Friday 26 December 2014

Anak Kurang Minum Susu

Assalammualaikum,

Dhafea recently memang tak banyak minum susu.  Fresh milk. Tapi kalau bf maintain.hihi

Kadang² aku bagi BS sebotol 500ml tu sampai dah hari ke-3 setengah pun tak sampai dia minum. Hari ke-4 memang aku buang la, in case kalau aku try rasa ok lagi aku la yang minum. huhu

Rasa sayang sangat susu terbuang camtu..aku pun bukan setiap masa nak minum fresh milk tu. Sekarang aku consume Ibu Susu Kambing.

Dulu aku rasa kenapa lah Dhafea ni tak nak susu ni, risau zat² dia. Tapi lepas aku baca apa yang Dr. Suriyakatun tulis pasal fm ka bagai. Aku cool sikit, hihi

Kadang² stock susu aku lupa beli, pagi pulak tak sempat singgah mana². BS cakap tak apa, selalunya petang baru dia mintak susu. So lunch hour baru aku pergi hantar.

Dhafea dah 1tahun 8bulan dah! sekarang dia kurang susu pun aku tak kisah, sebab dia suka sangat dengan sayur. So hari² tak pernah skip sayur, buah. Cuma aku geram sikit kalau aku bagi makan nasi / pasta letak sayur sekali dalam plate dia, dia kutip sayur ja makan T__T stress mak. hahah

Cuma biasa lah bila budak² tak minum susu ni orang tua² akan bising, kenapa tak bagi susu. Seharian tak minum susu. Susah sikit nak brain depa² ni. huhu aku ambil pendekatan diamkan ja la. Jangan bertekak kang semua orang nak menang, siapa yang nak kalah?

Lepas baca blog piyah rasanya aku nak buat sayur goreng tempura tu, hehe macam sedap pulak. Nak intro cendawan untuk dia. Aku pernah bagi cendawan apatah yang panjang kurus tu, selalu ada kat Johnys Steamboat tu huhu.

mengada sangat sekarang kalau nak bergambar, siap suruh orang senyum. Pastu buat mimik muka macam². Rasa nak kunyah!

Ok, bai.

p/s : Pray for pantai timur. Jangan anggap orang yang tak tunjuk simpati tu dia tak berdoa untuk mangsa². Kita yang terselamat dari bencana ni move on, tolong dari segi mental fizikal harta benda doa etc. Semalam asyik tengok gambar banjir aku tidur malam pun dok mimpi banjir. Subhanallah.. Ya Allah





Wednesday 24 December 2014

Temuduga Kerja Sambilan Kembali Menghantui

Assalammualaikum,

Entri ini

Aku ingatkan dah tamat riwayat kisah nak kena panggil interview untuk jawatan sambilan tu. Rupanya tadi baru dapat calling mintak datang interview.

Baru ja hilang kekusutan aku tu sebulan lepas. huhu

Serius aku nak tolak. Ok bukan bermakna aku tolak rezeki tapi aku tak tahu nak describe macam mana. haha mohon ada yang faham.

Sebab melibatkan orang yang menolong. Lepas tu takut kena blacklist..hihi

Ada yang cakap aku tarik diri sebelum berjuang. amboiii

Husband cakap pergi interview kalau dapat nanti tolak time tu. Aku pulak rasa baik aku tolak sekarang daripada dah dapat baru tolak.

Aku tak berani nak perjudikan nasib aku untuk kerja sambilan tu, walaupun sekarang kerja private pun tak menjaminkan sepanjang hayat boss aku nak perkhidmatan aku ni sampai tua. haha ayat pun dah tunggang terbalik.

Dia mintak datang interview next week 30/12. Terus aku cakap tak dapat pada tarikh tu aku ada kursus hikhi. then dia mintak 29/12. Aku cakap nanti aku check semula, ewah lagak boss besar haha. Ye la aku nak cipta alasan untuk nak reject interview tu.

Akak aku cakap tak berbaloi, cuti tahunan tak ada, cuti bersalin tak ada, MC tak ada. Datang kerja ada gaji tak datang tak ada gaji. Gila oii. Tapi ini badan berkanun tak tahu la kalau ada benefit dia sendiri. Aku google tak ada pulak.

Serabut oii.

Macam nak bagi alasan aku busy dengan kursus GST. Logik la kot kan..

hahhahahahhahahahahhahaaaampeh


p/s: Benci perasaan ni



Tuesday 23 December 2014

YES - Musim Shopping Untuk Pengantin Bajet #Throwback

Assalammualaikum,

Ini title terpanjang untuk tahun ni. :P

Sekarang ni musim Year End Sale, throwback 2tahun lepas aku gigih simpan duit semata-mata nak tunggu penjelmaan YES. Iya la pengantin bajet kan aku ni. hahaha

Aku ambil kesempatan sempena YES ni, ku tahan jebat mata dan nafsu sebelum sampai YES ni.

