Friday 14 November 2014

Selepas Kejadian Blender Berbunyi Sendiri.

Assalammualaikum,

Kalau ada yang pernah terbaca post aku pasal blender kat rumah aku berbunyi sendiri tu mesti ada yang scary..huhu

Selepas kejadian tu husband buat inspection, kahkah konon-konon nak tahu apa yang terjadi. Pasal apa dia berbunyi sendiri. ok dia cakap maybe masa aku kalut-kalut meluru ke Dhafea yang tengah terkejut tu aku tekan button tu tak habis. So button tu ternaik dan bunyi. haha.

Ok, fineeee lepas pada tu aku pun dah ok..blender aku baik seperti biasa. Lagipun jarang dah guna.hihi.

Dua ke tiga minggu yang lepas, pagi-pagi aku bangun masak la untuk bekal aku dan Dhafea. Tengah masak tu tetiba aku dengar bunyi benda jatuh dalam baldi. Bunyi "glupppp". Sedangkan masa tu aku langsung tak buka pili air tu. Aku pun masuk toilet tengok kot-kot cik cicak ke yang jatuh, tapi nan ado. Yang ada bekas air berkocak dalam baldi sajo. huhu. Aku tak terfikir air tu dari tank sebab bukan bunyi titis tapi benda jatuh, gitewwww hukhuk.

Pagi tu masuk ofis terus aku whatsapp husband bagitahu story pagi tadi, tapi hampeh dia tak reply..hahah dia memang gitu tak mau layan aku benda gini dia tahu aku penakut..haha. Balik rumah pun dia diam ja tak cakap apa pun.

Minggu lepas pulak, aku baru lepas mandi. Dok dalam bilik. Husband dengan Dhafea kat ruang tamu main + tengok tv. Tetiba walker si Dhafea tu berbunyi..hahahaha Aku buat bodoh ja. Tapi husband tetiba cakap "eh apa hal tetiba bunyi pulak ni, Dhafea tak main kat situ pun..ini mencurigakan" hahahah dia cakap sambil sengih, geram aku. Sebab aku saja buat bodoh berani tak nak tegur.haha

Sekarang ni pun aku bukan berani sangat, kadang-kadang terasa seram sejuk. Terfikir jugak maybe perasaan aku ja kot macam ni, padahal tak ada apa-apa pun.

Dan alhamdulillah Dhafea setakat ni tak dak apa-apa. Cuma kekadang ja dia tengah main dia meluru datang ke aku cakap "tatutt..tatutt" hahah tapi takut bukan sebab nampak benda pelik-pelik ka apa tapi dia tu penggeli nampak benda gelap-gelap hitam semua dia ingat ulat. Tu yang kalau boleh lari serupa tak cukup tanah. hahahha.

Sekarang pun tengah survey lagi, kot-kot ada rumah area ofis or rumah bs.

Ini lah walker tu, music yang berbunyi adalah part butterfly tu..kena slide baru bunyi, huhu
abaikan gambar blurr tak jumpa cari gambar elok

ok, bai..



8 comments:

  1. okeh..
    takot baca..

    tapi kalau kita tak pk bukan bukan..kita takkan takot..

    kalau pk itu hantu..
    otomatik la jadi takuittt..

    ReplyDelete
  2. agak scary juga cerita ni....saya pun tergolong dalam golongan yg tak berapa berani...hihi

    ReplyDelete
  3. scarynya suria. psg surah al baqarah. tp lebih elok bc sndiri. tp kalo xsmpt psg je kt laptop biar semalaman ulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la rina..skrg ni taip² malam ulang pasang ayat kursi surah al-baqarah..
      mintak dijauhkan..

      Delete

Hello cantik's.. ;)