Friday, 9 January 2015

Dhafea Dan Tonsil Berpisah Tiada

Assalammualaikum,

Dhafea sejak² ni selalu kena serangan tonsil. Boleh kata 2bulan sekali mesti kena. First time kena tahun lepas bulan tak ingat hihi. time tu sikit ja so aku tak bagi antibiotik.

Kali kedua bulan 11 tahun lepas lepas balik Morib. Yang ni azab. Seminggu lebih demam. Mula² sebelah tonsil tu baik demam kejap demam lagi. Kali ni 2-2belah dah bengkak. Dia punya panas jangan cakap laa.. ada sekali tu bawak pergi paed mencecah 40.2. Masa kat rumah 38.1 je pun. Ke sebab kena aircon dalam kereta?

Doktor letak ubat bontot terus elok siang tu, malam panas makin tinggi. Tengah malam bawak pergi Hospital, macam biasa doktor boh ubat bontot lagi. Esok tu aku continue bagi pcm standby takut demam. 2kali minum pcm + antibiotik terus elok.

Masuk tahun baru dua hari lepas kena lagi. Kali ni demam tak mencecah 39. Tapi bila minum pcm dari paed atau boh ubat bontot tak sejuk betul. Suam ja. Rimas aku. Dah tu this time meragam saja. Aku ni dah jadi panda, anak tidur dok melanggut tengok dia tidur. Sebab kejap² dia terkejut. 2hari jadi burung hantu.

Kali ni pun pergi klinik dapat pcm versi oren tu jugak, sikit ja suhu dia berubah. Tengah malam panas gila, gigih bangun cari pcm dari Hospital haritu ada yang belum buka. Bagi tu tengah malam, terus lena tidur sampai pagi.

Yang peliknya demam dia kali ni, meragam lain macam. Aku syak dia sakit² badan, kepala maybe sakit. Lepas tu bila dah kebah badan kaki tangan ketiak semua dah suhu biasa. Tapi kepala tetap panas jugak. Tuam pun dah, sampai dah nak flu ke pulak.

Semalam BS whatsapp cakap dia meragam, mintak nak makan nasik, buah semua mintak tapi bila bagi makan sesudu nak telan sampai nangis² terpejam² mata tahan perit. Aku dah tak senang duduk dah, sejak pagi entah apa je dia makan. Petang tu sebelum g ambil dia aku singgah farmasi beli ALOCLAIR oral spray untuk ulser tu, tapi orang farmasi tu tak rekemen aku guna untuk tonsil, sebab tonsil kedalam sangat. Tapi aku beli jugak simpan. Lepas tu singgah kedai beli plain yogurt, beli yakult. Rasa nak angkut 1 chiller kat kedai tu yang sejuk². haha

Sampai rumah BS dia tengah main BS cakap meragam ni, suap yogurt makan 5-6sudu. Mintak yakult sedut separuh tak nak dah. Lepas tu nampak dia selesa sikit. Sampai je rumah aku bagi dia sesudu teh VCO brand cosway, beli dah berkurun tapi guna untuk rambut dengan menumis je..hihi. Malam tu jugak dia boleh datang mintak nak makan ikan bilis, bagi dia makan slamber pulak dia kunyah telan. Amboii siang tadi bagi buah yang dah dilenyek pun kemain perit. hehe

Harini harap dia dapat makan macam biasa, mak dah jadi burung hantu semula. Bapaknya pulak demam.

Aku rasa VCO tu watak utama tekak dia dah tak sakit, watak tambahan yang membantu yogurt sejuk dan yakult. Ku tahan nak bagi Yakult tu dah lama. Takut tak sesuai dengan dia..hihi



3 comments:

  1. tenkiuuu suria bagi tips pasal tonsil..

    mak mak ni kene bersediaaa dalam bab2 cenggini...

    hihi...

    ReplyDelete
  2. Aisya pernah sekali kena tonsil... demam 4 hari...

    i tak bagi apa pun, cuma bagi antibiotik dan air kelapa je... so next time kalau jadi lagi boleh bagi vco la. yakult dengan yogurt memang dia reject.....

    Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  3. thx for the tips suria. ish2 risau plak sbb helena bru baik demam. skng ni mcm2 penyakit betui. haihhh. hrp dhafea cpt sembuh.

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)