Time gini la aku shopping barangan hantaran, walaupun wedding date bulan may tahun selepas tu haha. nampak tak kegigihan tu? T__T

Sebab? sebab kami laki bini lebih menabung untuk kehidupan lepas kahwin, cari rumah sewa, beli alatan rumah yang penting. So lepas kahwin dapat la kelengkapan tu. Dah nama pun bajet, wedding pun bajet la. Banyak benda DIY (Especially hantaran dan goodies).

Dinasihatkan barangan hantaran belilah yang korang rasa akan guna selepas kahwin, macam aku dengan husband memang beli yang betul² kitaorang pakai. Guna sampai berkecai haha. Masa aku beli dulu handbag purse segala bagai ramai yang tentang, konon tak kan beg macam ni nak letak atas dulang, beli yang semenggah sikit. Nampak murah. hahaa aku pekakkan telinga.

Aku yang nak pakai, duit aku. (Mahal jugak oii walaupun nampk murah, hihi) So aku ikut taste aku la. Aku tak minat jenis handbag Guess, Carlo Rino, Sembonia semua tu, tak kena dengan aku. hihi Aku suka Zara, Mango, Nose, Charles & Keith. Buat apa beli untuk memenuhi taste orang lain tapi lepas tu tak pakai. Its not me lah. Aku jenis kalau beli apa² benda baik murah atau mahal memang sampai rabak. Baru berbaloi haha.

End up aku pakai handbag & purse aku tu sampai rabak. Means memang dah berkecai. haha Ini aku rasa berbaloi daripada beli tapi simpan lepas tu setahun kemudian tengok dah merekah.

Husband pun camtu, barang hantaran semua pakai sampai berkecai rabak hancur.
Semua aku beli time YES. Berbaloi.

Yang tak berbaloi kasut sanding aku sampai sekarang dah tak pakai. Last pakai 5 May 2012. Nampak? tarikh kahwin tu. hahah sebab tinggi sangat 4inci kot.

Pastu kasut tu fil dah simpan masuk stor..huhuhuhu

So bride to be buat la pilihan bijak. Jangan ikut cakap orang end up akan menyusahkan dan merugikan korang.

Bai.



Friday 19 December 2014

Langkawi Part 1

Assalammualaikum,

Sebenarnya pergi bukan semata-mata trip, haha pergi atas dasar cousin aku kahwin. Masa aku kahwin dia datang ke Kedah dan Negeri Sembilan makanya time untuk "balas dendam".

Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam kan.


First time masuk Langkawi setelah berkahwin. Langkawi ni sebenar kampung sebelah mak aku, beliau anak jati Langkawi. Last aku balik kampung ni 4tahun yang lepas :P

Booking tiket ni secara tergesa-gesa, dapat ja tahu date cousin aku nak nikad terus buat booking KL - Langkawi. Sekepala dalam RM297.00 return. Tu tak termasuk infant 2 orang lagi. Mahal tiket ni. Aku booking pergi Lahad Datu Sabah pun baru RM197.00 seorang.

Ini kisah pakai legging sepupu dia baru 10 bulan tapi dia dah 1y 6m, pakai jeans asik melondeh.


Flight 04/12/14 - 9:20pm.

Sampai sana dalam 10:30pm, kami pergi berempat. Aku, husband, dhafea, akak aku, husband dia, anak buah. Sampai airport terus split, haha dia ada booking hotel. Aku? belum sebab husband asyik teragak-agak. Kejap nak tidur rumah maksu aku kejap sana, last sekali hotel pun tak pick up phone sebab dah lewat. Maka tidur lah rumah cousin beliau.

Esok pagi dapat kereta sewa daripada cousin dia KSLangkawi (cakap kawan hafiz sure dapat rate yang lebih murah), kami gerak ke Kuah misi mencari hotel. Call hotel sana sini semua kena walk in. Ya la school holiday katakan. Dah dapat kata sepakat AZIO Hotel (entri review) jadi pilihan. Penat dah round Pekan Kuah, masuk Langkawi Fair. Booking AZIO Hotel rate RM 115.00 + RM 60.00 (Depo) untuk katil king size tak ingat bilik jenis apa. Rezeki time walk in ada :). Masa tu pukul 11am, check in pukul 2pm gilo tak tahu pergi mana, round Pekan Kuah ja la. Pukul 1pm dah penat, cakap husband kita lepak lobi ja la ada aircon, ada wifi kahkah. Baru ja duduk staff AZIO hotel datang bagi key card. Alhamdulillah lega dapat check in awal.

