Tuesday, 23 September 2014

Aku Penakut.

Assalammualaikum,

Aku sememangnya seorang manusia yang penakut, sejak azali memang dah penakut.

Bila tengok si Dhafea yang kadang-kala takut tak tentu hala tu, aku mesti teringat diri aku yang penakut ni. Dhafea punya perangai, kalau aku panggil dia secara tiba-tiba dalam ayat yang kalut-kalut dia mesti berlari ke aku laju-laju dengan muka gelabah..haha padahal aku bukan cakap "haaa kat situ ada hantu" "haaa pergi lah nanti tiger datang" kahkah aku selalu guna binatang buas laaa idok ler guna hantu bagai, itu omak eh pun takut T_T

Dua minggu lepas minggu paling takut dalam tahun ni bagi aku, hihi. Last two week jugak husband 4hari berturut-turut balik lambat. Ayah kawan dia meninggal dunia, so 1st day dari tempat kerja terus tolong uruskan jenazah. Aku jenis tak boleh dengar orang meninggal, terkesan. T_T

Bila dah pukul 8:30malam aku call tanya lambat lagi ke nak balik, aku nak mandi..huhu (baca : Dhafea suka mengekor kalau tak ada orang teman dia). Dia cakap lambat lagi liang lahat belum siap. Gulp! aku lagi laaa jadi takut, see penakut tahap gila.hahaa padahal duduk dengan anak.

Esok lusa tulat semua tu dia pergi tahlil. Every night tidur aku tak tenang selagi husband tak balik.huhu dia bukan setakat baca tahlil tapi kena lah tolong apa yang patut kan. so lambat lah sikit. Dalam malam-malam tu la konon aku rasa orang perhati, orang bercakap..kahkahkah yang mana aku rasa sebenarnya perasaan aku ja.

Yang si Dhafea ni pulak sebelum tu pun dia selalu laaa tengok ke tingkap cakap "Bilaaa..Bila" "Bila" tu nama anak BS nabila, dia semua seangkatan umur gitu dia panggil "Bila" means "kakak" fuhhh aku rasa seram sejuk. Lepas tu suka sebut "nenek" tengok aku ja "nenek..nenek". Kadang-kadang husband pun seram tetiba malam-malam suka sebut "nenek".

Now aku tahu apa dengan "nenek" tu.."nenek" tu sebenarnya "nenen" bahahahhahahaha geram aku budak kecik ni. Sebabnya bila aku sedap landing dia datang menyelak baju dia sebut "nenek..nenek" puas dah aku ajar "nenen" tapi jadi "nenek" haha

Eh, macam lari topik.

Aku tak suka kalau bilik gelap tapi pintu tak tutup rapat, aku rasa ada orang dok tengok. Bila mandi aku tak suka pejam mata. Bertadah lah bulu mata aku dengan laluan air.  Kalau tengah solat pun aku rasa ada benda perati, sujud pun aku jadi x khusyuk mata macam nak melilau tengok kiri kanan. Parah! hahaha

So, sekarang kalau husband nak keluar malam ja aku mesti tanya lama ke tak..? nak bagitahu yang aku ni takut, sejak azali dia dah tau pun..cuma sejak dua menjak ni aku rasa kronik.

So how...? hahahhahahaa

k, baii..





2 comments:

  1. ehh3 penakut kte same kronik tang bile dengar org meninggal..series serta merta jadi takot..hahaha

    ReplyDelete
  2. paham situasi kamu..actually sy ni nak kata berani pon tak, penakut pon tak...tp dia ade certain2 time jd superberani..and ade certain2 time jd penakut ya amat..

    kalau tinggal berdua dgn anak, mula lah..sanggup mandi bukak pintu bilik air (sebab pernah terlihat imbasan org lalu)...pastu mandi x pejam mata..keh keh keh..

    benda ni berlaku bila ada dgr org/sedara meninggal ataupun baru lepas tengok cerita hantu.

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)