Wednesday 12 November 2014

Kalau Ber-Anak Dua

Assalammaualaikum,

Kekadang aku terfikir macam mana lah keadaan aku kalau ada penambahan lagi sorang / dua / tiga anak (hahahha over). Mampukah aku nak handle. Sekarang dengan Dhafea yang melasak. Jadi tarzan & jane lah aku kekadang tu.

Asyik berfikir bolehkah aku bahagikan masa untuk anak-anak, husband. Sekarang ni pun kadang aku terleka terlebih tumpu kepada anak ja pulak. Bila teringat baru cepat-cepat nak balance-kan semula..kuikuikui.

Setakat ni, apa jua makanan si Dhafea yang dia suka makan ataupun benda baru yang aku nak ajar dia makan, aku beli sajaaaa...beli..beli..beli. kekadang rasa membazir. Instinct cakap anak tak makan benda gini tapi nafsu aku tetap jugak beli. Semua untuk anak. Nak bagi dia try makanan baru. huhu

Aku tak pernah nak kurangkan "ok Dhafea suka makan ni mahal..kita beli benda lain" tak pernah. Sebolehnya aku akan dapatkan. Bagi aku benda makan buat apa nak sekat melainkan benda tu tak elok boleh memudaratkan memang tak dak la aku beli.

Itu yang aku terfikir tu, bila dah ada anak dua tiga nanti mampu lagi ka aku melayan anak-anak aku dengan cara camni. Apa yang anak suka, mintak semua aku bagi (untuk makanan ja la). Risau aku tak mampu.

Lagi satu aku ni jenis kalau pergi kedai / mall nak beli groceries selalunya aku suka melalut beli benda lain walaupun tak dak dalam list yang aku nak beli. Tu aku geram tu hahahahhaha.

Macam tadi aku keluar lunch nak beli buah untuk Dhafea, dalam hati dah berkobar cakap nak beli buah SAJA. Damn! aku sampai jaa sayur, spices, sotong semua aku beli...geram! hahaha

Eh, melalut...

ok, bai..





2 comments:

  1. hahaha.. xpenah wat list sbb mesti beli lebih..nafsu betuiii

    ReplyDelete
  2. hahaha melalut beli lain tu sama la kita


    tu la suria kalau anak 2 3 4 leh ke kita beli benda sama rata huu

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)