Friday, 26 September 2014

Suka Oat Daripada Nasi

Assalammualaikum,

Dhafea ni kan dah datang angin kus-kus susah nak makan nasi. Kalau dulu nasik or bubur kemain bekal aku bagi ke bs semua selesai siap bs tolong cucikan thermos.

Sekarang haram lah nak habis, kadang bukan kata nak habis secoet ja yang dia makan. Dia lebih suka makan lauk orang dewasa. Tapi itu pun ikut mood. Dulu pasta ok dia makan pastu tak mau, kalau sup-sup pun bolayan..eksyen kemain macam dah besar sangat.

Hari-hari aku bangun masak cuba nak pelbagaikan walaupun mak ni tak reti pun masak..kahkah. buah ja licin dia makan, kuih tu kadang habis, ikut mood dan kesedapan.

Sejak seminggu dua ni dia tidur awal. Memang awal pukul 8 mata dah kuyu, tambahan kalau tak ada orang layan, ayah dia belum balik. Aku tak terlayan, tak reti aku nak main..hihi Kalau dia tidur awal sah-sah tak sempat dinner. Bila dia tak dinner aku la paling kena makan banyak, nak produce susu la katakan.

Esok pagi dia bangun awal, seawal jam 5:30-6.00 aku pun bangun terus masak air bagai, dah tahu dah karang dia akan mintak nak makan.. "bu..atan" "bu..nak amam" "bu..oat" hahahah see dah masak perangai anak. Pagi-pagi subuh aku bancuh rolled oat, instant ja la senang..hihi aku bancuh oat dengan susu ja pun, kalau tak ada fresh milk aku guna fm yang mana ada, lebihan sebelum ni dia reject tu. Hanya oat dengan susu ja aku buat. Pemalas punya mak kan? dulu kemain rajin oat+raisin, oat+kurma..la ni oat+susu hahahaha

Kalau oat dia boleh habiskan 2mangkuk. Kalau nasi 3-4 suap ja. Berbeza sungguh. Kadang-kadang kalau dia fussy dengan nasi aku buat oat, lega dia makan..hehe

So harini busy google resepi oat, ramai ja yang masak oat letak ayam daging bagai tapi aku rasa "eh boleh ka masak gitu?" hehe rasa nak try laaa letak lauk tengok anak dara tu nak makan ke idok.

Ada yang bagi advice kat aku, daripada makan oat baik lagi cerelac semua lengkap macam piramid makanan.. krikkk krikk krikk

Eh, pastu akak aku lagi laa selalu argue dengan aku. Itu next entri la kang panjang berjela, aku sendiri malas nak baca semula.haha

Ok, bai..





3 comments:

  1. daku lagi la tak boleh nak hadam anak makan oat...
    rase macam tak kenyangggg jeee...
    nak gak bagi nasikkkk...
    tekak malaysia sangat!..
    kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhafea so far bg oat kenyang, pasta pun kenyang..hehe
      skrg ni fussy nasik xmau langsung..

      Delete
  2. Uittt suriaaa...ingat kite lagi tak? Hihihi besar dah dhafea ye...hehe...

    www.ekinhoza.blogspot.com

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)