Naik bilik Dhafea bantai tidur. Sejam baru dia bangun, mandi keluar pergi lunch. Lunch kat Restoran Haji Ali. Mamak tau. Akak aku ajak datang sini. Sebab dorang  selalu makan kari ayam kampung. Tapi husband makan ayam madu, aku ambil yang selamat ayam goreng kuah campur sekali suap Dhafea. Sedap! serius sedap. Dah lama aku tak makan nasik kandar, kali ni sedap gilaaaa teringat nasik kandar kat Kedah, huhu

Google

Lepas makan terus gerak ke Jeti pick up abang aku dengan family dia datang dari Gurun. Terus gerak ke rumah maksu aku dekat Air Hangat.

Dah sampai sana dok menganga, haha pengantin katanya akad nikah lepas Asar, tapi semua belum siap, kami yang tak tahu nak buat apa ni bersiap-siap nak keluar jalan, hahaha

Gambar ni complete anak menantu cucu Encik Shaari ;)

Lepak Harbour Park. Selfie, wefie lepak The Loaf. Pukul 7 mak aku call tanya mana pergi semua anak cucu menantu orang nak akad nikah weols semua hilang..wakakak (kena berletiaq)

Harbour Park. Time ni memang dah tak semenggah. So muka kita tukar :P

Sebelum maghrib sampai rumah maksu aku, lepak kejap gerak balik hotel. Malam tu hujan niat nak jalan Pekan Kuah waktu malam, ada up town. Dhafea pulak tidur dari dalam kereta. Makanya lepas mandi, dua laki bini bantai tidur jugak sampai esok pagi.

Rupanya abang aku datang Pekan Kuah malam tu lepak dekat dengan hotel, cisss berdebah rugi aku tidur..grrrr

Cont....






Wednesday 17 December 2014

Review : AZIO Hotel, Langkawi

Assalammualaikum,

Eh, best pulak nak review bagai.

Sebenarnya AZIO Hotel ni akak aku yang suggest, sebab dia dengan husband dia kalau ke Langkawi untuk outstation selalu tidur situ.


 Tak susah nak cari AZIO Hotel ni, kalau dari Pekan Kuah, AZIO Hotel sebelah kiri. Masuk ikut butik Al-Ikhsan cilok sikit dah nampak. Deret² situ kemain banyak bank, hotel, kedai duty free. Eh senang gila la nak cari. Haji Ismail Group pun ada situ tapi yang shoplot bukan kompleks.



Aku call dulu before tu untuk tahu status kekosong dan jenis bilik. Receptionist cakap ada kosong katil king size. Ingat nak terus booked rupanya kena walk in saja. Dah sampai bayar RM115.00 + RM60.00 (Depo) setel. Check in pukul 2. Tapi kalau bilik dah ada boleh terus dapat key card tau, hehe Macam aku booking pukul 11 tak dapat la sebab orang check out pun pukul 12. Pukul 1 aku pergi terus capat check in.



Tapi AZIO Hotel ni tak ada pakej makan ke apa ye. Sebab dia macam shoplot ja tapi panjang. Kafe pun tak ada. Aku ok ja, lagipun datang pulau keluar la cari makan kat lain yang lebih best banyak pilihan kan. hihi

Bawah AZIO Hotel juga ada AZIO Emporium kot. Ingat² lupa. Sebab aku masuk untuk beli susu kotak Dhafea ja. Ada pinggan mangkuk barang duty free etc lah. Harga lebih kurang ja dengan HIG, Idaman Suri. Cuma tak sebanyak pilihan macam HIG dan Idaman Suri.

AZIO Hotel ni tak ada lift tau, so untuk orang tua², OKU agak susah laa sebab hanya bertangga.


Bilik ok bersih.


