Wednesday, 14 May 2014

Susu Drop..Dhafea Tolak FM

Assalammualaikum.

Masalah besar ni..

Since aku selalu diserang penyakit kejap demam, sakit gigi ni. Susu memang drop, ya aku makan ubat. Kalau badan rasa dedar atau demam sikit-sikit aku tak layan la ubat aku lebih suka tidur rehatkan badan.

Ok, susu drop laaa sebab pumping pun dah kelaut. Kat office dapat 2kali maximum aku pump. Tengah hari dengan petang. Total dapat paling tinggi 11oz paling sikit 6oz..huhu dasyat kan? mana dapat nak menampung keperluan si Dhafea tu walaupun dia tak menyusu banyak pun.

Masa 11bulan haritu Dhafea lagi la tetiba suka susu, sehari kat BS boleh habis 20-24oz. Padahal aku pump sehari dapat 15oz je paling tinggi masa tu. Tu pun gigih tengah malam pump, pagi subuh pump. Masuk ja 1yo dia dah kurang susu so aku dapat la buat stock walaupun tak sampai 20oz..kuikuikui.

Lepas tu dia mula la tak mau menyusu dengan BS. Sehari dalam 8oz ja. So husband cakap skip subuh dengan malam, bagi dia direct ja. Sejak tu aku skip sampai sekarang. Memang tak pump kecuali kat office. Weekend pun aku skip. Dulu weekend at least sehari sekali.

Aku pulak sakit gigi teruk minggu lepas, habis guna stock sebab tak dapat pump. Sampai semalam aku dah habis guna stock. Kira ngam-ngam bagi BS 4oz x 4botol. Petang semalam terus ajak husband cari fm nak standby untuk harini.

Gila banyak pilihan fm, kelabu biji mata tak tau nak pilih mana walaupun seharian semalam aku survey baca review tapi masih tak dapat buat keputusan. Dhafea penah minum lactogen tapi dia sembelit, so husband cakap tak nak teruskan.

Enfalac dia muntah..huhu jimat oii susu tu mahal tahap pancung kepala.

Last sekali, aku pilih Anmum..bak kata husband aku dulu minum Anmum masa preggy dan dalam pantang. Kot-kot Dhafea serasi..bahaha walaupun kedengaran tak logik..cisss

Semalam konon nak try la buat 3oz, husband la nak bagi dia minum. Sengal tutup mulut rapatttt!. Tak mau langsung. Time dia tidur pastu mamai-mamai tersedar cari nenen aku try sumbat botol dia reject..geram aih. Last susu tu jadi tukun ja. Membaziaq Dhafea oii susu mahai..huhu

Harini bawak standby bagi BS sebab aku bagi EBM 4oz x 4botol jugak, semalam balance 8oz, aku pump dapat 8oz. See semalam dia minum 8oz je sehari kat BS..lemah semangat dengar.

BS pun takut dia minum fb jadi sembelit.

Kuat instinct aku ni rasa dia akan minum, sebab dia jenis sumbat segala menatang pun telan. Cuma dengan aku ja dia tak mau botol. Depan aku memang reject botol 100%. Bayangkan aku tak pernah tengok dia menyusu guna botol.. kahkah

Teringin ibu nak tengok perangai awak minum guna botol Dhafea oii, kempunan!

Tapi kalau sangkaan aku salah yang dia reject botol dengan aku, habis laaaaaaaaaaa.. nak topap fm apa pun tak tahu. Request sample pun belum sampai, sebab semalam baru request..hehe.

Ingat nak try Dutch Lady sebab ramai ja bagi Dutch Lady. Tapi ada review cakap high sugar. Anmum pun ada review high sugar. Pening~~

Nak bagi Dhafea bukan banyak pun sebab aku masih pump EBM untuk dia. Ni in case darurat..hehe

Ok bai






6 comments:

  1. suria..aja dah mix susu utk ayraa..1st bg dulac tp kulit ayraa jd merah2 mana yg kene susu..pastu kami tukar lactogen..sampai sekarang ok la.hehe..tp depan aja..mmg sangat sangat sangat susah nk susu fm..die nak direct ngan kite je..dah mcm2 gaya anak aja menyusu.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerrr ramai yg cakap lactogen ok aja, tp suria risau gila dgn kes sembelit dia tu..tu yg cari susu lain. Sama la aja Dhafea x pernah bagi kerjasama dgn suria klu dgn botol..haha sabo je lah

      Delete
  2. suria try buat pp dah? try cri apa2 milkbooster ka. xpun kalo dah darurat sgt try bg susu kambing. dia mau x susu kambing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama x buat pp rina..hihi sejak office dah renovate, dah x dapat nak pump selalu so xdpt buat pp. milkbooster suria jenis bertukaq² x menentu kadang hat ni kadang hat tu pastu bila repeat mkn x jadi pulak. Tu laa semalam p tesco cari fresh milk yg nubian tu tp xdak pulak..tp ni dah macam nak darurat beli ja dulu..

      Delete
  3. salam suria,
    apa kesudahannya? still sakit2 ka?.. kalau rajin dan gigih boleh cuba vitamin utk bg sihat, insyaAllah mak mantap, susu byk balik.

    ReplyDelete
  4. hooo, tapi ada ibu yang tak tahan, memang terus nak bagi anak FM, huhuhuu

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG SIRI 2

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)