Thursday 25 September 2014

Manager Gila Kuasa Jadi Menejei

Assalammualaikum,

Aku ni geram tahap nak telan orang kat ofis ni, dengan sekor manager yang perasan Ya Rabbi. Dia manager untuk department dia ja pun tapi dia selalu anggap diri dia tu berstatus boss ketiga..hahah sebab sini ada 2 boss. Podahhh!

Dia ingat dia laah manager tertinggi kat sini, sumpah meluat.

Selalu dia cakap ofis staff pun semua nak buat apa kena bagi dia tahu..hahah kesian kat hang gila oii. Aku dengan budak-budak ni senyum sipi-sipi sikit lagi nak cirit.

Kalau aku dengan account buat payment untuk suppliers, sub-contractor semua dia nak ambil tahu. penyibuk! katanya kita orang buat apa-apa semua tak bincang dengan dia. hahahha what the hell! who are you? GM kah? kahkahkah Simply dia ja kalau dia tengok cek tu tak memuaskan hati dia, dia suruh buat baru, tolol gila perangai hantu raya.

Dah itu amount yang boss approve. Aku serius kesian kat dia, kesian sebab dia sorang-sorang berlagak boss tapi tak ada orang heran..huhu

Dia ni banyak kes, bawak perempuan pergi sana sini tidur sana sini. Budak drafter pernah naik kereta dia, buka ja pintu nak masuk selambak "chicken wings" (baca : underware) bawah seat, atas seat. Taubat geli..hahaha Dia anggap ofis ni macam rumah dia, aku selalu kalau isnin ja mesti check CCTV apa dia buat..hahaha

Dia manager yang stay kat ofis ja tapi sibuk nak kereta company, jenis angin bodoh perangai kalau kita p tegur dia. Bagi dia kita orang semua ni orang bawahan dia, tak layak tegur...bahahaha tapi aku dengan account selalu laa kalau bab gaji dia, ada tak kena memang potong habis, tak ada nak tanya "eh bulan ni nak deduct berapa..?" macam orang lain aku akan tanya, untuk dia pergi mati..kahkah sebab dia selalu bawak masalah bagi aku, jenis tak reti nak punch card, tulis sesuka hati. Boss pun macam dah kena mandrem, ikut ja apa si menejei tu buat.

Ni dia cuti esok dengan lusa. Aku paling bahagia. Meluat tengok. Nasib baik aku tak preggy kangggggggg...haaaa nauzubillah. Dia ada kes kurang ajar dengan aku, cakap macam aku adik² mak tiri dia. lol salah orang, ingat aku perempuan suka hati hang nak maki. Husband cakap kalau dia ada buat apa² bagitau ja.

So far belum lagi..cuma aku tak tahan dengan perangai perasan boss dia tu la..hahahhahahahahhahaha lawak

ok, bai ada orang datang nak interview..mihmihmih




2 comments:

  1. haha macam mana dia tido dalam opis? adoi... lelaki ke pompuan?
    orang macam tu buat mood nak kerja ke laut walaupun kawan2 pun rasa yang sama.paham sebab penah rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sofa dpn receptionist sini syima, situ la port dia tido betul² dpn cctv..hahaha bengong
      lelaki cha ya nun alif..huhu

      betul rasa menyampah nak kerja klu dia ada, mood jd tunggang langgang

      Delete

Hello cantik's.. ;)