Thursday 17 July 2014

Anak Tak Mahu Makan

Assalammualaikum,

Dhafea ni sejak minggu lepas makan on off. Kadang dia nak makan kadang langsung tak mau. Berbeza sungguh dengan dulu, yang mana apa saja aku masak suap semua dia bedal. Kalau semangkuk aku masak semangkuk licin..sekarang sesuap dua ja dia makan selebihnya dia geleng kemain tak mau makan.

Sampai aku ada satu masa rasa ralat laaaa..kita balik terkejar-kejar masak untuk dia bangun awal subuh masak tapi dia tak mau. Tapi kejap ja laa lepas tu muhasabah diri karang tak dapat pahala..huhu

Dulu suka nasik lemak boleh makan semangkuk sekarang tak mau, nasik ayam haritu makan banyak sampai satu tahap aku buat nasik ayam untuk dia sorang saja dengan beras segenggam tu buat nasik ayam weyy..gigih tak gigih. Lepas tu tak nak pulak.

Telur lagi la dia reject. Pasta pun dia tak mau dah. Maybe jugak husband cakap aku dah tak blend dah. Aku bagi je seketul-ketul dia pegang bentuk dinasour tu tapi hampeh tak makan dibuat main..haha brokoli pun dipandang sepi, dulu peberet. Carrot ja dia suka, buat la macam mana pun dia akan makan. tapi kalau mix nasik dia kutip carrot saja :P

Semalam aku masak udang masak kari, kemain la buat 2 version untuk anak dengan bapak. sekali 2suap je dia makan. Saja ubah selera dia kononnya. Tapi popia yang aku makan tu dia mintak nak dan habis separuh.. *urut dada ibu Harini bekal kt BS nasik goreng ayam aku redha jugak kalau dia tak mau, dah la kurang susu.ish anak oiii..

Terbaca petua tradisional mandikan anak dengan dengan ramasan air daun kucai atau kaduk untuk tambah selera makan. Daun kucai aku kenal la daun kaduk tak kenal.Maka misi mencari daun kucai is on..kahkahkah

Ok, bai..


p/s : Semalam check up pun berat 8.8kg naik 400gram ja dalam masa 3bulan. BMI mendatar sebab tinggi naik lebih 3cm. Doctor cakap try naikkan 1kg dalam 3bulan ni. 




2 comments:

  1. anak saye lak kurang susu..lebih makan..
    kalau makan laju..kalau susu, satu dua oz je..pastu stop..

    dah le berat susah nak naik..huhu..

    dan mmg sekarang tengah berkira kira nak mandikan dia air kucai...

    ReplyDelete
  2. sama lah... kalau lepas masak tu n suapkan si Aisya ni kita bedepan dengan NASIB. nasib baik, makan banyak... nasib tak baik dia luah-luah kan makanan. tapi bukan pasal penat masak yg buat i down, takut dia lapar. sebab Aisya pun dah 2 tahun, tak mungkin susu boleh kenyangkan dia...

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)