Tuesday 18 November 2014

Kerja Tetap (Swasta) Atau Sambilan / Kontrak (Kerajaan)

Assalammualaikum,

Ok, semalam aku dapat call daripada SIL. Dia mintak resume beserta sijil etc nak submit ke satu jabatan kerajaan ni. Dia staff sana.

Katanya jawatan tu tetap. So dia mintak aku apply. Aku faham kesungguhan tu memandangkan kami dua laki bini kerja sektor swasta. At least sorang lepas ke kerajaan pun dah ok. Jawatan tu sebenarnya aku tak berapa nak sebab lebih kurang dengan kerja aku sekarang "kewangan" kihkih aku dah semak otak dengan akaun ni bagai ni. Tapi husband cakap why not aku try sebab tetap.

Semalam gigih call akak aku mintak sign sijil etc. Pecut ke Nilai.

Then husband tanya semula SIL katanya kontrak or sambilan. Aku jadi down jugak. Walaupun kerajaan, sambilan aku tak nak. Tak berani aku nak letak leher kat parang hahah gituuu peribahasa.ekeke

Ya la sini aku dah tetap walaupun swasta. Gaji aku sini sedap lagi daripada jawatan tu. Kot tetiba perkhidmatan aku ditamatkan secara tiba-tiba mana aku nak cekau kerja? kami masih tak mampu kalau sorang saja bekerja. Aku baca review pasal kerja sambilan kerajaan ni, scary oii. Tapi kalau kontrak aku masih akan consider. Walaupun gaji rendah daripada swasta sini. Kalau sambilan tak sanggup.

Resume dah bagi, pastu aku dalam dilema. Karang buatnya dipanggil untuk interview untuk sambilan tu camna ni?? kang kalau tak pergi apa kata SIL kan..ke macam mana..grrrrr

SIL ni selalu ja kalau ada kekosongan aku bagitahu kami laki bini. Best kan? hehe dulu dorang pun sambilan setelah sekian lama diserap tetap. Tapi ok la bagi aku sebab belum kahwin. Lain. Aku dah kahwin tak boleh ambil risiko. And bukan semua orang bernasib baik diserap masuk.

Mudah-mudahan jalan aku dipermudahkan..


p/s : Tangga gaji berbeza banyak jugak T__T


14 comments:

  1. hmmm..

    sambilan ni macam parah jugak suria...

    kalau kontrak tuu...parah parah pon okey lagi..
    same dgn pendapat suria gak..


    sambilan ni gaji hari kalau tak silap..

    ikot je la kata hati suria tu..

    n terangkan pada SIL..

    harap dia paham la..

    ReplyDelete
  2. kan ina..
    aduh buntu kepala otak kepala lutut dah ni..haha

    ikut kata hati ni memang tak la kot..banyak benda kena consider.
    kalau tetap gaji berbeza pun ku sanggup hihi.

    ok, thanks ina ;)

    ReplyDelete
  3. sy pernah gak dpt twrn keje kontrak kt gomen, xpegi interview pun, tau² dpt call.. mmg terpaksa menolak la sbb beza gji byk..huhu..ibarat telur di hujung tanduk la.. klu nsb baik, mmg dpt smbung, hbs tu klu xdpt smbung cane.. nganga je laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucky-nya u belum sempat interview dah dapat hehehe.
      ye alasan gaji tu i pun dalam dilema, pdhal belum pun interview..hihi

      ok, thanks dear

      Delete
  4. sambilan xde benefit.. better pikir.. husband dl lecturer kt uitm post dia part time tp kene keje full time.. gaji basic je rm1800.. huhu.. pastu time cuti sem xde gaji..perit gak la.. ms tu naseb lom kawen..alhamdulillah rezeki nak kawen dpt keje lain.. then rezeki dpt anak dpt keje gomen tetap.. ehem2.. rezeki tambah anak maybe ada..hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tqah!
      rasa letak leher kat parang ja kot..aduhh kenapa lah gini nasibku..huhu
      eh tambah anak, hihihi tunggu jappp dlu hehe

      Delete
    2. kalau private dah tetap better dok private je.. pay pon byk still dpt kwsp sume kan.. tqah husb gomen tu pon br je keje.. tqah mungkin xg gomen sbb gaji now lagi tinggi.. niat nk tlg family kan.. kalau g gomen maybe byk nk kene cut cost

      Delete
    3. betul tu tqah kita skrg private tinggi lagi drpd gov.
      tp macam tqah ok la husband dh gov. kan..
      suria masih fikir dan kalau boleh memang nak at least salah sorang masuk sana.hihi
      tp itu pun kalau ada rezeki..

      Delete
  5. Kerja kat mana tu U..?, kalau macam dekat tempat i kerja ni, yang sambilan akan diserap ke kontrak tapi nasib nasib juga

    InsyaALLAH :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. u USIM kan shura? i pernah apply sana before kahwin masa tu stay Nilai..hihi
      ni MARA shura..i pun tak sure klu sambilan akan diserap ke x..yg kontrak pun masih ramai..grrr.

      thanks shura :)

      Delete
  6. hmm takut jgak kan kalau dah jadi mcam ni. apapun kalau rasa xberbaloi tak payah p. sebab kita kerja nak simpan duit utk masa depan n masa susah kan. dahla duit ssh nak cari. pastu brg plak hrg makin naik dan naik. huhu

    ReplyDelete
  7. sambilan rasanya takyah la suria. tapi ni based on pengalaman sebab pernah kerja sambilan lepas habis grad dulu. masa tu keje kejap dekat jabatan standards malaysia. lepas tu macam takmo sebab takde benefit pun and gaji sikit. tapi ni MARA ek? tak sure pulak kat sana macam mana kan, mungkin tak sama dengan jabatan kerajaan sinun kihkih..

    kalau kontrak pun macam tak sanggup gak hihi ikut nasib lah kot, apa pun istikarah terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zimieee kita baru dpt call mintak dtg interview, grrrr
      tp sambilan. what should i dooooooo? sob..sob sob
      kalau tolak mentah² kena blacklist ke idok..hukhuk

      Delete
  8. pendapat i ialah tak payah
    1. gaji kecik
    2. tak secure
    3. takde benefit
    4. tak best... hahaha

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)