Monday, 24 November 2014

Demam Dan Tonsil

Assalammualaikum,

Dhafea demam since balik dari Morib (belum post) 2minggu lepas.

Demam yang on off, time tu demam tak tinggi dalam 37 - 37.8 saja. Tapi dalam 3-4hari jugak demam. Bawak jumpa doktor katanya tonsil bengkak sebelah kanan agak besar. Time tu memang tak nak makan..nak df saja, ibu lenguh badan setiap malam. huhu

Doktor bagi antibiotik, aku request yang tak kuat sangat. Coz ni first time aku bagi antibiotik untuk dia. So kami laki bini tak nak dia terkejut dengan antibiotik. Kena straight 5hari berturut-turut bagi antibiotik untuk redakan bengkak tonsil. demam dah ok laki bini asyik lupa dengan antibiotik. So ada hari aku ter-skip. Demam pun dah ok ingat ok lah.

Khamis malam jumaat yang lepas dedar. Aku dh agak ni mesti akan demam. Jumaat pagi betul suhu naik. Aku bagi paracetamol, then standby ubat bagi BS. Petang BS call aku memang berdebar kalau BS call hehe. Dia cakap Dhafea demam dalam 38. Tengah hari dah bagi ubat, so cakap bagi ja dulu petang lagi sekali. Petang aku ambil, dia tengah berpeluh main macam biasa.

Malam balik, demam makin tinggi.. tengah malam lagi tinggi. Bercakung aku kalau anak demam, tidur tak tidur ja. Standby segala asam jawa, towel basah segala mak nenek. Masih tinggi lagi. Sabtu aku ponteng kerja lagi. No choice badan dia masih panas walaupun dia cergas. Husband ajak pergi cari pakar kanak-kanak. So dapat address Klinik Pakar Kanak-Kanak Shanaliza kat Wangsa Maju., Punya la jauh aku rasa dari Cheras, hihi Cheras ada tapi laki bini nak doktor muslim..hukhuk

Dalam kereta kena aircond suhu dia dalam 37.5 camtu, sampai ja turn jumpa doktor sekali doktor check 40.5 ngeri aku. Kalau dari pagi tu 40.5 aku terus ke hospital ja. Doktor terus masuk ubat bontot. Aku cerita dia demam sejak itu ini blaa..bla..blaa.. doktor cakap tonsil dia dah bengkak both! so bagi antibiotik yang lebih baik kot (2kali sehari). Siang tu dia ok peluh main.

Tengah malam tu suhu naik lagi jadi 39.5..terus ajak husband g hospital. Dah tengah malam karang tetiba suhu lagi tinggi. Sampai hospital dia kelepet la letih, MA masukkan ubat bontot lagi, dah berpeluh kebah dia sihat dok main. Jumpa doktor katanya memang demam disebabkan tonsil bengkak. So aku mintak paracetamol. Camtu ja procedure hospital.haha

Balik tu dia dapat tidur dengan aman, kami laki bini pun tidur aman.ehehe

Esok pagi demam masih ada, aku letak ubat bontot lagi. Aku pantau setiap kali dia poo poo kaler hijau gelap. cuak aku. Ada 3kali aku masukkan ubat bontot suhu dah ok. Semalam aku bagi paracetamol nak tengok poo poo dia. Aku google poo poo camtu maybe disebabkan kandungan ubat.

Walaupun tonsil, selera dia nak makan tetap ada. Walaupun memilih sikit. Aku pulak buat sup antibiotik letak spices itu ini konon nak hilangkan demam tapi rupanya tak bagus untuk tonsil tak boleh benda panas..grrr

Sejak petang semalam dia dah sihat, tonsil masih ada rasanya. Dia bukan peminat ice cream, aku hulur haram dia tak berminat haha sudahnya aku yang makan.

Lunch kang aku nak pergi beli ice cream bagi dia, beli dalam cup. Maybe dia boleh makan sendiri kot baru dia nak.

Opismate aku ni buat cuak cerita anak kawan dia tonsil pastu kena bakteria, kes macam Dhafea demam on off ke hospital bagai, After sebulan meninggal. Nauzubillah.

Semoga Dhafea Shurafa sihat sepenuhnya. 1st time dia kena tonsil teruk.

Amin..


1 comment:

Hello cantik's.. ;)