Monday 8 December 2014

Gold Coast International Resort, Morib

Assalammualaikum,

Bulan lepas punya cerita, family kecik kami ke Gold Coast International Resort bertempat di Morib. Tapi eh macam tak kena pulak ada "International" hihi ok..hotel ni kan bertaraf 4 bintang katanya.

Aku ambil pakej daripada Groupon macam biasa la murah. Aku ambil pakej B, yang include breakfast + dinner buffet. Pakej dinner tu aku ambil sebab fikir nak holiday + rileks + rehat..kahakh so tak payah nak keluar cari makan kat luar. Makan kat dalam hotel pastu balik rehat tidur.

Bertolak dari rumah inlaw seremban dalam pukul 11am kot, then singgah Giant Nilai beli bekalan makanan. Maggie cup, roti, susu untuk Dhafea. Terus gerak ke Morib guna jalan Banting ada tersalah masuk jalan, husband main redah ja. Bagi aku jauh la oiii. Ada yang cakap better ikut Bagan Lalang dekat sikit tapi husband tak yakin so ikut Sepang - Banting - Morib.

Sampai Morib dalam pukul 2petang, lama kan perjalanan..Bodoh betul ada construction tengah jalan, buka satu jalan pastu lane sebelah sikit punya lama dia buka dalam 20minit kereta semua bergerak, jem lebih 2km. Panas hati aku.

Pantai Morib ke Gold Coast International Resort dalam 3km, husband cakap nak tengok hotel dulu. So dah tengok patah balik ke pantai morib nak cari makan. Manusia ramai ya Allah walaupun cuaca panas. Sempat makan kat pantai morib, mahai oii. Malas nak review.

Then jalan-jalan nak cari swimming suit Dhafea, Zimie cakap ada ja jual kat sana. Cari tak jumpa yang ada orang jual layang-layang hehe. Terus call zimie ooo ok dah tau kat mana ada. wakakak malu tau.

Pukul 3 sampai hotel nak check in tengok orang dah beratur, aku pun zapp beratur. Lobby dia subhanallah! berlalat..berlalat..berlalat. Aku tak tau nak cakap macam mana memang berlalat. Dhafea tak habis-habis.. "bu..ish lalat..lalat" "bu..tampar lalat" hahahha malu tau budak pandai cakap ni..hihi. Proses nak check in alhamdulillah cepat. Disebabkan aku beratur lane hujung tak ramai manusia, sempat tanya ada bilik "theme park view lagi tak" hehe katanya ada so nak bilik tu.

Tapi bilik on progress boleh masuk hantar barang then turun ke theme park. Ok no prob. Masuk ja bilik. ya Allah sepah betul. Ada birthday cake yang tak dimakan, hanya bekas potong ja haha. Ok aku tengok pun tak sedap cake tu..grrrr. Aku sarankan tak payah lah ambil pakej birthday tu. Indah khabar dari rupa T_T"


Tukar baju simpan barang aku ajak husband turun ke theme park, memandangkan cuaca tengah baik, beli swimming suit Dhafea sebelah kaunter tiket theme park, tak banyak pilihan cari yang ngam size RM15.00 hihi jadi lah nak bukan selalu pakai pun, membaziaq.. tapi seksa amat mata ibu tengok, kahkahkah

Dhafea punya la terjerit-jerit tengok kolalm besar, pakaikan neck float husband terus letak dalam air tu, amboii melompat-lompat melonjak-lonjak badan. Menjerit sikit pun tak takut. Ibu yang gerun lebih risau dia menangis takut..haha. Eksyen tau tak mahu mandi kolam budak kecik nak yang sedang dengan dewasa. hahah dia tak best kot kaki tak dapat terapung.lol

Macam dah panjang ja, cont. laaaaah..huhu

Ini view daripada bilik kitaorang.. tingkat 4 rasanya. Cun² jugak laa :)

Kalau lah ada laluan lain untuk yang nak ke theme park dengan masuk hotel lagi bagus. Ini tak semua guna laluan yang sama, orang basah-basah dari theme park naik lift yang sama, lencun oii lift..laluan pun basah. Bahaya licin!



12 comments:

  1. huhuhu pastu depa cakap berhantu sikit
    suria x alami kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade hudaaaaaaaaaaa T_T
      masa kat sana x perasan, malam tu tdo badan dhafea dedar..ingatkan sebab lama sgt berendam. balik je dia demam seminggu. Paklong suria buat air ubat dia cakap Dhafea ada benda rasuk. kira ada yg mengikut. mengikut kerumah tauuu..nanti kite up entry tu..

      huhuu serik kot :D

      Delete
    2. alamak suria! up cepat
      seram ai!

      xmau la p sana T__T

      Delete
  2. byk review xbest sy bc psl hotel ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, huhu
      tapi ada jugak ikut nasib..ada yg dpt bilik air pressure rendah,
      mlm berbau. tp maybe i dpt 2nd floor kot semua ok.
      bau pun xde ;)

      Delete
  3. I dah pergi, service very very bad and slow service TAPI okay lah :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira i bernasib baik sikit kot service utk i ok..hehe
      betul kira ok² lah :P

      Delete
  4. huhu dlu ada plan nak beli tp memandangkan byk sgt review x bes x jd la bli. tp okla kan stkt nak p ujung2 minggu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk pergi sekali tu ok la rina, short weekend kan ;)
      tp utk repeat tu xmau dah..hahahaha
      bab lalat kt cafe tu x boleh terima, terlalu banyak!

      Delete
    2. tp tengok dlm gmbaq suria cun ja rupa bilik dia. heheh

      Delete
    3. maybe nasib baik kot dpt bilik best..
      jakuzi pun ayaq pressure kuat, hihi

      tp husband ckp nak repeat lg klu ada peluang, hahahha adoii

      Delete

Hello cantik's.. ;)