Friday 30 January 2015

Azam Tahun 2015

Assalammualaikum,

Dah nak hujung january baru teringat nak buat azam, sedih betul.

Tahun lepas tak buat azam pun, aku pun tak tahu kenapa tak ber-azam haha.

Ok, berbalik pada azam tahun 2015. Aku tengah gigih buat sikit² dah ni..hihi

Azam aku tahun ni nak jadi cantik..hahhahahaha alaa bukan cantik camtu, sekadar nak jaga diri dalaman dan luaran.hihi

Sejak preggy sampai Dhafea dah almost 2years ni aku langsung tak makan apa supplement, produk kecantikkan. Eh pernah minum ESP tapi tak habis.

Sekarang ni dah tengok calendar umur dah menginjak ishh malu nak kabo..haha timbul la kesedaran. Nak makan supplement, nak jaga muka, penampilan..ecewaah.

Muka aku ni memang tempat jerawat bertandang, pastu pore kemain..

Kulit muka oily, lain² part dry..pelik betul

Minggu lepas baru timbul kesedaran beli skincare hahaha. baru start pakai 3hari kot..huhu

Lepas tu losyen pun baru je beli, sebelum ni aku sebat Dhafea punya je yang orang kasi time dia newborn tu. Aku tak pernah apply kat kulit dia. Memang aku je yang pakai. hahah jimat kan.

Sekarang ni lepas mandi ja terperap kejap dalam bilik membelai diri..wakakaka sapu toner, serum, krim malam..gigih. Nak tidur sapu losyen

Nampak tak betapa gigih aku.

Dah 2minggu aku dok survey satu collegen ni, ingat nak consume hihi. Amboii dah budak opis aku baru 20an pun dah ada kesedaran makan collegen aku yang lebihan ni bila lagi..haha dah ajak aku consume k-colly amboii akak dah tak sweet17 nak consume k-colly hahaha

Macam yang dipasaran tu mana ada collegen yang murah, tak adaaaaaa... aku nak beli pun survey dulu kandungan, KKM, halal, hasil selepas kegunaan, testimoni. Hebat tak? survey dah 2minggu lebih beli haram belum lagi..

Tak apa..next week aku beli..ekekkekee

Semoga azam aku ni tercapai, biar lambat asal buat..haha

bai uols..


1 comment:

  1. hahahaha. nak cantik jugakkkkk. share ler suria produk apa tu?

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)