Monday, 29 September 2014

Musykil

Assalammualaikum,

Aku kan macam musykil sikit lately..bukan apa ketumpuan si Dhafea ni..haha (ayat apakah).

Macam lain-lain toddler sebaya dia kan dah pandai buka drawer, kalau barang atas meja akan sepah-sepahkan. Macam haritu raya rumah inlaw siap letak kuih raya dengan segala cawan piring atas coffee table setiap hari tak pernah simpan tapi si Dhafea ni sikit pun tak usik. Aku tanya BS, dia letak balang kuih raya semua atas coffee table camtu Dhafea tak usik ke takut pecah. Dia cakap Dhafea tak pernah usik, tak pernah pun dia pergi situ telek belek bagai. Kalau panggil dia datang pun dia cakap tak nak. huhu

Aneh tak?

Ke aku yang over ingat anak aku aneh. Macam tak alert ke camna..?hehe

Tapi kalau toys, books ke baru dia pergi usik main. Kes tu baru bersepah rumah. Dia tak boleh tenang tengok toys dia dalam bakul bersusun rapi, kemas seminit tak sampai kejap tu dia g sepah semula.

Drawer pun macam tu, rumah BS kemain banyak drawer. Frame gambar semua ketinggian yang dia boleh capai tapi BS cakap dia tak pernah capai..kahkah aneh ke pulak anak aku ni. Rumah aku ada satu drawer je pun dulu pernah jugak dia buka main tapi memang tak letak apa-apa pun. Sekarang ni dia tak heran. Dia lagi suka masuk bilik tolak pintu almari yang sliding tu..siap masuk duduk dalam tu. Pastu suka main meja solek (tak ingat panggil apa), suka lah kutip deodorant, sikat, jam, cincin semua masuk beg dia. Kalau hilang cari je la dalam beg main dia tu mesti jumpa.

Paling dia suka ialah kunci. Dapat kunci apa pun semua dia ghodok nak buka. hahaha

Ke memang ada anak orang lain macam ni? jangan laa ada yang pandang anak aku tak normal sebab tak pandai main drawer bagai..kihkih.

Yang aku perasan Dhafea ni suka barang kemas, datang la sesiapa pun, yang pertama dia akan tunjuk dan tanya, gelang, cincin & rantai "ape tuuu...?" sambil belek-belek gelang rantai orang tu. Nenek dia selalu la jadi mangsa sebab banyak gelang hahaha adoii sampai aku fikir amboii mami jarum sangat ni.

Hope walaupun cara dia main tak sama macam toddler lain, ianya normal..hehhee


Till then,


2 comments:

  1. Assalam kak... Jangan risau, normal la tu.. Anak saya pantang nampak ade je yang nak kutip nanti.
    Saya yang pening nak menegah dia sana sini. Senang saya simpan jer semua benda kecuali toys dia. Anak saya cuma belum pandai cakap jer lagi..mama ayah pun tak pandai sebut lagi. Risau juga ni... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Haha... Elok la tu. Agaknya dia sopan kat eumah org kot. Pandai dhafea behave kat rumah orang...

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)