Friday, 16 May 2014

Nak Cari Milk Booster!

Assalammualaikum.

Serius ni nak cari milk booster. Berkobar-kobar rasanya ni, rasa nak keluar ja dari ofis pergi kedai cari segala macam benda..haha

Over excited pulak, al maklum lah baru lepas baca blog orang lain pasal milk booster.

Dhafea dah minum bm setahun sebulan dah pun aku masih tak tau apa milk booster aku. Rasa macam sama ja. Kadang-kadang tu terasa padat tapi rasanya makan benda yang sama ja. Pelik.

Dulu masa Dhafea 5-6bulan aku suka makan buah sengkuang cina, sedap! tapi kat KL ni susah nak dapat, so aku minum F&N sengkuang cina. Mula-mula minum ok breast ada kemajuan tapi bila dah kerap minum macam tak ada effect pulak. huhu

Longan kering pun dah try, tapi ni aku mengaku. Aku malas tahap gila. Aku malas nak rebus. Lepas tu malas nak minum. Aku rasa tak sedap buat sendiri. Selalu beli kat pakcik tepi jalan jual air longan, yes sejuk-sejuk sedap. hahaha. Tapi pakcik tu dah tak meniaga pulak.

Lepas tu try ESP, ini actually minum untuk aku punya energy. Sebab untuk milk booster tak jadi. ESP rasanya tak sesuai untuk Dhafea, bila aku minum ESP Dhafea senang diserang selsema. Mula-mula aku minum ESP dia selsema batuk pakej kahak. So aku stop. Dhafea belum pernah batuk. Tu first time.

Lepas tu Habbatussauda. Makan 2kotak ja kot lepas tu asyik lupa nak beli..hihi tapi aku masih tak sure ini milk booster jugak ke tak.

I'm coffee addict!

Tapi selalunya aku gap la masa tu, weekend memang tak sentuh langsung sebab Dhafea kerap df.

Memandangkan susu pun ok tak ok. Dengan si Dhafea pulak reject fm rasa bertekad nak cari milk booster.

K, bai..


p/s : Nak beli horlick, milo, nestum 3in1 simpan kat ofis..avoid coffee pls! T__T"




5 comments:

  1. all d best suriaaaa! mmg tiap2 org lain milkbooster nya. rina hrp susu suria meriah blk ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya rina memang tak sama.. -.-"
      thanks rina, jiwa tengah berkobar-kobar ni..huhu

      Delete
  2. tqah pon xtau ape milk booster tqah.. kdg2 amek cofee byk gak susu.. tahla..haha.. skrg pam xcukup gak..gigih jugakla..stok pon dah xde..rayyan br 10 bulan..hope sempat setahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la tqah..kadang suria minum mocha breast bengkak..kadang tak pun, hehe
      suria skrg pam pun tak cukup sbb tu dah standby fm tp si Dhafea tu tak mau pulak
      tu yg gigih nak cari milk booster. Klu ikutkan dari 10bulan susu makin drop tahap kais pagi makan pagi..hehe

      semoga tqah berjaya jugak ^^

      Delete
  3. sy pon tgh usaha nak mencari milk booster..da try horlicks, tp ok kejap..minum air masak bebanyak, kang susu tu mcm kosong plak..

    sy penagih kafein, so far ok je..tp lately ni kurang penghasilan. ke sebab sy da cuba untuk kurangkan makan...sobss..kalau awk berjaya, share2 la story

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)