Friday, 26 December 2014

Anak Kurang Minum Susu

Assalammualaikum,

Dhafea recently memang tak banyak minum susu.  Fresh milk. Tapi kalau bf maintain.hihi

Kadang² aku bagi BS sebotol 500ml tu sampai dah hari ke-3 setengah pun tak sampai dia minum. Hari ke-4 memang aku buang la, in case kalau aku try rasa ok lagi aku la yang minum. huhu

Rasa sayang sangat susu terbuang camtu..aku pun bukan setiap masa nak minum fresh milk tu. Sekarang aku consume Ibu Susu Kambing.

Dulu aku rasa kenapa lah Dhafea ni tak nak susu ni, risau zat² dia. Tapi lepas aku baca apa yang Dr. Suriyakatun tulis pasal fm ka bagai. Aku cool sikit, hihi

Kadang² stock susu aku lupa beli, pagi pulak tak sempat singgah mana². BS cakap tak apa, selalunya petang baru dia mintak susu. So lunch hour baru aku pergi hantar.

Dhafea dah 1tahun 8bulan dah! sekarang dia kurang susu pun aku tak kisah, sebab dia suka sangat dengan sayur. So hari² tak pernah skip sayur, buah. Cuma aku geram sikit kalau aku bagi makan nasi / pasta letak sayur sekali dalam plate dia, dia kutip sayur ja makan T__T stress mak. hahah

Cuma biasa lah bila budak² tak minum susu ni orang tua² akan bising, kenapa tak bagi susu. Seharian tak minum susu. Susah sikit nak brain depa² ni. huhu aku ambil pendekatan diamkan ja la. Jangan bertekak kang semua orang nak menang, siapa yang nak kalah?

Lepas baca blog piyah rasanya aku nak buat sayur goreng tempura tu, hehe macam sedap pulak. Nak intro cendawan untuk dia. Aku pernah bagi cendawan apatah yang panjang kurus tu, selalu ada kat Johnys Steamboat tu huhu.

mengada sangat sekarang kalau nak bergambar, siap suruh orang senyum. Pastu buat mimik muka macam². Rasa nak kunyah!

Ok, bai.

p/s : Pray for pantai timur. Jangan anggap orang yang tak tunjuk simpati tu dia tak berdoa untuk mangsa². Kita yang terselamat dari bencana ni move on, tolong dari segi mental fizikal harta benda doa etc. Semalam asyik tengok gambar banjir aku tidur malam pun dok mimpi banjir. Subhanallah.. Ya Allah





5 comments:

  1. anak kurang nyusu tu biase kot..
    piya pon baru start nak minum susu banyak...
    tapi takpe kot..
    makan banyak kan?..

    # follow gak blog safiyyahosman tu...

    #sepet mata dhafea..comeyyy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah ina, si Dhafea ni memang anti sikit susu dengan botol.
      bf je ok..tu kes ebm pun dia reject hahah
      adoii tu la makan dia ok.

      tq ina :)

      Delete
  2. anak saya pun tak kuat minum susu pun..lagi 2 minggu dah nak masuk 2 tahun. sekarang minum pun 4oz 2,3x je mse dengan pengasuh. Bf pun as long as she wants. Bagusnya dhafea nak makan sayur macam tu je... saya jenuh nak ajar dia makan sayur raw mcm tu...klo ptg kecik2 dia xnampak tape.. buah mmg xde masalah.. susu cuma pelengkap saja, jangan risau ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kan..ramai yg cakap camtu as long dia real food ok.
      hehe dia memang suka sayur, kadang² dtg dapur mintak nak makan sayur je pulak. :)

      Delete
  3. bagus tu dia nak makan sayur... teringat sorang anak sedara perempuan yg masa kecik sangat suka makan sayur dan otak dia memang ligat bergeliga... tapi semakin tua semakin kurang suka sayur dan kegeligaan otak nya pun menurun lah sudah... so petanda baik tu kalau dia suka makan sayur

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)