Wednesday, 24 December 2014

Temuduga Kerja Sambilan Kembali Menghantui

Assalammualaikum,

Entri ini

Aku ingatkan dah tamat riwayat kisah nak kena panggil interview untuk jawatan sambilan tu. Rupanya tadi baru dapat calling mintak datang interview.

Baru ja hilang kekusutan aku tu sebulan lepas. huhu

Serius aku nak tolak. Ok bukan bermakna aku tolak rezeki tapi aku tak tahu nak describe macam mana. haha mohon ada yang faham.

Sebab melibatkan orang yang menolong. Lepas tu takut kena blacklist..hihi

Ada yang cakap aku tarik diri sebelum berjuang. amboiii

Husband cakap pergi interview kalau dapat nanti tolak time tu. Aku pulak rasa baik aku tolak sekarang daripada dah dapat baru tolak.

Aku tak berani nak perjudikan nasib aku untuk kerja sambilan tu, walaupun sekarang kerja private pun tak menjaminkan sepanjang hayat boss aku nak perkhidmatan aku ni sampai tua. haha ayat pun dah tunggang terbalik.

Dia mintak datang interview next week 30/12. Terus aku cakap tak dapat pada tarikh tu aku ada kursus hikhi. then dia mintak 29/12. Aku cakap nanti aku check semula, ewah lagak boss besar haha. Ye la aku nak cipta alasan untuk nak reject interview tu.

Akak aku cakap tak berbaloi, cuti tahunan tak ada, cuti bersalin tak ada, MC tak ada. Datang kerja ada gaji tak datang tak ada gaji. Gila oii. Tapi ini badan berkanun tak tahu la kalau ada benefit dia sendiri. Aku google tak ada pulak.

Serabut oii.

Macam nak bagi alasan aku busy dengan kursus GST. Logik la kot kan..

hahhahahahhahahahahhahaaaampeh


p/s: Benci perasaan ni



8 comments:

  1. Bukan tolak rezeki ni, tapi kerja ni memang risk. Lainlah kalau u saja-saja nak kerja sebab boring... haaa gituu... baik duduk rumah jaga anak, kan... hahaha.....

    Kerja tu sesuai untuk orang yang takde komitmen atau budak fresh grad.

    Dont worry, u buat keputusan yang btul

    ReplyDelete
    Replies
    1. i setuju komen u syima, sejuk sikit hati i..hihihi
      cuma skrg ni i buntu nak fikir alasan yg sesuai nak tolak.hehe

      tq u ;)

      Delete
  2. takot pulak nak bagi cadangan..

    hari ni baca status kawan keje kat Kementerian Kesihatan..
    10 orang opismet dia ditamatkan kontrak serta merta...

    notis seminggu je..

    even orang kata klu kontrak or sambilan kat gomen mungkin takkan diberhentikan tapi bila jadi camni..camno nak tanggung hidop kalau dah diberhentikan secara tiba-tiba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuhan ina, seram nak demam baca apa u komen ni.
      ini la yg paling i takut..huhuu

      duh haii lega hati bila penolakkan ni disokong ramai, hehehe

      tq darling :D

      Delete
  3. suria.. skrg ni tetap watpe nk cr bala yg tentu2 sambilan ja..pls tolak..kalau blacklist pon dr jabatan tu je.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah confirm akan tolak tqah,
      cuma semalam p confirm dgn sil je dlu sebab dia tolong submit resume suria tu.
      husband pun memang tak bagi, ibarat letak parang kt leher..

      tq tqah! :)

      Delete
  4. rasanya keputusan suria tu betul dah..apa benefit pun takde..even private kalau better apa salahnya :) sebaiknya cari yg tetap..saila dua2 dpt kerja as kontrak : gov & private. senang2 buang staff. huhu! skrg ni tgh cari keja sebaiknya permanent. x sanggup dah jadi staff buangan..keja sama je dgn staff tetap :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah..kesiannya saila..
      suria private sini ok, even kadang² selalu el sebab anak tak sihat kan..

      cuma tu laa suria dah reject pun interview tu, tak sanggup rasanya.

      tq dear :)

      Delete

Hello cantik's.. ;)