Kemudahan yang ada kettle, cawan tak ada coffee ('_'), toilerist sekadar sabun seketul kecik, shampoo botol kecik (Oii memang untuk sehari ngam².hahaha tapi dah kata hotel bajet jangan la banyak cekadak), berus gigi ubat gigi segala berkaitan tak disediakan. TV channel astro pun ada walaupun tak semua siaran. Aircon yang sejuk best, hehe. Iron board kena keluar bilik ada ironing area dengan water filter. Nasib baik bilik aku hujung so dekat la nak angkut baju pergi iron. Kalau jauh dah rupe bibik. Wifi ada tapi aku tak guna, husband cakap Wifi dia macam mental hahahaa


Shower room dia romantik gila. Memang kaca semata², untuk yang honeymoon baru kahwin tu elok sangat lah..wakakakka hanya curtain yang memisahkan. Kau nak membuang air besar kecik tarik curtain saja, Pintu pun dah kaca T__T

Biasa lah kalau banyak kekurangan daripada kebaikan, huhu dah nama hotel bajet. Cuma yang aku suka BERSIH. lagipun aku stay semalaman saja so tak sempat nak complaint lebih itu ini. Tapi husband cakap next time kalau datang AZIO Hotel masih boleh repeat lagi.hihi

Sorry uols semua gambbar hasil carian google. Daku lupa langsung nak snap barang 2-3keping..hihihihi



p/s : Kalau nak makan tempat berdekatan aku sarankan ke HIG Kompleks. Depan kompleks tu ada macam food court. Menarik macam² ada. Aku tak singgah abang aku datang dari Air Hangat ke situ, merujuk sepupu sepapat aku situ banyak pilihan makanan. Lagipun tempat baru. Penat shopping kt HIG Kompleks boleh la singgah minum huhu

Tuesday 16 December 2014

Kidzoona - AEON Equine Park

Assalammualaikum,

Ini cerita dah basi. Aku pun ingat-ingat lupa bila ke masa entah bawa Dhafea kesini.

Boh jugak dalam blog, abadikan orang kata..hahaha over

Google

Seriously  aku tak tahu pun kewujudan Kidzoona ni, yang aku tahu Kidzania kot yang dekat AEON Setiawangsa tu, huhu

Entrance fee :
Weekdays RM10.00 / person
Weekend RM15.00 / person

Parents free ye. Main sampai penat. No limit.

Masuk ja entrance Dhafea dah nampak rides, haha tergedik-gedik suka. Lepas tu nampak kawah ball. Tak tau nak panggil apa. Budak ni suka ball. Dalam banyak-banyak tempat dekat ball tu jugak dia main lama

Husband cakap datang sini ibu yang over excited anak biasa-biasa saja.haha nyampass 

Tempat ni tak la besar sangat, sedang-sedang. Aku pergi Sabtu pukul 2pm so ramai sikit budak-budak.

Dhafea ni lemah santun sikit, kot terlanggar sikit kedebuk lah beliau. huhu Tapi lebih ramai budak-budak besar. Depa conquer tempat main. Lepas tu terjun sesuka hati, tolak Dhafea. Aku kesian la tengok Dhafea ni dia nak main, menjerit-menjerit tengok orang main lompat-lompat tapi dia asyik kena tolak ja. Budak-budak ni main tolak mak bapak buat dunno ja tu aku geram, sibuk dengan handphone T__T. Tak kan aku nak marah anak orang, so bawak ja la Dhafea ke zone lain.

Ini kes ramai budak dok lompat dari atas turun bawah, tu yang berkepit dengan ayah dia tu :D




 Selebihnya aku bawak dia naik kuda ni..hahah main la sorang-sorang nyanyi sorang-sorang.

Naik benda ni menangis, takut husband dok goleh-golek hahahaa


Last zone main blocks, disebabkan Dhafea renek sikit maka aku angkat naik atas meja..hahahah

Zone masak-masak, pun ada semua dah kena conquer dengan budak besar. Aku bawak dia jalan sambil lalu saja. Ambil syarat datang. huhu

Lepas 2jam aku ajak balik. Panas oii sebab ramai so aircon macam dah tak rasa. Berpeluh ketiak mak nak.

Husband cakap nak repeat lagi tapi tak tahu bila. Sebab nak ke Seri Kembangan tu kan lubuk jammed..huhu.








Friday 12 December 2014

Kisah Selepas Balik Dari Gold Coast Morib.

Assalammualaikum,

Aku agak seram sejuk dengan kisah ni.

Lepas balik dari Gold Coast Morib (Part1 & Part 2), Dhafea demam. Actually malam yang tidur sana pun dia dah start panas badan.

Malam tu sebelum tidur pun terasa dedar. Aku dah siap pakaikan dia baju lubang-lubang. Air untuk sponging pun aku dah ready kat tepi. Betul! malam tu dia demam tapi tak kuat, below 38. Tapi aku boleh rasa panas tu. Aku sponging all the time..tak jalan. Last kejut husband ambilkan ubat. Dah makan ubat kebah tapi tidur tak jugak lena betul. Pagi tu aku hantar ke bs macam biasa. Tengah hari aku call bs dia cakap Dhafea badan dedar tapi main macam biasa. Makan kurang. Pukul 1 bs bagi makan ubat. Kebah sejuk.


