Monday, 9 June 2014

Mendidik Anak

Assalammualaikum,

Didik anak..

Sejak ada anak ni macam-macam perangai budak-budak aku perhati, ambil ikhtibar.
Hyper, pendiam, penakut..

Dhafea kategori penakut + active tapi belum tahap hyper..hihi

Tahap penakut dia tu kadang-kala agak kronik. Dia boleh tetiba datang perasaan takut tu dia berlari-lari datang ke arah aku siap peluk. Ibarat macam dia ternampak sesuatu. Tak pun dia dengar bunyi pelik gerudi ke, benda bergesel yang kuat..haha

Ini penakut betul ikut perangai aku husband cakap, lol!

Active tu, tak ada dalam sesaat dia dok diam. Kalau dia df time nak tidur tu baru dia diam. Kalau df time lapar ke apa ke sure tertonggeng-tonggeng, berpusing-pusing. Kejap datang menyusu kejap pergi main.

Ok, hal sebenar nak cerita lain benda..huhu

Dhafea ni asyik kena buli..buli tahap yang kadang-kala aku tengok rasa nak balas balik apa yang orang buat dekat dia, tapi rasa aku bangang gila kalau aku yang tolong balas sebab budak je kot..bahaha

Semalam aku rasa tahap kesabaran aku macam dah nak sampai ke kemuncak, dah nak klimaks! kahkah

Dhafea kena tunjal kepala, sekeh tau? lepas tu kena tolak sampai tersembam.

Aku rasa whattttt?? anak aku tu woii..aku tarik je la dia dan cakap kat budak tu "jangan buat macam tu kat adik..kesian dia" then baru la mak budak tu cakap "jangan macam tu sakit adik, nanti dia nangis" see..rasanya kalau aku tak cakap dia buat bodoh bangang je kot.

Aku stress oii..sampai tahap monolog dalam hati jangan la kau datang lagi.

Nak disalahkan budak tu macam mana? apa yang dia tahu? Kita mak bapak laa kena tengokkan.

Aku paling tak suka kalau jenis biarkan anak yang berpotensi memukul anak orang ni. Kau dah nampak budak tu ala-ala nak pukul anak orang dah kenapa kau biarkan? Kalau terjatuh sebab dia main ke apa ke aku tak ralat oii, biar dia belajar susah sakit tapi perbuatan orang aku tak boleh tahan.

Aku tarik je la Dhafea, tu pun kena terkam lagi..kesian oii anak aku, sikit masa lagi aku rasa aku yang nak menangis.

Jenis larang mulut tapi tak bertindak. Kau paling banyak masa dengan anak kat rumah, please laaa..aku dah jeles satu hal sebab aku kerja, tak dapat spend time 100% dengan anak.huhu

Banyak benda lagi, tapi aku sabarkan hati.....ini pun sambil menaip terbuak-buak rasa marah. Tapi bertabah lagi hati memikirkan kawan-kawan.

Aku kesian kat budak tu sebenarnya..entah lah.








3 comments:

  1. ok, sy pon geram bila bc..boleh nk tunjal2 kepala anak org.
    erghhh...mak bapak budak tu pls la do something weii..jgn nk biarkan sgtlah anak tu jd mcmtu!

    ReplyDelete
  2. Sabar..sabar..hehe..tahap takut tu sama cam zara..aktif pun lebih kurg jee..tehehe

    ReplyDelete
  3. tula suria geram tau. kt helena xpenah jd lg. tp kes ni duk tgk kt KK. kalao p KK msti ada ja budak2 jenih cmni. mak bapak buat rilek duk main hp. biar anak2 main sndiri. rs mcm nak tegor parents tu bleh x p jaga anak. hishhh geram!

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)