Friday, 19 December 2014

Langkawi Part 1

Assalammualaikum,

Sebenarnya pergi bukan semata-mata trip, haha pergi atas dasar cousin aku kahwin. Masa aku kahwin dia datang ke Kedah dan Negeri Sembilan makanya time untuk "balas dendam".

Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam kan.


First time masuk Langkawi setelah berkahwin. Langkawi ni sebenar kampung sebelah mak aku, beliau anak jati Langkawi. Last aku balik kampung ni 4tahun yang lepas :P

Booking tiket ni secara tergesa-gesa, dapat ja tahu date cousin aku nak nikad terus buat booking KL - Langkawi. Sekepala dalam RM297.00 return. Tu tak termasuk infant 2 orang lagi. Mahal tiket ni. Aku booking pergi Lahad Datu Sabah pun baru RM197.00 seorang.

Ini kisah pakai legging sepupu dia baru 10 bulan tapi dia dah 1y 6m, pakai jeans asik melondeh.


Flight 04/12/14 - 9:20pm.

Sampai sana dalam 10:30pm, kami pergi berempat. Aku, husband, dhafea, akak aku, husband dia, anak buah. Sampai airport terus split, haha dia ada booking hotel. Aku? belum sebab husband asyik teragak-agak. Kejap nak tidur rumah maksu aku kejap sana, last sekali hotel pun tak pick up phone sebab dah lewat. Maka tidur lah rumah cousin beliau.

Esok pagi dapat kereta sewa daripada cousin dia KSLangkawi (cakap kawan hafiz sure dapat rate yang lebih murah), kami gerak ke Kuah misi mencari hotel. Call hotel sana sini semua kena walk in. Ya la school holiday katakan. Dah dapat kata sepakat AZIO Hotel (entri review) jadi pilihan. Penat dah round Pekan Kuah, masuk Langkawi Fair. Booking AZIO Hotel rate RM 115.00 + RM 60.00 (Depo) untuk katil king size tak ingat bilik jenis apa. Rezeki time walk in ada :). Masa tu pukul 11am, check in pukul 2pm gilo tak tahu pergi mana, round Pekan Kuah ja la. Pukul 1pm dah penat, cakap husband kita lepak lobi ja la ada aircon, ada wifi kahkah. Baru ja duduk staff AZIO hotel datang bagi key card. Alhamdulillah lega dapat check in awal.

Naik bilik Dhafea bantai tidur. Sejam baru dia bangun, mandi keluar pergi lunch. Lunch kat Restoran Haji Ali. Mamak tau. Akak aku ajak datang sini. Sebab dorang  selalu makan kari ayam kampung. Tapi husband makan ayam madu, aku ambil yang selamat ayam goreng kuah campur sekali suap Dhafea. Sedap! serius sedap. Dah lama aku tak makan nasik kandar, kali ni sedap gilaaaa teringat nasik kandar kat Kedah, huhu

Google

Lepas makan terus gerak ke Jeti pick up abang aku dengan family dia datang dari Gurun. Terus gerak ke rumah maksu aku dekat Air Hangat.

Dah sampai sana dok menganga, haha pengantin katanya akad nikah lepas Asar, tapi semua belum siap, kami yang tak tahu nak buat apa ni bersiap-siap nak keluar jalan, hahaha

Gambar ni complete anak menantu cucu Encik Shaari ;)

Lepak Harbour Park. Selfie, wefie lepak The Loaf. Pukul 7 mak aku call tanya mana pergi semua anak cucu menantu orang nak akad nikah weols semua hilang..wakakak (kena berletiaq)

Harbour Park. Time ni memang dah tak semenggah. So muka kita tukar :P

Sebelum maghrib sampai rumah maksu aku, lepak kejap gerak balik hotel. Malam tu hujan niat nak jalan Pekan Kuah waktu malam, ada up town. Dhafea pulak tidur dari dalam kereta. Makanya lepas mandi, dua laki bini bantai tidur jugak sampai esok pagi.

Rupanya abang aku datang Pekan Kuah malam tu lepak dekat dengan hotel, cisss berdebah rugi aku tidur..grrrr

Cont....






6 comments:

  1. seronoknya jalan jalan langkawi. :) dah lama tak ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la u...best dan berbaloi ;)

      Delete
  2. ni awat duk kaver muka masing2 ni? hahahah

    ReplyDelete
  3. ala.. tunjukla muka.. langkawi best... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka tak ready..sememeh sgt, tp gigih nak letak sbb ada gambar dhafea ja yg ready..hihihihihi

      Delete

Hello cantik's.. ;)