Tuesday, 3 June 2014

Review Dan Tukar Brand Diapers

Assalammualaikum,

Dhafea pakai diapers Huggies Dry biru dah lama sangat dah, since 3++month tak silap aku. Masa newborn aku beli PetPet, aku beli pun atas dasar review orang.



Petpet
So tak ada problem bocor ka apa cuma mak aku ja la complain Petpet keras, kesian Dhafea kena mengangkang..haha
Sempat pakai 1pack ja kot seingat aku, sebab dekat kampung susah dapat Petpet size newborn, ada pun S.


Drypers
Drypers senang jumpa, so aku beli newborn. Lembut, aku suka cute pun ia..hihi. Lepas sebulan pakai newborn tukar S masih lembut material dia.
Tapi lepas tukar ke M, Drypers tak sesuai untuk Dhafea naik rashes belakang pinggang. Bocor time poo poo, naik atas. Kadang tidur malam pun bocor.


Hey Baby
Pernah pakai Hey baby jugak 1pack 80pcs kot, officemates husband kasi. Tapi tak sesuai jugak. Baru kencing 3-4kali dah melondeh. huhu tak sempat habiskan aku stop. Tak berkenan, nampak air kencing + berbau.


Baby Love Night Tape
Ini pernah pakai, dapat sample. Actually sangat bagus! sebab baca review yang bagus kan, aku try pakaikan Dhafea dari malam pukul 8 sampai 7 pagi, masih ringan, kering, tak lembab, tak berbau. Tapi diapers ni lebih mahal dari Mamy Poko..haha. So aku guna yang sample saja. huhu


Huggies Dry Comfort (Biru)
Tukar pulak brand Huggies Dry (biru) ni, mula-mula beli risau jugak ok ka. Sebab tak ada baca review main redah ja. Sekali pakai ok..then ok..ok..ok. Aku suka Huggies Dry ni sebab material dia lembut, tak plastik.
Sampai sekarang pakai Huggies walaupun banyak jugak review aku baca Huggies tak bagus, bocor, kurang serapan. Tapi si Dhafea ni bukan jenis kencing yang heavy, hehe malam pun kadang-kadang bangun pagi tak penuh pun. So far poo poo pun tak pernah bocor.

Tapi sejak dua menjak ni aku noticed sesuatu kat diapers tu, masa nak tukar ja mesti nampak macam tompok merah-merah tapi light ja. BS cakap kadang-kadang kuning. Aku nampak merah tu pagi tadi masa nak mandikan dia. Macam pelik sangat. Scary pun ada, mula la aku fikir bukan-bukan.

Lepas tu teringat yang akak aku pun pernah pakaikan anak dia Huggies Dry jugak. Yang aku perasan tu, design dan corak dia macam lain. Baru. Yang aku beli ni sama jaa dari dulu. Terfikir jugak aku maybe yang aku beli ni diapers stock lama. Scary..scary.

Kang kalau terjadi lagi, memang kena tukar laa. Tapi tak tahu diapers apa. Drypers tak sesuai walaupun meronta jugak aku berkenan sebab corak cute.hihi.

Maybe boleh try Petpet semula sebab Dhafea pun dah besar dah tak ada istilah terkangkang..hehe

Aku tak pasti pernah pakaikan Mamy Poko ke tak ke Dhafea, maybe macam ada sample 2-3kali. Tapi beli tak pernah. Perghh gila kedekut..huhu

Ok, bai.. nak baca review orang lain. ^^


6 comments:

  1. kalau pasal diapers, mamy poko la the best tp dari segi financial pun 'terbaik'..

    erm memang huggies ni bocor. kerap sangat kena tuakar seluar. dah baju takde partner, dulu pakai drypers ok... tak pernah bocor walaupun malam tido berat. tp since u kata naik rashes... jangan la, nanti gatal2 miang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la syima..ni semua depends pd baby kan
      tp semalam try petpet, sekali bocor daaaaa...haha
      adoii dah la pack besau beli..grrr

      Delete
  2. mamy poko plg best!! anak2 saya sume pakai mamy poko, walaupun mahal tapi sangat berbaloi2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. will try later..hehe
      memang good review laa kalau mamy poko kan, tp takut i yg pokai..kihkih

      Delete
  3. rina pakai drypers ja. dari newborn smpai size M. so far x menghampakan lg la. nak pakai mamy pko xmampuusss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhafea x sesuai drypers rina, klu x senang laa drypers mana² pun ada..
      mamypokai tu adoiii kalau terdesak atau nk jalan jauh boleh consider..huhu

      Delete

Hello cantik's.. ;)