Wednesday, 17 December 2014

Review : AZIO Hotel, Langkawi

Assalammualaikum,

Eh, best pulak nak review bagai.

Sebenarnya AZIO Hotel ni akak aku yang suggest, sebab dia dengan husband dia kalau ke Langkawi untuk outstation selalu tidur situ.


 Tak susah nak cari AZIO Hotel ni, kalau dari Pekan Kuah, AZIO Hotel sebelah kiri. Masuk ikut butik Al-Ikhsan cilok sikit dah nampak. Deret² situ kemain banyak bank, hotel, kedai duty free. Eh senang gila la nak cari. Haji Ismail Group pun ada situ tapi yang shoplot bukan kompleks.



Aku call dulu before tu untuk tahu status kekosong dan jenis bilik. Receptionist cakap ada kosong katil king size. Ingat nak terus booked rupanya kena walk in saja. Dah sampai bayar RM115.00 + RM60.00 (Depo) setel. Check in pukul 2. Tapi kalau bilik dah ada boleh terus dapat key card tau, hehe Macam aku booking pukul 11 tak dapat la sebab orang check out pun pukul 12. Pukul 1 aku pergi terus capat check in.



Tapi AZIO Hotel ni tak ada pakej makan ke apa ye. Sebab dia macam shoplot ja tapi panjang. Kafe pun tak ada. Aku ok ja, lagipun datang pulau keluar la cari makan kat lain yang lebih best banyak pilihan kan. hihi

Bawah AZIO Hotel juga ada AZIO Emporium kot. Ingat² lupa. Sebab aku masuk untuk beli susu kotak Dhafea ja. Ada pinggan mangkuk barang duty free etc lah. Harga lebih kurang ja dengan HIG, Idaman Suri. Cuma tak sebanyak pilihan macam HIG dan Idaman Suri.

AZIO Hotel ni tak ada lift tau, so untuk orang tua², OKU agak susah laa sebab hanya bertangga.


Bilik ok bersih.


Kemudahan yang ada kettle, cawan tak ada coffee ('_'), toilerist sekadar sabun seketul kecik, shampoo botol kecik (Oii memang untuk sehari ngam².hahaha tapi dah kata hotel bajet jangan la banyak cekadak), berus gigi ubat gigi segala berkaitan tak disediakan. TV channel astro pun ada walaupun tak semua siaran. Aircon yang sejuk best, hehe. Iron board kena keluar bilik ada ironing area dengan water filter. Nasib baik bilik aku hujung so dekat la nak angkut baju pergi iron. Kalau jauh dah rupe bibik. Wifi ada tapi aku tak guna, husband cakap Wifi dia macam mental hahahaa


Shower room dia romantik gila. Memang kaca semata², untuk yang honeymoon baru kahwin tu elok sangat lah..wakakakka hanya curtain yang memisahkan. Kau nak membuang air besar kecik tarik curtain saja, Pintu pun dah kaca T__T

Biasa lah kalau banyak kekurangan daripada kebaikan, huhu dah nama hotel bajet. Cuma yang aku suka BERSIH. lagipun aku stay semalaman saja so tak sempat nak complaint lebih itu ini. Tapi husband cakap next time kalau datang AZIO Hotel masih boleh repeat lagi.hihi

Sorry uols semua gambbar hasil carian google. Daku lupa langsung nak snap barang 2-3keping..hihihihi



p/s : Kalau nak makan tempat berdekatan aku sarankan ke HIG Kompleks. Depan kompleks tu ada macam food court. Menarik macam² ada. Aku tak singgah abang aku datang dari Air Hangat ke situ, merujuk sepupu sepapat aku situ banyak pilihan makanan. Lagipun tempat baru. Penat shopping kt HIG Kompleks boleh la singgah minum huhu

1 comment:

  1. suria pon baru balik Lngkawi? syok kan kat sana...

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)