Malam tu pun sama, makan ubat kebah pastu panas balik. Hampir habis la paracetamol dari KK tu T_T. T tak boleh jadi aku cont. ubat dari paed pun sama. Hari Rabu aku call mak aku cerita Dhafea demam gini-gini. Semua cakap sebab terlebih rendam dalam air. Aku tak percaya sebab dia langsung tak flu cough. Hanya demam!

Mak aku terus mintak air penawar dari pak long aku. Thru phone ja buat air penawar..hihi Dhafea sebelum maghrib tu dah tidur. Pak long aku bagitahu cara nak usap kat ubun-ubun, mandi, minum. Tapi punya gelabah, air tu aku usap kat ubun-ubun tapi tak tepuk 3x. Bajet ok laa esok bagi mandi. Tengah malam tu demam lagi. T_T Khamis aku sms boss pukul 6 pagi cakap EL, tunggu husband masuk ofis kejap aku siap-siap semua bawak pergi klinik. Time tu suhu dia dah turun tapi aku nak jugak pergi klinik prepare apa yang patut. Doktor cakap tonsil dia besar sangat. Paru-paru semua ok. Tonsil pembawa demam. So aku hantar ke bs macam biasa. bs cakap tengah hari demam dah makan ubat. petang aku ambil sihat macam biasa.

Malam mula nak panas.

Malam tu suhu naik ke 38.5 gelabah aku, pukul 1 bangun bagi ubat kejut husband. Aku tidur balik. Dhafea cakap sejuk so aku selimut dia, kejapan dia dah kebah badan dah sejuk. Malam tu la jugak aku kena tindih dek 'benda' tu. 1st time dok rumah tu aku kena. Ngeri. Aku tengah mengiring lepas pusing df Dhafea. So mata aku boleh buka sikit, mulut aku boleh bergerak. Selalunya kalau kena aku tak dapat gerak jerit pun suara tak keluar. Tapi malam tu semua pun boleh. Aku siap takbir, baca fatihah kuat-kuat, ayat kursi. tak sampai 3minit rasanya badan aku dah ringan. Dengar kat luar anjing menyalak nyalak. Sah! lepas tu aku nak pusing cari Dhafea pun takut, berdoa semoga husband dah peluk dia seperti biasa. Sejam jugak aku nak lelap semula. Pagi tu mandi cuci muka sambil buka mata. lol


Masuk ofis baru whatsapp husband, dia cakap tengok nanti malam macam mana. Petang tu terus aku call mak aku cakap nak buat air penawar semula. Malam tu jugak pak long aku cakap Dhafea kena rasuk daripada Morib. Aku lebih suka panggil 'benda mengikut'. Pak long aku jenis lepas dia buat air penawar baru dia dapat mimpi hehe.

Lepas dia dah ok baru aku teringat balik no wonder sejak balik dari Morib aku asyik la rasa tak sedap hati. Aku sendiri pun jadi penakut yang sangat extreme, dengan time tu aku PMS. aku bangun setiap pagi jam 6.45am - 7am, tunggu matahari naik dulu baru aku bangun punya la takut.hiks

Alhamdulillah start malam tu Dhafea tidur dah tenang, aku pun tenang. Cuma perasaan aku ja kekadang tu. Biasa lah orang penakut, hihihi

So, beringat la pergi tempat nak suka-suka gitu. Ada anak kecil. Padahal pergi tu masuk bilik hotel tu aku siap bagi salam, baca al fatihah ayat kursi. Surah Yassin semua aku dah standby Tapi benda nak jadi. Maybe dari luar kan.

Semoga lepas ni aku lebih berhati-hati. ataupun aku dah takut nak pergi bercuti..ekekeke

Tapiiii husband ada hati ajak repeat..grrrrrr


p/s : Bak kata Huda aku dengan cerita hantu berpisah tiada..hahahah sengal Huda






Tuesday 9 December 2014

Gold Coast International Resort, Morib (Part 2)

Assalammualaikum,


Ok, cont. part 2..

Lepas berendam kat theme park, dalam 2jam jugak la kot. Husband ajak naik walaupun Dhafea menangis-nangis tak mau naik.huhu


Tapi angkut jugak, upah naik rides yang ada kat tepi-tepi tu. Naik bilik dua beranak ni sambung jakuzzi. Mak tak hingin..sejuk, walaupun air panas karang keluar ja jakuzzi aku tetap sejuk. Tukar baju sekalian, kitaorang turun untuk dinner buffet. Dinner buffet start pukul 6pm - 10pm kot tak ingat.

