Monday, 5 January 2015

Anak Amanah Ibu Bapa Bukan Atuk Nenek

Assalammualaikum,

Aku kan secara kasarnya memang tak setuju kalau bagi parents jaga anak kita. Walaupun hakikat yang aku tahu kalau atuk nenek yang jaga anak kita terbela. Atau kita boleh letakkan keadaan anak kita tu 100% akan dijaga rapi oleh depa. Kasih sayang, belaian. Complete.

Pendapat peribadi aku lah, kalau tak ada halangan apa² yang munasabah tak payah lah bagi depa jaga.

Kesian.

Depa ni mana laa nak merungut, dah cucu kan. Tapi kita sendiri fikir lah. Dulu dah jaga kita sekarang masa untuk depa buat amal ibadah. Berehat. Menikmati masa pencen. hihi

Aku dulu pun Dhafea atuk dengan nenek dia jaga sekejap 2bulan. Sebenarnya aku tak setuju, tapi atas faktor pil aku sangat keberatan nak bagi hantar pengasuh dikala dia kecik sangat depa mintak nak jaga. 2 bulan. Itu pun aku dah rasa down. Apa laaa rasa, bila jaga budak kecik ni tahu ja la kang masa dorang nak rehat ke nak tidur ke dah tak ada masa. Nak solat pun dah bergilir². Kesian sangat. Lepas tu depa dapat offer letter pergi haji, terus aku gigih cari BS. Walaupun depa tak berapa setuju. Tapi kami sebagai parents kena cari jalan lain. Mak aku kemain mintak nak jaga nunn bawak ke kedah. Tak dapat la mak oii..hehee

Bila dah pandai buat anak, pandai² lah cari duit untuk bayar ke BS, ini dah bagi mak bapak jaga duit pun tak kasi. Bila mak dah merungut tak larat, slamber cakap kalau bayar BS mahal. Aku tak boleh hadam manusia camni. Kau kena give n take lah gila. Pastu ada hati nak beranak lagi. Serius laaaa.adoii benci

Geram pulak aku. haha

Syukur dapat BS yang sangat penyayang. Sampaikan aku hari² bergaduh dengan Dhafea ajak balik. Dia haram tak heran aku datang nak ambik dia. Adoi macam kena dera kalau angkat masuk kereta. Pagi² hantar dia sampai depan pintu belum pun aku letak diapers beg dia, slamber dah "bye" aku dulu, sabor je lah.


Hai..tetiba mati idea nak tulis lagi..hahhahaha








7 comments:

  1. betul suria..tqah xphm org sanggup tggl anak kt kampung bagi mak jaga.. kesian kt anak..anak tnggugjawab kita,.. xsanggup nk pisah ngn anak kan.. rayyan pagi2 meraung kot nk ikut tqah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tqah..surai pun x paham ada manusia mcm tu. melainkan ko memang xdpt nak elak xboleh ckp apa lah. ni sebab x de duit, melampau gila.

      seronok jugak tu tqah rayyan meraung² nak ikut tqah, dhafea ni langsung x heran. rasa mcm dtg hantar anak org pulak..huhu

      Delete
  2. setuju!!! pandai buat anak, pandai la cri jalan mcm mn nk jaga.. parents ms tua dia ni la kite senangkan diorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..
      geram betul laa. dah tau x cukup duit jgn la tambah anak..geram pulak haha

      Delete
  3. betulllllllllll...

    ni ada yang harap mak jaga anak alasan anak taknak dok taska or kat pengasuh..anak menanges je katanyeee....padahal kedek nak kuarkan duit...nak senang mak dok same..mak boleh mengemas rumah..boleh memasak...jadikan mak kuli.....
    *kisah betul tahuuu...

    boleh mendidih kalau dengar cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ina..suria ni pun base pd kisah benar jugak, geram..hehe
      eeee hai nauzubillah
      wlupun x terjadi pd family sendiri. kite dgr cite org rasa sakit je hati

      Delete
  4. huhuh tu la pasal. i sokong u punya entry.

    biar la susah mcm ne pun kita yg usaha besarkan anak kita
    mak pak kita dorg nak buat amal ibadah

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)