Wednesday, 3 December 2014

Menabung

Assalammualaikum,

Aku ni manusia yang liat nak menabung. Tambahan pulak aku jenis menabung ke ASB. Nak ke ASB tu kena ke bank atau pejabat pos. Hazabedah aku nak menunggu tu jadi malas. Dok simpan dalam bank convensional tu menyebabkan simpanan tipis..haha

Kalau husband ya dia memang rajin menabung. Menabung versi duit syiling. Kat rumah tu semanjang penuh. Meluat tengok hahaha. Bila dah asyik penuh tak ada bekas yang komersial untuk simpan maka aku ambil la buat beli breakfast atau bayar tol pergi kerja..hahahahah.

Entah bila tahun nak pergi bank bawak syiling tu buat simpanan. Katanya nak masuk tabung haji anak.

Starting next year aku berAZAM nak menabung. Tak kisah lah syiling ka whatever. Eceeece aku kan selalu angan mak jenin.

Sekarang ni dah start sikit dari online banking direct ke ASB. Senang kerja aku. Tapi tu la situ ada limit. Aku ingat boleh ja kalau balance duit RM30-50 dalam bank tu tolak ke ASB rupanya tak boleh..hahaha.

Rata-rata aku search semua tips menabung secara harian, sikit-sikit. Andai kata setiap hari duit belanja RM10, tapi haritu guna dalam RM6. Balance masuk tabung. Aku rasa bernas..ekekke.

5-6bulan lepas aku berazam camtu la, sebab bawak bekal. Cakap dengan husband aku nak keep RM5 / day sebab dah bawak bekal datang kerja. Tapi anganan sajo. hahaha jadi lah dalam 3-4hari lepas tu aku ambil semula duit tu..bongok sangat rasa.

Aku jenis pemboros kalau keluar beli barang. Ni sikap aku sendiri tak dapat control. Dah tulis barang apa nak beli tapi mesti ada tambahan. Kes tu duit yang aku keep tu selalu digunakan semula. hahahhahahahaha

Ok, nak search tips lain lagi..



1 comment:

  1. hahhaa.. lawak suria.
    jom menabung. ada rm1 ke syiling ke terus masuk tabung. ekekeke

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)