Sampai ja kafe kena beratur, yang mana ada kupon boleh masuk dulu. so weols dapat la masuk. Time ni belum ramai manusia. Food tak banyak choice, nasi ada nasi goreng dengan nasi mandi ja. Lauk rendang daging, sambal sotong getah, ayam goreng rempah, potato tempura dan sayur campur. Dessert brownies, puding, crepe apa entah camtu la. Westen ada spagetti bolognese, pastu apa laginya entah tak sempat aku menelek. Salad. Udang dengan apa lagi tah yang letak lemon saja tu. Buah ada green apple saja. Sedih! mee kari dan seangkatan.

Aku hanya ambil nasik goreng, ayam rempah, tempura, buah, rendang, brownies. Tu ja kot. Husband pun lebih kurang ja. Makan pun tak lama konon nak repeat sekali Dhafea poo poo pulak nak ke toilet jauh. So makan laju-laju terus gerak balik bilik. Dhafea terus tidur dari pukul 8 ka belum pukul 8 aku tak ingat. letih sangat.

Malam tu laki bini rileks sikit anak dah tidur..kehkeh.
(Ada kisah malam tu Dhafea tidur tak lena, kejap-kejap nangis..sampai aku berkali-kali terrrmarah dia tengah-tengah malam, nak mengempeng ja sampai aku sakit badan. Rupanya lepas balik tu ada kisah. Tu nanti story lain)

Tapi awal jugak tidur pukul 9 kot..

Esok pagi pukul 7 mata aku dah segar, tak boleh nak sambung tidur. Husband pun sama bangun. Aku bangun mandi, kemas siap-siap sebelum turun breakfast. Breakfast start pukul 7am - 10am. Kami turun dalam 8 lebih kot. Hampeh kafe full so kena hantar ke kafe yang jauh konon "seaview" grrrr. Food tak sedap langsung! harapkan pakai ja topi chef, aku masak lagi sedap kot. Aku makan mee goreng 2sudu ja tak dapat telan. Scramble eggs yang nak muntah. Dhafea makan cornflack dengan susu. Kami kenyang dengan samosa ja. tu ja yang sedap. Then suasana lalat yang super teruk! eeeew sangat kotor kafe tuu..serius out! bayangkan makan semeja dengan lalat yang lagi banyak daripada orang. Husband cakap ni la pakej breakfast bersama lalat. hahah Dhafea yang becuk tu asyik la "ish lalat" "bu..lalat..lalat" huhu. Sambil makan sambil tepis-tepis lalat dok mai hingap ke muka. Geli sungguh.




Lepas breakfast turun ke pantai kejap, pantai tak cantik. Air kotor. Boleh laa lepas gian nak pijak pasir. haha walaupun husband tak mau aku beriya nak bagi Dhafea main pasir tapi kejap ja pun. Naik bilik tukar baju turun theme park lagi, kali ni aku join malas dah nak pegang hp. hihi kejap ja tak sampai sejam Dhafea pun dah gigil pukul 10 lebih kot naik. Kemas saki baki rehat kejap pukul 11 dah check out. Bagi mengelak beratur panjang pukul 12.


Itu saja percutian kami..hahahaha walaupun gaya aku cerita sini macam tak best tapi best la bagi aku dengan keterujaan Dhafea. Quality time tu cun, huhu
Balik ja malam tu Dhafea terus demam seminggu.. T_T"

p/s : Aku tak rajin nak snap gambar, huhu banyak husband yang snap. Malas nak tranfers o layan yang ada saja


Monday 8 December 2014

Gold Coast International Resort, Morib

Assalammualaikum,

Bulan lepas punya cerita, family kecik kami ke Gold Coast International Resort bertempat di Morib. Tapi eh macam tak kena pulak ada "International" hihi ok..hotel ni kan bertaraf 4 bintang katanya.

Aku ambil pakej daripada Groupon macam biasa la murah. Aku ambil pakej B, yang include breakfast + dinner buffet. Pakej dinner tu aku ambil sebab fikir nak holiday + rileks + rehat..kahakh so tak payah nak keluar cari makan kat luar. Makan kat dalam hotel pastu balik rehat tidur.

Bertolak dari rumah inlaw seremban dalam pukul 11am kot, then singgah Giant Nilai beli bekalan makanan. Maggie cup, roti, susu untuk Dhafea. Terus gerak ke Morib guna jalan Banting ada tersalah masuk jalan, husband main redah ja. Bagi aku jauh la oiii. Ada yang cakap better ikut Bagan Lalang dekat sikit tapi husband tak yakin so ikut Sepang - Banting - Morib.

