Friday, 17 October 2014

Dilema Anak Ayah

Assalammualaikum,

Dhafea ni sejak akhir-akhir ni tak boleh berenggang dengan ayah dia. Mulut dia asyik tanya "bu..ayah ane?" jenuh nak jawab ayah work. Sampai aku rasa nak record bagi dia jawapan "ayah p work" tu hahaha.

Pagi tadi lagi la huru hara aku. Husband outstation hari ni sampai ahad. Tadi pagi-pagi pukul 6 dah keluar. So tak sempat la anak dara ni jumpa ayah dia. Aku dah siap-siap semua perkara buang sampah sapu sampah kejut dia bangun nak bagi mandi lagi satu hal! dia mengamuk tak mau mandi, nak tukar pampers pun tak mau.

Selalu pagi-pagi memang husband yang settle kan si Dhafea ni, tengah tidur kejut angkat p mandi, siapkan semua. Tetiba pagi tadi tengok ibu dia yang settle dia tu haru biru tu. hahah

Nak tutup pintu rumah dok "bye bye yayah". sambil tangan dok bye bye. Naik kereta pun "bu..bye bye yayah" haruuuuuu pastu cebik panggil ayah. Aku yang berlinang air mata.

Dalam kereta nampak motor semua ingat ayah dia.

Tiap-tiap hari pun kalau husband tak outstation pun dia memang camtu, sampai ja rumah ambik baju ayah dia main, cium dok sebut "aaaa pelukk" haha konon peluk la tu. Pastu kalau tunggu ayah dia balik, dia p ketuk pintu depan. Ibarat dia tu dok luar ayah dia kat dalam..hahah ketuk pintu panggil ayah ikut dalam rumah.. apa daaaaaa :D

Sejak dua menjak ni ja dia jadi daddy's little girl sangat. Manja.

Petang ni lepas balik kerja aku terus ke nilai rumah akak aku, mak aku ada sana. Kalau husband outstation memang aku cabut ke nilai hehe

Hope dia tak meracau tidur malam kang.


3 comments:

  1. hehe..cian ibuuu diaaaa......

    tu la...ayah dia ye yang mandikan?..

    orang kata berkat air mandi tuuu....tu sebab dia rapat dengan ayahnyee...

    ReplyDelete
  2. Anak dara biasa akan baik dgn ayah

    ReplyDelete
  3. Ni anak dara rumah ni 2-2 kena kepit bawah ketiak dia... Manja sangat. Mak dia hilang nangis, abah dia hilang pun nangis tp time abah dia kerja ok je, dia pun dah set dalam kepala bila abah kerja n abah tak kerja... Hehehe....
    Tp i suka kalau anak rapat dgn bapa. Sweet sangat....

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)