Thursday 22 May 2014

Masak Untuk Anak Sendiri Pun Dipertikai?

Assalammualaikum,

Aku ni kadang-kadang rasa asyik kena complain ja.

Mula-mula dulu bila orang complain pasal hal apa aku buat untuk Dhafea aku diam ja, aku anggap "oh kesian kat hang, jeles ler tuuu.." tapi bila dah selalu sangat makin sakit pulak telinga ni.

Aku akui kadang lunch time aku tak cukup masa nak makan, rest, pump. Sebab aku selalu keluar p beli grocery untuk food si Dhafea. Kat office ni ada jugak mulut longkang cakap "rajinnya sue..beli ja la yang dah siap" kat luar office pun ada "aku bagi ja makan apa yang aku maka, kalau ikut sangat nanti jadi pemilih"

Nak ja aku cakap, terkesan ke dengan hidup kau kalau aku sediakan food untuk anak aku sendiri? bukan anak orang lain.

Buah pinggang anak aku masih tahap baru, nak proses tu bukan macam buah pinggang orang dewasa. Lagipun Dhafea ada sejarah sembelit teruk.

Lagipun tahap kerajinan aku masih tinggi, hehe tunggu dia dah bersedia untuk makan food orang dewasa aku stop laaa.. Sebab aku masih mengira tahap garam dan gula untuk dia makan.

Setakat ni, kalau keluar makan kat luar atau kenduri ke apa ke semua aku tapau bubur atau nasik lembik untuk Dhafea. Siap lunch box, bowl, spoon. hehe

Sampai ada orang tanya dalam diapers beg Dhafea tu dah macam beg doremon -.-"

Kalau nak balik rumah inlaw ke semua bahan-bahan untuk food dia aku angkut. Periuk ja tak angkut.hehe Cooler beg aku tu kadang-kadang full dgn segala mcm sayur daging buah bukan susu..huhu

Ada yang cakap, "alaaa..anak sorang boleh la layan macam tu, nanti dah 2-3orang larat ke" Aku balas "sebab tu la doakan aku sihat walafiat dan rajin selalu"

Btw Dhafea tu suka makan..apa saja aku masak semua makan. Baru lah bersemangat waja ibu dia nak masak. Kalau dia pun makan acuh tak acuh aku pun maybe jadi pemalas macam kau..kahkah

Manusia ni memang suka pertikai dan complain. Aku ni apa saja yang aku bagi anak aku makan semua ada la saja orang complain. Malas aku nak list down sini menyakitkan hati pulak.

Ahad lepas pun ada kenduri, aku bangun jugak awal pagi sediakan food dia. Tengah-tengah manusia ramai tu aku keluarkan lunch box dia. Lantak hampa laa janji anak aku makan makanan sihat.

Salah satu sebab aku beriya masak sendiri sebab untuk mengelak anak aku disumbat makan macam-macam. Tau ja la kalau rumah orang kenduri segala jenis macam jajan mak nenek kebayan pun ada. Biskut pun aku bawak. Senang!

Husband sendiri support tak pernah kondem, makin beriya laaaa... ^^,

Ok, bai..




8 comments:

  1. macam sama je aktiviti kita masa lunch... hehe.. i dulu beli sayur, buah, kat office. messstttiiii orang tegur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la syima..suka g beli time lunch heheee sini mulut longkang..kadang² beli simpan dlm fridge ofis..hehe

      Delete
  2. abaikan je u..mulut org mmg x bhenti bercakap.. sibuk! meluat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram..mula² abaikan jugak tp bila dah selalu mcm terkesan dah..hehe

      Delete
  3. Saya pun masak sendiri..Saya rasa lebih puas hati...sebab anak makan makanan yang kita masak..kalau pegi mana2 pun ada bekal...Mungkin suara2 itu jeles sebab tak berpeluang buat macam kita kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati pastu bersih dah tentu..hehe
      tu laaa jeles kot..heheeee rajin salah, malas salah..tah apa² -.-"

      Delete
  4. Mulut org mmg mcm tu. Smua xkna.nek grm

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dorang nak ajar kita cara ajar anak..hehe

      Delete

Hello cantik's.. ;)