Tuesday, 7 October 2014

Full Cream Milk Untuk Dhafea

Assalammaulaikum,

Aku dah start bagi air kotak full cream untuk Dhafea since umur dia 1y1m kot. Ingat-ingat lupa dah.

Sampai sekarang kalau pergi mana-mana aku beli untuk dia. Aku tahu kandungan gula tinggi sebab susu kotak. Tapi antara susu lain itu yang dia boleh minum. EBM dah terang-terang dia tolak. First time aku bagi tu masa tu dia masih ok dengan EBM, then susu aku drop agak ketara masa bulan puasa tu, so aku try fm..eh ada dah entri aku cerita sini. Last dia minum Dutch Lady 123 tak sempat habis 1pack kecik 350gram kot dia dah tak nak.huhu

So aku try fresh milk Dutch Lady..ok dia minum, malahan suka! sejak pada tu memang fresh milk tu ja la. Tapi lately aku macam rasa tindakan aku tak kena, hahaha sebab fresh milk aku bagi tu yang botol bukan bahagian chiller, tapi dry store. Tapi situ tulis fresh milk. Expired date dia agak panjang..adoiii ibarat bukan fresh milk la kan. Pastu fresh milk semua kalau dah buka boleh tahan dalam 3hari, pack semua 1liter. Dhafea yang 650ml pun minum kadang sampai 3hari. Kang membazir.

 fresh milk ni 
ehsan : google

Rasanya kena jugak tukar. Nak bagi Farm Fresh tapi susah dapat. Kena pergi Tesco Giant baru ada. Ini aku beli kat Speed99 ja, senang.

Eh tadi cerita pasal full cream..hahaha

Ok, Dhafea minum full cream Dutch Lady jugak tapi yang pack untuk kid. Kecik molek. Memudahkan BS jugak kalau bawak dia pergi beli barang ke pergi school anak dia ke belikan ini ja senang. Aku kalau pergi mana-mana pun belikan standby.

Tapi, kita mak-mak ni detox kan balik la..neutral kan semula, bagi air masak banyak-banyak..hihi Dhafea hantu air masak, sehari2-3cawan sippy cup tu dia minum, Tengah malam pun bangun mintak air.

Dengan BS aku bagitahu Dhafea aku tak bagi minum air kordial kotak, vitagen, nutrigen ke bagai tu. Ribena pun tak boleh. Soya lagi tak boleh. Air masak saja dengan full cream milk. Lain flavor so far aku belum start. Itu selagi dia masih ok dengan plain aku akan teruskan..huhu

Jangan nak sogok aku dengan kebaikan minum kultur hidup yang banyak kebaikan, ribena vitamin C untuk kulit, sunquick untuk kulit. Tak lut sikit pun pendirian aku. Semua ada pewarna tiruan tersembunyi.

Biskut pun aku bagi versi kanak-kanak, versi dewasa aku tak bagi.

Ok, jom sambung kerja.


Bai.


2 comments:

  1. Saya pun nak try bagi fresh milk..Jadi jalan-jalan tak la susah sangat...

    ReplyDelete
  2. Ha ah freshmilk ni not-so-freshmilk... Yg kat chiller tu real freshmilk. Yg tu boleh... Byk lagi brand tapi yg meyakinkan fresh farm la...

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)