Sampai Morib dalam pukul 2petang, lama kan perjalanan..Bodoh betul ada construction tengah jalan, buka satu jalan pastu lane sebelah sikit punya lama dia buka dalam 20minit kereta semua bergerak, jem lebih 2km. Panas hati aku.

Pantai Morib ke Gold Coast International Resort dalam 3km, husband cakap nak tengok hotel dulu. So dah tengok patah balik ke pantai morib nak cari makan. Manusia ramai ya Allah walaupun cuaca panas. Sempat makan kat pantai morib, mahai oii. Malas nak review.

Then jalan-jalan nak cari swimming suit Dhafea, Zimie cakap ada ja jual kat sana. Cari tak jumpa yang ada orang jual layang-layang hehe. Terus call zimie ooo ok dah tau kat mana ada. wakakak malu tau.

Pukul 3 sampai hotel nak check in tengok orang dah beratur, aku pun zapp beratur. Lobby dia subhanallah! berlalat..berlalat..berlalat. Aku tak tau nak cakap macam mana memang berlalat. Dhafea tak habis-habis.. "bu..ish lalat..lalat" "bu..tampar lalat" hahahha malu tau budak pandai cakap ni..hihi. Proses nak check in alhamdulillah cepat. Disebabkan aku beratur lane hujung tak ramai manusia, sempat tanya ada bilik "theme park view lagi tak" hehe katanya ada so nak bilik tu.

Tapi bilik on progress boleh masuk hantar barang then turun ke theme park. Ok no prob. Masuk ja bilik. ya Allah sepah betul. Ada birthday cake yang tak dimakan, hanya bekas potong ja haha. Ok aku tengok pun tak sedap cake tu..grrrr. Aku sarankan tak payah lah ambil pakej birthday tu. Indah khabar dari rupa T_T"


Tukar baju simpan barang aku ajak husband turun ke theme park, memandangkan cuaca tengah baik, beli swimming suit Dhafea sebelah kaunter tiket theme park, tak banyak pilihan cari yang ngam size RM15.00 hihi jadi lah nak bukan selalu pakai pun, membaziaq.. tapi seksa amat mata ibu tengok, kahkahkah

Dhafea punya la terjerit-jerit tengok kolalm besar, pakaikan neck float husband terus letak dalam air tu, amboii melompat-lompat melonjak-lonjak badan. Menjerit sikit pun tak takut. Ibu yang gerun lebih risau dia menangis takut..haha. Eksyen tau tak mahu mandi kolam budak kecik nak yang sedang dengan dewasa. hahah dia tak best kot kaki tak dapat terapung.lol

Macam dah panjang ja, cont. laaaaah..huhu

Ini view daripada bilik kitaorang.. tingkat 4 rasanya. Cun² jugak laa :)

Kalau lah ada laluan lain untuk yang nak ke theme park dengan masuk hotel lagi bagus. Ini tak semua guna laluan yang sama, orang basah-basah dari theme park naik lift yang sama, lencun oii lift..laluan pun basah. Bahaya licin!



Wednesday 3 December 2014

Menabung

Assalammualaikum,

Aku ni manusia yang liat nak menabung. Tambahan pulak aku jenis menabung ke ASB. Nak ke ASB tu kena ke bank atau pejabat pos. Hazabedah aku nak menunggu tu jadi malas. Dok simpan dalam bank convensional tu menyebabkan simpanan tipis..haha

Kalau husband ya dia memang rajin menabung. Menabung versi duit syiling. Kat rumah tu semanjang penuh. Meluat tengok hahaha. Bila dah asyik penuh tak ada bekas yang komersial untuk simpan maka aku ambil la buat beli breakfast atau bayar tol pergi kerja..hahahahah.

Entah bila tahun nak pergi bank bawak syiling tu buat simpanan. Katanya nak masuk tabung haji anak.

Starting next year aku berAZAM nak menabung. Tak kisah lah syiling ka whatever. Eceeece aku kan selalu angan mak jenin.

Sekarang ni dah start sikit dari online banking direct ke ASB. Senang kerja aku. Tapi tu la situ ada limit. Aku ingat boleh ja kalau balance duit RM30-50 dalam bank tu tolak ke ASB rupanya tak boleh..hahaha.

Rata-rata aku search semua tips menabung secara harian, sikit-sikit. Andai kata setiap hari duit belanja RM10, tapi haritu guna dalam RM6. Balance masuk tabung. Aku rasa bernas..ekekke.

5-6bulan lepas aku berazam camtu la, sebab bawak bekal. Cakap dengan husband aku nak keep RM5 / day sebab dah bawak bekal datang kerja. Tapi anganan sajo. hahaha jadi lah dalam 3-4hari lepas tu aku ambil semula duit tu..bongok sangat rasa.

