Monday, 26 January 2015

Gadget Untuk Anak

Assalammualaikum,

Dalam berfikir dan berkira² nak beli tablet untuk Dhafea.

Dhafea ni bukan budak gadget, itu kat rumah la. Dekat rumah BS handphone dorang tu dah jadi rutin dia..baik nooo bagi anak aku main, kalau kat rumah tak dapat dah..ekeke sekali dua boleh laa habuan upah nak buat sesuatu perkara. Itu pun dia suka layan video muka sendiri. Syok sendiri.

Sekarang yang berfikir samada nak beli tu bukan apa, sebab sekarang ni car seat dia dah pun transfer ke seat belakang. Ini kes dia sendiri mintak nak dok belakang. So weols laki bini ingat nak kekalkan keseronokan dia dok belakang tu ekekeke. So ibu boleh senang lenang kat depan, kalau tidak sebelum ni selalu dok belakang. hahahaha

Kiranya beli tablet untuk dia tapi without games laa. Semua unsur² education sudah lah. Aku akan limit-kan penggunaan tu. Tengok tablet hanya dalam kereta. huhuhu

Setakat sekarang ni dia mampu bertahan dari Balakong ke Nilai. Kira ok lah kan. Tapi itu pun bukan sentiasa mood dia baik, kadang² datang jugak angin kus² tu.

Bersempena CNY next month, berkira² nak balik Kedah rasanya macam sedang elok je nak try bagi dia duduk dalam car seat tu at least sampai Ipoh je dulu..hahahhaa

Dhafea ni kalau dia mengantuk lama sangat tak tidur letak dalam car seat senang je dia tidur berbanding aku pangku dia, lagi galak la dia nak main. Bangun duduk. Senak perut aku dibuat eh.

Mesti ramai yang tak setuju..ekekkekeke

K, Bai



3 comments:

  1. Saya pun tak biasakan Ammar dengan gajet. Sebab tu kalau Ammar mengmuk ke menangis ke memang tak makan saman bagi gajet. Dalam erti kata lain macam susah nak diamkan dia. So saya pun tak tahu gajet tu elok ke tak sebenarnya. hahaha..Pernah jugak berkira-kira nak beli. Tapi tak beli-beli pun sampai sekarang.Hihihi..

    ReplyDelete
  2. tqah setuju ja..rayyan tgk video je dlm tab..tab tu da lama.. die xpandai buka apps main game ke ape.. dlm kete je..tu je cara nk umpan dok carseat..for his own safety jugak

    ReplyDelete
  3. ok je rsnye nak bg. cuma kena pantau la. hehehe. helena kecik lg xpandai tengok apapun dlm hp. tau lempaq bg berderai saja dia tau.

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)