merengek ja la. Dorang ni pulak 3-4orang dok belek kaki tangan dhafea cari urat, dia kan bambam haha urat tak naik. Pastu kaki tangan ada tanda lahir bitu. Geram aku tengok dok belek² pusing² tangan anak aku, terus cakap tak payah la ambil darah kesian anak saya. Ok! jumpa doc. doc pulak cakap kena jugak ambil darah, aku ish bengong betul doc ni..hahaa aku malas ambil pot aku g ambil ubat, pastuuuu husband bawak dhafea g ambil darah!

Settle ubat, aku cari husband rupanya dalam bilik ambil darah dengar suara dhafea nyaring menangis. Subhanallah anak aku!, terus aku masuk tolak nurse tepi husband yang dok tenangkan dhafea. Aku pelok dhafea time tu ada nurse tengah ambil darah dia..2 tiub wey! menyinga aku! aku tanya apahal sampai 2 tiub, ni baby..katanya procedure..geram aku! anak aku tengah menangis² sekali aku menangis..huhu dah siap aku angkat dhafea pelok terus keluar. df sampai tidur sementara tunggu result makmal.

Syukur tak ada apa² dengan darah dia, terus balik.

Malam tu dia miang la kan..aku alas dengan kain batik je la pastu sapu bedak sejuk satu badan.

Esok pagi tu bangun dah main macam biasa, hihi walaupun campak dah makin banyak keluar kat badan, alhamdulillah main tetap main, makan, menyusu macam biasa dah :)

Hari sabtu aku masuk ofis jugak half day since dhafea dah ok sikit, weekend bawak dia keluar jalan walaunpun ada lagi campak tu kesian seminggu berkurung. Elok je esok isnin tu keluar lagi campaknya kat kaki. Lepas 2hari dah hilang. Alhamdulillah.

Demam panas 3hari lepas tu keluar campak, seminggu dah fully hilang ..yeaaa!



p/s : Dhafea masih delay 6m punya jab, sekarang dah masuk 7m..kena campak 6m setengah.


4 comments:

  1. alhamdulillah dah sembuh dhafea. xpa demam campak xkena dah kot pasni. so dah xyah pkiaq. hehee

    ReplyDelete
  2. campak selalu kena masa umur berapa bulan eh..? eh i kena google ni :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkira usia kot shura..hehe
      tp selalunya 6m above

      Delete

Hello cantik's.. ;)