Aku jenis pemboros kalau keluar beli barang. Ni sikap aku sendiri tak dapat control. Dah tulis barang apa nak beli tapi mesti ada tambahan. Kes tu duit yang aku keep tu selalu digunakan semula. hahahhahahahaha

Ok, nak search tips lain lagi..



Tuesday 2 December 2014

Dhafea Shurafa : Cakap Terbalik

Assalammualaikum,

Dhafea mulut dah macam bertih jagung, cakap sentiasa. Walaupun tengha tidur dia terjaga ada ja benda yang dia akan cakap "ibu tidur, ayah tidur, piya tidur" haha nasib baik aku tak ada ajar dia hantu ka momok gitu kang tak memasal "ibu..momok tidur" hahah lari tak cukup tanah aku.

Tapi lately dia suka cakap terbalik. Sekarang dia tengah berusaha bina ayat untuk bercakap. Lucu laaa hai..haha

Nak makan "ibu..atan nak ibu" grrr

Nak menyusu " ibu..amam ibu"

Kadang-kadang nak tunggu sebaris ayat tu sempat la mak bapak dia ketawa terbahak-bahak. Ya la tengok mulut gigih nak menyebut sampai tergagap-gagap..hihi

Aku memang setiap kali dia cakap terbalik tu aku akan sebut bagi betul. Tapi problem lain pulak. Aku cakap "bukan makan nak ibu, ibu nak makan..ok Dhafea sebut" dia balas "ibu..sebut" grrrrr dia ikut perkataan "sebut" adoii T___T

Aku ni kan ala kelam kabut sikit bila anak itu ini progress awat laa anak aku cakap terbalik. hahah tapi husband rilek ja.

Iya laa budak baru nak belajar katakan..huhu (bukan budak baru nak up tau, kahkah)

Lagi satu hal, dia bila sebut "sit down" tu kedengaran sengau..wakakak aku tak tahu nak buat macam mana. Bunyi ala "sit nownnn" (kempis hidung)

Sejak dah sihat dari demam ni, selera kemain lagi. Semua dia mintak nak makan. Sampaikan cili pun dia mintak. Datang dapur "ibu..nak cili" hahahah tengah makan ja "ibu..nak sambal, pedaih" ni loghat utara hihihi

Aku suka layan dia bercakap, kalau dalam kereta on the way p kerja ka balik kerja ka, memang bercakap dengan dia sepanjang masa.

Budak ni boleh la dikategorikan sebagai seorang loyar buruk :P






Monday 1 December 2014

Stop Smoking!

Assalammualaikum,

Sebenarnya husband aku ni perokok tegar. Yang sangat tegar. Tapi tu dulu..

Sekarang dah 100% bebas dari rokok..hoyeaaaah.

Kalau dulu ya ampun kejap-kejap smoking..kejap-kejap smoking. Tapi idok ler smoking depan anak, hembus depan anak..grrrr. Dah banyak kali dia try untuk berhenti. Tapi asyik tak menjadi, dia cakap lagi gigih dia nak try berhenti lagi teruk. Malah dia pernah demam-demam sebab try nak berhenti. Teruk kan penangan smoking ni.

Rokok elektronik pun pernah, pelbagai flavors, strawberry, vanilla, chocolate..huhu

Dia pulak jenis suka simpan kotak rokok tu, dok buat perhiasan. Aku geram tengok. Setiap kali aku tengok mesti otak aku dok jadi calculator, kira dah berapa duit yang dah terbakar.haha

Sehingga beberapa bulan yang lepas dia slowly stop.Kurang sikit-sikit. Tanpa aku sedar tetiba eh dah tak smoking hehehee. Lega mak!

Yes dia demam jugak masa try nak berhenti tu. Bila dia tak dapat smoking dia kena mengunyah tak kisah la apa pun asal mulut ada benda mengunyah all the time. wakakak.

Sekarang dah bebas dari rokok. Alhamdulillah. aku gembira tak terkata. Ya laaa total damage untuk perokok tegar ni RM200++ atau lebih sebulan. Menangis aku kira kotak rokok T__T

Bila dah totally stop tu, aku tengok badan dia semakin naik..bahahaha. sikit-sikit lama-lama jadi bukit :P

Tak apa laa.asalkan dah tak smoking..hihi

So perokok tegar, anda ada peluang untuk berhenti tu. Cuma perlu gigih. Aku pun tak tahu apa rahsia husband tetiba dah stop sepenuhnya sekarang. What ever cara sekali pun aku tak kisah asalkan dah tak smoking..haha