Monday, 23 June 2014

Kisah Cinta Monyet - True Story

Assalammualaikum.

Sebenarnya malu nak cerita tapi rasa lawak..pastu dok gelak sorang-sorang, baik aku tulis kat sini..kalau moody boleh jugak baca balik..bahaha

Ini kisah baru lepas SPM kot, zaman baru dapat handphone oiii Nokia 3210 kot yang 1st edition tu..huhu

Mamat ni aku kenal dari sepupu aku, dulu meniaga apatah berjiran dengan paklang aku, gitu la kot ingat-ingat lupa. Sepupu aku ni selalu datang rumah aku, so dari situ aku kenal mamat ni nama tak ingat so aku cipta nama sebagai 'Amat' ja lah..kahkah

Mula-mula kenal gitu-gitu, pastu macam mana tah dia tertangkap cintan. Aku ni payah sikit lagi pulak tak tau rupa macam mana. Selalu bergayut phone ja sampai panas telinga berair tahi telinga. Pastu dia jenis call tengah-tengah malam 2-3pagi sebab berniaga kan.

Aku pun layansssss..yang lawaknya dia setiap malam akan send meseja cinta berbunga-bunga..wakaka benda tu bukan dari dia tapi dulu kan boleh request dan mintak send ke no.phone sesiapa yang kita nak.. gila laa..'Amat' ni jenis leleh.. aku jadi meremang, haha tapi bengongnya aku masih layan.

Then, one day dia ajak jumpa..omg! aku part ni scary laa..aku suka imagine orang macam-macam. So jiran aku a.k.a kawan aku pun teman la p jumpa kat KFC Centre Square SP kalau tak salah. Ciri-ciri dia tu sepupu aku dah cerita. So jumpa laaa..hahahhahaa

Ok, dia agak gempal, putih dan renek sikit tapi masih tinggi daripada aku. Tengah makan KFC. Pastu aku biasa la dengan kawan aku malu-malu kucing. So makan KFC seketul padahal lapar ooii. Dia kata kalau malu bagi dia makan semua, so dia makan licin KFC aku dengan kawan aku tu..dasarrr. kahkah

So, aku macam kecewa..yelah dah tengok rupa dan attitude..wkakka

Aku pun start layan tak layan mesej cinta tu masih on yee..everyday! sampai aku nak muntah.

One day, dia call aku pastu macam tengah tengok tv, sunyi suara dia pun  lembik macam nak mati..kahkah. Aku kata kalau mengatuk p la tidur, tak payah call. Dia cakap tak mengantuk pun tapi tengah layan cerita blue, syok layan sambil tengok gayut dengan aku..syaiton betul!

"paaaapp" terus aku matikan line. Dia call..call...call..
p mati memang aku tak jawab..last mesej aku send bagi dia "jangan call dan cari aku lagi, geli"
kahkah keji.

Dia mesej cinta lagi konon pujuk. kahkah

Weyy aku dah geli rasa jijik pulak..syaiton lah.

Lepas daripada tu aku tak ada boyfriend, muka tak lawa pun tapi comel tu ada kahkah. Zaman study ada oii 2-3org syok dengan aku, wakakkaka tapi biasa laa orang konon bajet hot ni eksyen lebih, kahkah

Last boyfriend aku husband laa, syukur dia nak bahahhaa. Hope until jannah..

Amin..




2 comments:

  1. kah kah kah suria call sambil tgk blue
    omg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. geli oiii huda..kahkah
      manusia apatah.. :p

      Delete

Hello cantik's.. ;)